rss
email
facebook
ikram

Pages

Showing posts with label :::Hapiness::::. Show all posts
Showing posts with label :::Hapiness::::. Show all posts

Nov 24, 2008

Bersama MUROBBI Mulia~

--Usai mengambil keputusan yang agak *****,saya minta pada Abi untuk stay hingga jam 12 tghari memandangkan ada hutang kerja yang perlu diberi dan diselesaikan.Gelintar mata mencari jika ada teman2 yang sudah sampai.Setahunya,mmg ramai yang tidak dapat dtg hari ini...Murobbi SPPM tanya seorang demi seorang.Saya jawab satu demi satu.Persekitaran sekolah masa mula sampai juga tidak sesak seperti selalu walaupun sudah hampir 1 jam najlis bermula...


Agenda kedatangan ini tidak terbatas untuk menghantar kerja,tapi ingin menenangkan gundah di hati implikasi peristiwa tempoh hari,ingin bertanya pada Murobbi apa tindakan sewajarnya..?Hasrat ingin bertanyakan pada Murobbi Guru Kelas..tpi kelihatan murobbi sibuk melayan ibu bapa anak-anak murobbi juga.Takpe...tunggu dulu,saya mengisi kekosongan masa.
Mata bertembung dgn ibunya mujahidah 7..terus menguntum senyuman dan bersalam.'Mujahidah 7 tak dtg ke..?',desis hati saya....Terperasan pula Murobbi Usrah duduk seorang menanti hadirnya anak-anak SPPM tercinta.Terus bersalaman dan bertanya ingin cetuskan perbualan..



"Belum datang lagi ke muallimah..?"..soal sambil melihat nama2 yg tertera di
kertas putih di atas meja.

"Belum lagi...". Terus saya duduk di sisi murobbi yang ternyata tiada manusia di
atas kerusi,hanya beg2





Sebelum itu berbual-bual tentang anak2 yang dinanti.Sejurus.. bercerita dengan Murobbi.Terlintas di benak fikiran "nak tak tanya pada muallimah terus ttg peristiwa gundah itu?"..Cetusan itu saya biarkan sahaja bermain di dalam fikiran,memikirkan..tambahan tajuk perbincangan ttg hal lain.Tidak ingin pula tiba-tiba mencelah mengubah topik..Tampak tidak sopan pula nanti.Waima...cerita murobbi menarik perhatian.(huh?)...


Murobbi SPPM saya datang..duduk mengisi kekosongan ruang di hadapan saya.Terus perbualan bertukar tajuk.Tak lama...Murobbi Add-Math pula datang mengisi kekosongan ruang di hadapan Murobbi Usrah..Makin galak nampak nya becerita.Tadinya hanya 2 orang,sudah jadi 4 orang.Riuh jadinya ditambah gelak tawa.Saya jadi pendengar 'setia di sisi'.Segan pula duduk di celah2 murobbi yang kedudukannnya jauh lebih mulia dr saya.Terasa diri menyibuk di situ...


Tiba2 murobbi SPPM cerita kata2 abi sewaktu ambil keputusan tadi.Aduh..malu.Murobbi lain tergelak mendengar.Saya pun..gelak je sekali,meraikan.Murobbi Add-math bicara tentang keputusan,masakan tidak...hari itu hampir kesemua insan-insan mulia yang ada di dalam dewan itu ,berbincang ttg keputusan,tgklah Hari apa tu..


"Muallimah-muallimah ni yang risau tau...".kata Murobbi sambil memandang saya.Saya membalas pandangan setulus mungkin.Murobbi Usrah dan SPPM turut mengiyakan.Serba-salah jadi.Ya Allah,mulianya seorang pendidik,tetap mengharapkan yang terbaik untuk anak murid walau SERING kali tidak siap kerja rumah apatah lagi menyakiti,mengecewa.Teringat pula kata-kata Murobbi EST tempoh hari ktk saya dalam ghurfah muallimah...



"Tak buat study group ke cuti nih?..."
"Kamu kena serius ,sekarang bukan mcm ambik PMR lagi..."
"What happen...?(to your result).."


