rss
email
facebook
ikram

Pages

Aug 26, 2011

Permintaan ku


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  • Ana ada terjumpa satu tulisan yang sangat menyentuh..masyaAllah, moga dapat ambil ibrah buat srikandi-srikandi dakwah semua. =)

 
**************************************
Sekadar berkongsi luahan rasa dari seorang ukhti..

Aku seorang gadis muda yang baru sahaja melayari bahtera hidupku yang sebenar. Baru sahaja sudah genap setahun juga bahtera ini aku layari. Banyak bibit bibit cinta yang aku yang aku lalui dalam tangis dan ketawa dalam seronok dan kecewa. Lantas rasa cinta ini makin menguat dan mengutuh, berbunga-bunga, melimpah melata.. Cinta-cinta itu aku simpan hingga memenuhi ruang hati.Bahkan terasa melimpah ke sana-sini.

Ingin sekali aku mencari tempat untuk aku curahkan wangian cinta ini..cuma insan yang dinanti belum lagi ku perolehi.



Namun ada ketika aku melihat, gadis gadis yang lain sudah punya cahaya mata, tempat mereka melimpahkan cinta yang selama dahulunya tersimpan di dalam dada. Aku tunduk.Bukan kerana malu, tapi rasa rela dan rendah kerana aku yakin Dia tahu aku masih belum cukup sedia. Menimang cahaya mata bukan seperti bekerja, ianya pendidikan yang menggunakan hati dan pancaindera. Hati..hati..hati.. pancaindera aku, Alhamdulillah sihat dan sempurna, cuma hati masih lemah dan bolak baliknya selalu menggila. Bagaimana bisa aku timang cahaya mata padahal perwatakan belum menampakkan keibuannya. Aku bertahan dan berusaha. Moga suatu hari nanti bila tiba masa cahaya mata aku terima, aku benar-benar bersedia.



Ingin sekali aku bertentang mata dengan gadis-gadis bertuah itu dan ingin sekali aku berkata,'"bersyukurlah kalian kerana dikurniakan cahaya mata, mereka adalah rezeki yang sangat berharga mengalahkan emas dan permata, kerana nikmat yang datang melalui mereka adalah nikmat akhirat dan dunia. Bertuah sungguh kalian,



Kalian pasti sangat mencintai mereka dan kalian mendidik mereka sebaik-baiknya dengan ilmu dan tatasusila. Tapi jangan sekali-kali kalian lupa. Bahawa pendidikan terbesar itu sebenarnya datangnya dari dalam diri kalian yang mengandungkan mereka. Apa yang kalian makan apa yang kalian lihat apa yang kalian ambil dengan pancaindera dan kalian rasa dengan hati dan jiwa, itu lah yang akan mejadi darah daging cahaya mata. Setiap tingkah laku kalian dahulu juga sekarang, itu lah yang akan dipantulkan semula oleh cahaya mata didikan kalian semua. Itulah istimewanya mereka. Bukan ilmu dan persekitaran yang menjadi ejen tumbesaran jiwa cahaya mata, tetapi naluri si ibu itu lah yang jadi penyebabnya. Memang normal bila ada orang berkata-kata,"lihat saja si cahaya mata saling tak tumpah seperti ibunya". Biarpun rakan sekeliling sering mendampingi si cahaya mata tetapi doa si ibu itu lebih terkesan pada kehidupan cahaya mata. Biarlah kejahatan menarik cahaya mata agar terjerumus bersama, tetapi kekuatan si ibu itu lah yang berjangkit pada cahaya mata. Andai kata ibunya dahulu tumpas, tidak hairanlah bila si cahaya mata turut tumpas bila berdepan dengan situasi yang hampir sama.



Ibu lah yang perlu hebat, ibulah yang perlu kuat, ibulah yang perlu baik. Barulah cahaya mata menjadi sepertinya bahkan bisa lebih hebat lagi dengan kehebatan cahaya mata yang tersendiri.


Cahaya mata adalah nikmat dan penyelamat dunia juga akhirat, bahkan di akhirat nanti kalian akan ditanya tentang perlaksanaan tanggungjawab kalian kepada cahaya mata. Semoga baiklah jawapannya.

Aku sekejap-sekejap, sedikit-sedikit cemburu dengan kalian kerana cahaya mata yang seperti duit simpanan yang bertambah dan berganda nilainya bila kalian berjaya mendidiknya menjadi seorang dewasa yang berguna, Biarpun kalian sudah tiada,tetapi ganjarannya mengalir, menjadi pemberat timbangan mahsyar kalian. Ya Allah aku betul betul mendambakan itu, sangat sangat menginginkannya...cahaya mata....



Namun sebenarnya,

Permintaaku bukanlah cahaya mata, tetapi permintaanku adalah supaya setiap gadis yang bergelar ibu, yang bakal dan sudah beroleh cahaya mata terus-menerus mendidik diri menyuci dan menyempurnakan jiwa, manjauhi yang sia-sia, mempelajari yang berguna supaya didikan kepada cahaya mata akan benar benar berjaya dengan izin Yang Maha Kuasa.


  

Wahai akhawat yang benar-benar ana cintai kerana Allah. Jangan antunna abaikan diri dalam mengislahkan mad`u antunna. Kerana islah yang paling utama ialah islah diri antuna yang berlangsung serentak dengan islah yang selebihnya. Bagaimana antunna dapat melihat anak didik antunna terbina andai diri antunna sendiri goyah. Binaul islam bukan begitu akhawatku.