Bertalu-talu saranan dan nasihat murobbi.Saya membalas pertanyaan sewajarnya,tp ada juga yang jawapannya hny senyuman.Tak tahu nak cakap apa.Tapi tidak kisah ttg result,mmg itulah yang terbaik drpdNya untuk kita.Mmg usaha kurang,...redha bukanlah bermaksud biarkan bgtu shj,ttpi berpuasa hati lantaran mmg kt sudah berusaha seupaya (yg x seberapa)mungkin,tp masa akan datang harus upgrade usaha lagi.But...t'ingat pd tulisan yg saya bc semalam




Mmg study sahaja x mencukupi.Siddiq,ikhlas,tawakkal...itu semua perlu.~(sambung td).Kemudian Murobbi Disiplin pula datang duduk bersama..seronok melihat ketawa riang insan2 mulia.Selang bbrp minit,'majlis' bersurai lantaran Murobbi Usrah ingin luang masa pula bersama seorang drpd anak2 yang dinantinya baharu sampai.Saya terus bangun dan sempat bersalam dengan 'anak' Murobbi yg juga rafik saya.





Berhijrah pula ke bangku sebelah sana.Duduk pula bersama Murobbi Sirah jg sedang menunggu anak2 SPPM nya sampai.Setia menanti.Saya bertanya sbg pembuka bicara.Murobbi memberi pendapat...dalam nadanya,jelas ada kesedihan yang bergumam di situ.Sempat sebentar sahaja duduk bersama Murobbi Sirah,ada 'anak' yang lebih layak duduk di situ sudah tiba.Saya mengambil kedudukan kosong di salah sebuah ruang.Fawwaz pula jd peneman..mesti bosan anak kecil ini,dr tadi bermain seorang diri.Jadi,terus saya panggil dia elak masa terbuang..Memahami karenah ahli fitrah juga suatu yang semestinya dan bukanlah membuang masa.Penting supaya boleh sesuaikan dengan kaedah mendidik yang betul.




"Ni...".2 pemadam bergambar watak kartun Ben10 ditunjuk pada saya.Minat betul pada Ben10!Saya sendiri tak tahu kartun apa tu..,xp. Dia ajak bermain..saya pun,huu..apa salahnya,sekali sekala kembali semula masa 'zaman fitrah' dulu,rindu.Jarang-jarang peluang ini hadir.Masa main,asyik saya je yang menang...Fawwaz dah mula cebik muka.Saya pun buat2 'kalah' dan meraikan bila dia menang.Haha..terhibur luang masa dengan ahli fitrah!.Main 2 game...game ke-2 saya perkenalkan padanya.Fawwaz mungkin belum pernah bermain game ni @ jarang-jarang.Ahli fitrah memang suka meneroka benda baharu,jangan pernah lupa fi'il yang itu.Game ke-2 ni sbnrnya ramai juga dah pernah main,malah popular bila melibatkan pemadam.Game "timpa-timpa." ( main letak je nama ni).Masa main nie,tetiba rasa ada kaitan dgn ilmu fizik.Em..kekuatan force yang diperlukan untuk tekan pemadam tu supaya terbalik,juga arah pemadam tu akan pergi bila ditekan.Tak sangka,sejak kecil lagi sebnrnya kita semua dah bermain 'experiment' dengan ilmu fizik.Hakikatnya,ilmu Allah ada di mana-mana ,tak kira masa dan tempat.Dalam hutan pun ada kan?


~Game ke-2,saya mendahului dengan mata *-*,ahli fitrah mula masam kembali.Bak kata mujahidah 3 "biasalah..budak kck.".Saya biarkan dia menang..amboi,terus bersorak riang.


"Fawwaz..bila menang,sebut apa?Alhamdulillah..~.."
"Ha..?tak..alhamdulillah bila bersin je...".



Saya ulang balik...terangkan,tp dia tetap kata bc bila bersin je.Tak mengapa,perlukan masa untuk mebuat ahli fitrah faham.Tapi saya juga tersentak sbb kadang2 bila bersin,diri sendiri terlupa untuk sebut Alhamdulillah.Murobbi Ummu Fawwaz tentunya yang mendidik Fawwaz sebgini pandai dengan izin Allah.Konon spt byk ilmu,last2 diri sendiri terkena..~Teringat semasa di Kalumpang,Murobbi sebut "hadis 1...".Terus Fawwaz bc hadis 1 (silibus pra-sekolah punya)sekali dengan sanadnya.Banyaknya jasa seorang BONDA...malah rata-rata,hampir kesemua Murobbi juga memegang peranan sbg Bonda dan Ayahanda..Mulia sekali kedudukan Murobbi.





Mulia sekali.Sejak saat pertama melahirkan,Allah sudah mengangkat kedudukan para ibu begitu TINGGI di sisiNYa..tambah lagi,bila menjadi seorang muallimah,muallim,pendidik,murobbi.Betapa kerdilnya kita hny seorang pelajar yang menagih ilmu daripada mereka.Tapi sanggup lg mengecilkan hati...~AstaghfiruLLAH~



--Penat bermain..jumpa dngan Murobbi Fizik untuk serahkan kerja-kerja yang diminta untuk print semula.Aduh..tapi tidak dapat sempurnakan selengkapnya.Ada kekurangan.Walau paras wajah Murobbi nampak tenang,tapi ada ke'gelisah'an terpancar di situ.Rasa bersalah pula selubungi.Tapi saya hanya mampu buat apa yang saya terdaya dan dapat lakukan.Ingin sekali membantu Murobbi tp itu shj yg termampu.Tambahan,lewat mendapat maklumat.ah..Sedikit sekali pengorbanan kamu untuk murobbi wahai diri!..Cuba mencari jalan penyelesaian~


-->Terus,ambil keputusan untuk jalan2 di luar sbentar sambil menghirup udara segar.Masih belum ada peluang untuk jumpa Murobbi Ummu Fawwaz.Terserempak pula dgn Muallimah Nani yang sibuk menjual otak-otak dan nasi lemak.Kagum dgn ketabahan muallimah.Walau terikat dengan tugas sbg seorang guru,muallimah masih mampu untuk siapkan makanan-makanan untuk dijual.Tinggi sekali pengorbanan para Murobbi.Bukan setakat untuk anak murid yg mereka fikir,tapi juga anak2 mereka sendiri.Saya kembali berjalan,melihat,dan mentafsir.. (oceh..)semula ke dewan.

Menunggu sebntar di 'lobi menunggu' (byklah!)...akhirnya,ruang kosong di sebelah Murobbi Guru Kelas segera saya isi.Majlis hari itu pun sudah hampir bubar.Murobbi kelihatan letih..masakan tidak,sepagian melayan ibu bapa anak2 Murobbi.Murobbi Add-Math dan Murobbi Matematik yg mengajar zmn PMR turut ada.Murobbi bertanyakan pula tentang tugasan yg dimintanya.Aduhai...yang ini juga sebenarnya kurang sempurna,sbb tak cukup maklumat dr pihak satu lgi.Sudah bertanya tapi tidak diberi.Cadang saya dari awal kedatangan mahu siapkan di sekolah,tapi terlupa pula bukan dewan sekolah menengah yg digunakan.Aduh..terus bgaimana deh?...Murobbi SPPM pelawa untuk menyimpan semula data-data keputusan dalam fail.Langkah kami tujukan ke pejabat.



Mula ruang hadapan pejabat jadi sibuk. Murobbi Matematik mula masukkan keputusan percubaan PMR ke dalam stp fail mengikut nama pemilik.Memang pening untuk mencari fail nama stp orang.Bukan sekejap!Kena susun lagi...tapi langsung saya tengok tiada garis-garis kedut di dahi para muallimah.Semuanya tenang melakukan kerja.Teringat pula 2 hari yang lepas,saya dan mujahidah 4 sibuk mengira konstruk dalam buku SPPM anak2 Murobbi (ha.nasiblah.).Lagi menyukarkan bila kebanyakan pemilik buku terlalu 'pengemas' shingga buku pun putih bersih di dalamnya..dan 'tidak pandai mengira'.Sbb itu,tng kerja amat diperlukan untuk membantu melengkapkan..wah,mengira satu-satu...penat!Kesiannya muallimah.Sesibuk2 kita,sibuk lagi para Murobbi.Sepening2 kita.pening lagi para Murobbi.Se'banyak2 kerja' kita,banyak kerja lgi para Murobbi.MULIA LAGI PARA MUROBBI.~



--Sbelum balik,saya berikan tugasan saya pada muallimah dalam bentuk yang saya termampu.Sekali lagi...tidak bgtu sempurna.AstaghfiruLLAH.Tapi murobbi tetap terima dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan berkirim salam.Sabarnya muallimah.Ya Allah..