Andai kata suatu masa antunna terasa beban yang mengempap dada bila anak-anak tidak memiliki fikrah yang diharapkan, jangan segan untuk menilai habis habisan diri antunna. Adakah sujud antunna cukup lama, adakah mata cukup berkaca dengan taubat dan tempelak. Adakah antunna bisa hanyut dalam tahajud sepertiga malam. Adakah benar-benar khalis(suci) segala pemberian antunna kepada mereka. Muhasabah lah kerana tiada siapa yang dapat melakukan melainkan antunna sendiri.

Jangan muak dan tepu dengan ayat yang sering nahnu dengar ini " BAIKI DIRI dan serulah orang lain '.


 

"kami tidak mencetak buku, tapi kami mencetak manusia.."

 

wallahualam..

Aug 25, 2011

Masa Hadapan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 

Baharu sahaja selesai menonton sebuah video tentang debat mengenai komuniti Muslim di Negara-negara Eropah. Bila melihat tarikh debat, sebenarnya dah lama ia dilangsungkan..tapi saya baru tahu akan kewujudan program debat itu yang dianjurkan British Council. Kenapa baru tahu?? Haiihh… Bagi saya , susuk-susuk yang duduk di meja pentas itu bukan calang-calang orangnya, of course…semuanya berfikiran kritis, pandang jauh dan menilau sesuatu perkara dari pelbagai aspek dan dimensi. MasyaAllah!~. Salah seorang panel adalah Tariq Ramadhan, seorang professor di Oxford University. Banyak kali saya nampak dan dengar nama Tariq Ramadhan ini, cuma baru kali ini saya dapat gambaran yang lebih jelas tentang siapa dia dan rupa dia.

Bercakap mengenai debat tersebut, memang rasanya topic yang agak hangat..'Europe is Failing its Muslims'. Untuk memahami tentang kondisi Islam di seluruh dunia sangat perlu kepada penilitian dan pemerhatian yang sangat menyeluruh pada isu-isu dunia yang berlaku sekitar kita. Dan saya akui..saya agak lemah dalam aspek ini..sangat lemah kot. Sekalipun rasa ingin tahu tu ada, tapi dari aspek tindakan masih jauh lagi rasanya. Macam mana kita nak betul-betul cakna tentang perkara ni yeh? Bila kita dah tahu tentang sesuatu perkara tu, kita kurang pula nak think ahead tentangnya. Bila mendengar apa yang dibincangkan dalam perdebatan ini, secara kasarnya maklumat tu ada dalam kepala, tapi tidak pula saya fikirkan secara dalam tentang perkara ini. Walhal teringat saya Dr. Hafidzi pernah berkata;

" we must think globally."

 

Hah!~.
Ini cuma sekadar persoalan yang saya nak timbulkan pada diri sendiri sebenarnya. Agar saya tidak terleka tentang isu ini. Untuk mencapai UA tu sendiri saya rasa sangat penting untuk tahu tentang dunia. Tentang perubahan-perubahan yang berlaku sekitarnya dan di dalamnya. Kerana apa yang berlaku sekarang mengeffect masa hadapan..dan membawa ke masa hadapan.

p/s: blh tgok di link ni kalau mahu http://www.oursharedeurope.org/london-debate-febr-10


Aug 24, 2011

Hujung Belasan Tahun


belakang dari kiri : Kak Ameerah, Qila, Nadiah, Nasreen, Zafirah, Farah
depan dari kiri : Ain, Izyana, Muallimah Ros, Aisya
Bismillah,
Tempoh hari semasa di Surau baru Al-Amin, ada tangan yang mendekap dari belakang. Beriringan dengan satu suara,
"Izyana"
Ana terus dibalut rasa syukur yang menebal, akhirnya rindu yang selama ini menyerang telah Allah izinkan dengan pertemuan semula. Tanpa lengah ana menoleh lalu terus memeluk empunya suara. Dada rasa penuh dengan ke'teruja'an sampai susah nak berkata-kata. Namun ana terlalu kering untuk mengalirkan air mata, kebetulan badan agak dehydrated masa tu.
Dan ketika Allah menyusun dengan indah pertemuan dengan agenda-agenda yang bermakna. Kita terus bekerja dan beramal untuk dakwah.
Tak ada pun masa atau fikiran untuk outing bersama. Masing-masing bersama komitmen masing-masing. Hingga Allah menyusun dengan cantik, saat kita dalam kereta dan tersesat jalan. Masa yang terluang itu sungguh-sungguh bermakna buat jiwa ana. Terima kasih Allah atas peluang ini, menatap wajah akhawati fillah yang sama-sama ditatang dalam tarbiyyah.
Semoga Allah menjaga dan terus mentarbiyyah kita semua, sebagaimana dia menjaga dan mentarbiyyah wanita-wanita solehah yang terdahulu.
Allahuakbar, hati ana agak berdebar-debar, untuk melangkah ke umur seterusnya. Di mana tamatnya umur belasan tahun, dan bermula fasa baru, dua puluhan..
InsyaAllah, tanggungjawab seberat apa pun akan jadi ringan andai kita ikhlas. Tarbiyyah mengajar erti ukhuwah untuk kekuatan sof dakwah. Tarbiyyah mengajar erti ukhuwah untuk cerminan muwassofat diri. Semoga ukhuwah kita ada itu semua.
Akhawati fillah, maafkan ana atas segalanya. Pertemuan kita di bulan yang mulia, dalam agenda yang bermakna, semoga ianya dikira oleh Allah sebagai golongan yang mendapat naungan arasy-Nya di yaumul Qiamah.
Ukhtikum fillah,
Faqir ilallah
*sedang bersedia dengan peluang Ramadhan ini untuk menempuh alam 20-an.. T_T
semoga amal dakwah lebih kencang sebaik melangkah, Allahuakbar !