"Kerana tanpa telunjuk indah tarbiyah mereka,sudah pasti tidak akan tersemai nilai cinta daku kepda perjuangan yang sungguh misteri ini" (Marwan Abdullah G6)


"Kerana gaji murah bukan penghlang,Tarbiyah Islam jalan juang,Mengesat air mata ummah dengan generasi rabbani cemerlang!!! Takbir!!Bersama kita doakan!!!" ([Muallim] Bilal bin Jailani G5)


"Kerana mereka m'ajar kita dgn seikhlas hati tanpa mengharap apa2 balasan di dunia,sebaliknya meningatkan blasan di akhirat" (Reza G7)


"Kerana mrk bukan shj cantik dan tampan di wajah,malah indah pada akhlaq dan ilmu.Kecantkan di wajah terletak pd senyuman mereka yg ikhlas berseri dan tak pernah lekang pd waktu gembira mhupun terseksa....(pnjng lgi sbnrnya)" (Danial Md Umar G7)


Rujukan:"Himpunan 50 Suara Hati M'bongkar Rahsia Mengapa Guru2 Al-Amin Begitu Istimewa di HAti Kami",FASA publication sdn. bhd.




~Terasa tenang bila berdekatan dengan para pendidik ilmu. Lebih manis bila suka duka dikongsi bersama dan saling memahami.Itu MUROBBI KITA.Bagaimanakah menghadapi saat perpisahan yang makin mendekat....?~


" BILA UKHUWAH DAH SEBATI,BEGITULAH TERLALU SEDIH NAK BERPISAH......"(sms Murobbi Usrah)

Wassalam~
*peristiwa gundah hati langsung saya lupa untuk bertanya..bukan rezeki.

Oct 4, 2008

Ahli Fitrah perlu didewasakan BuKAn diperkecilkan.


"Assalamualaikum!" Ummi mendahului dgn salam sebelum menaiki anak tangga.

Sy juga keluar dr kereta stelah usai mgambil bagasi. Salam djawab. Abu Ahmad yg myambut. Ummu Ahmad d dapur. Sy masuk dn bersalaman dgn ahli bait. Agenda seterusnya dlm kepala, mencari kelibat Ahmad yg dh stahun lamanya kutidak bersua. Ruang tamu kosong kelibatnya. Bilik tamu sama juga. Dapur sama juga. Bilik akhawatnya... belakang pintu.. senyum tersipu-sipu.

"Ahmaad! Buat apa kat blakang tuh? kak Iman kat cnilah." lantas kuambilnya dn kupeluk.

Ahmad ug baru 3 tahun menjelajahi dunia senyum selebarnya dn mbiarkn dirnya dipeluk dn dicium. Dirinya yg becok biasanya tidak byk bcakap dgn prg yg tidak sll2 d dampingnya. Benar, ahli fitrah memang menggeramkan. Telatah mereka teramat mencuit hati.


"Ibu, appe ttu bbu?" seorg ahli fitrah btanya pd ibunya.

"Itu burung helang. Besarkan. Burung helang ni, bahaya tau. Kuku dia tajam. Sebab tu kt kna berhati-hati."

"Buyyung hellang tu ppe bbu?"

(x ingat apa yg djawab ibu)

"macam tuppai k bbu?"


Ahli fitrah memang banyak btanya. X pernah puas dgn jawapan yg diberikan. Pernah seorg ahli fitrah bertanya kpd ibunya, kenapa ayam tak pakai kasut mmi?. Adui, g mana mahu jawab itu.. Sepanjang minggu ni, pasti kita di kampung kan (pd siapa yg pulang). Pasti tidak tahan (in a good way) dgn ahli fitrah yg terdiri drpd sepupu, anak buah dn adik kt sendiri. Macam2 gelagat mrk yg lucu yg boleh djadikan cerita. Adik mujahidah 5 sll buka2 peti ais utk meneroka isinya. Anak ummu Ahmad ske tidur d tempat yg dia tersungkur. Maksudnya, bila die lari2, kemudian terjatuh, dia tidak akan terus bangun atau menangis kesakitan. Ttp dia akan terus baring d situ (merajuk krn terjatuh). Boleh jadi dia tertidur d ctu juga pasal dia x akan bangun selagi ummunya atau sesiapa mengangkatnya semula. Anak ummu sofi pula akan sembunyi di bwh katil atau di celah2 pintu saat dia ingin melabur. Mukanya mencebih membuatkn kt jd kesian+geram (comelnya!). Macam2 lagi telatah mrk yg mhiburkan kt (Inilah sebenarnya hiburan yg indah d dlm Islam). Ahli fitrah sgt myenangkn. Rengek mrk, kt diamkan. Labur mrk, kt basuhkan. Penat mrk, kt rehatkan. Lapar mrk, kt suapkan. Dan macam2 lagi urusan mrk yg kt selesaikn. Sy suka lihat keikhlasan si ibu atau si kakak atau si ayah atau si abang myempurnakan khidmat diri ahli fitrah.

Namun sy tidak setuju dgn fenomena masyarakat hari ini yg myandarkan segala-galanya kpd si ibu atau si ayah. Terlihat oleh saya (ksalahan bm yg dsengajakn) suatu haul yg sy sgt tidak suka. Sgt2 tidak suka.

"Bbu.. ayye nakk ayyer" pinta si ahli fitrah pd ibunya dgn nada memerintah

Si ibu yg baru sj nk myuapkan bhn tenaga k mulutnya stlah usai myiapkan mknn anak2nya, membatalkn niatnya dn mencapai jag berisi air sirap sejuk. Terus, diisi semula gelas anaknya yg sudah dhabiskn air d dlmnya. Si ayah terusan myuap dirinya sendiri. Sekejap pd itu,

"Bbu.. ayye nak ayam wanne meyyah tu" arahn si kecil itu dituruti lg. Si ayah terusan mgunyah tanpa mhiraukn isterinya yg baru suap 2-3 utk diri sendiri. Ini krn si ibu turut myuapkan anaknya yg sudah usia 5 tahun.

"tannak. Tannak yg itu. Ayye nk yg wanne meyyah tuu!" lantas si kecil mgamuk krn kmahuannya tidak dpuaskan. Dicampaknya ayam lauk gulai k lantai. Si ayah terusan menikmati juadah yg terhidang. Si ibu memujuk anak dn membetulkan khilaf sendiri dn mgambil ayam lauk masak merah dn mletakkn d pinggan anaknya.

"tannak yg itu (peha ayam).. Nak yg ituu (kepak ayam)" complainnya lagi. .. .. .. (sakit2)

Alangkah sebaknya hati saya melihat keadaan itu. Bukan sebak atas dasar seksis. Tapi sebak atas dasar fenomena memperkecilkan si ahli fitrah. Sy sedih melihat si ibu memperlakukan dirinya sebegitu. Seorg ibu seorg pelaksana arahan (tidak sanggup mengistilahkan sebagai 'hamba'). Kita sering fikir tugas kita adlh utk membesarkn dn menyara ahli fitrah. Benar itu. Tapi jgn kita lupa kt juga membentuk peribadinya. Peribadi harus dicorak dr kecil. Krn itu yg akan dbawa sampai k besar. Jika dr kecil diperkecilkan (dmanjakn), manakan mampu dewasa (matang). Selain dari khidmat dirinya yg perlu kt uruskan, kt jgn lupa untuk mguruskan khidmat batinnya. Iaitu khidmat pemikirannya. Nakal mrk, kt baikkan. Manja mrk, kt dewasakn. Sensetif mrk, kt teguhkn. Lembapnya mrk, kt tajamkan. Salah mrk, kt betulkn. Itu juga tanggungjawab. Ahli fitrah juga mad'uu bukan? Jgn memperlekehkan mrk bila mrk bertanya, menyoalkan pelbagai benda yg kt anggap remeh. Sy suka dn amat setuju dgn sebuah artikel Manusia Separuh manusiawi tulisan Abu Saif dlm majalah Anis edisi Mac. Beliau merungkaikan budaya kt yg sering mgendahkan pertanyaan ahli fitrah tntg seperkara. Kita juga sll mepertikaikan mrk dlm muammalh. Sebetulnya kt mgiktiraf minda mrk dn mlatih mrk hidup d dunia. Mindset mrk kt perlu setting btul2. Minda mrk kt dewasakn. Jgn underestimate kebolehan mrk. Jd, program semula mindsetting kt. Jd jgn kagum dgn anak ummu iman yg seakan sudah matang. Jgn hairan dgn ahli fitrah yg sudah pandai mengurus diri. Itu harus, bukan kelebihan. Itu biasa, bukan kepelikan. Pemikiran ahli fitrah perlu kt tajamkan.

Secara peribadi juga, sy anggap ahli fitrah ini mad'uu kecil saya. Malah sy lebih senang dgn mrk. Pemikiran mrk senang dibentuk pasal mrk masih kecil dn mdahagakn ideologi. Fikrah sebetulnya yg harus dsuapkn. Agar matang dn faham. Mad'uu kecil tidak hy ahli ftrah berumur 6 tahun k bawah. Adik darjah 6 k bawah juga mudah dbentuk. Tunggu apa lagi? Hampiri mrk. Dekati mrk. Bentuk fikrah mrk dgn gaya yg paling ringan. Tapi, sy scr peribadi lebih senang memahami dn memahamkan ahli fitrah yg sifar mumaiz. Pernah sy dikejutkan dgn pertanyaan seorg ahli fitrah yg berbunyi:
"kak.. qiamat bila?"
Agak terkesima juga sy sebelum menghurai dgn panjang lebar. Namun sy seronok bercerita dgn ahli fitrah. Mrk sgt mudah mengambil 'ibrah drpdnya. Seperti yg diharapkan dlm Al-Quran iaitu kt harus berfikir spy dpt menyingkap rhsia kebaikan dn pemahaman d sebalik stiap kjadian Allah. Sy fikir, ahli fitrah lebih best dr kt yg dah besar nih. Pasal mrk sgt bfikiran terbuka. Jd, bersiap-siagalah utk mencorak ahli fitrah yg bakal mendatang. Kpd non-ummu wa abbu, kt empunya ahli fitrah yg paling hampir sebagai mad'uu kecil. Yakni, adik, anak-saudara, adik-saudara, dn semua ahli fitrah d sekeliling. Jgn jdkan khadiran anda dlm hidup mrk, sifar mengalirkan tarbiyyah dn sifar pencetusan fikrah.
Next raya.. apa kata bila sudah usai myiapkan juadah raya atau membersihkan rumah jaddain, kt kumpulkan ahli fitrah dlm satu halaqah dn seterusnya mencetuskan fikrah. Bercerita. Berjenaka. Macam2 boleh. Maklumlah.. ahli fitrah. :D

Apr 22, 2008

:::IBTISAM:::




Senyum Seindah Suria

Yang Membawa Cahaya

Senyumlah Dari Hati

Dunia pun Berseri

Senyum Umpama Titian Dalam Kehidupan

Kau Tersenyum

Ku Tersenyum

Kemesraan Menguntum

Senyum...Kepada Semua

Senyumanmu amatlah Berharga

Senyum...Membahagiakan

Dengan Senyuman Terjalinlah Ikatan

Teringat simbol kebahagiaan sahabatku

(=) .... inilah simbol kebahagian sahabatku

nak tahu tak sebab apa???

sebab ....... (= ...senyumkan?..... =)....senyumkan?

so digabungkan (=)....hehehehe

Senyum...senyum...lah selalu walaupun di dalam kesusahan yang teramat sangat... sebab senyum yang paling manis.....senyum ketika menghadapi atau ditimpa dugaan

[ x caya???... cuba lah]

:::UMMU RUMAN:::

JOM PERBAIKI DIRI UNTUK KEHIDUPAN ABADI

Wassalam