rss
email
facebook
ikram

Pages

Showing posts with label Mujahidah 3. Show all posts
Showing posts with label Mujahidah 3. Show all posts

Feb 16, 2009

Kaca mataku

Kaca mataku

Sungguh. Pagi itu mataku sangat berkaca.. gusar akan adik-adik. MasyaAllah. Ingin amat ana berkongsi sudut pandangku, perasaanku, gelora jiwaku terhadap mereka. Ingatlah wahai pendukung agama Allah yang menyahut perintah ta’murunabil ma’ruuf wa tanhaunal ‘anil munkar.. dalam dunia dakwah dan tarbiyyah, kita ini tiada istimewa.. hanyalah setaraf, sebaris, sekasut dengan manusia-manusia yang alpa itu. Lihatlah gelas yang berisi air. Jika dituang sesudu cat merah, terhasillah merah. Jika biru, birulah. Jika hijau, hijaulah. Perumpamaannya seperti kita yang dilahirkan dengan dihadiahkan seorang ibu.. seorang ayah. Tidak cukup dengan itu, kita juga menerima sebulat kasih sayang daripada Allah melalui perantaraan kemantapan fikrah ibu dan ayah, akal yang sihat, persikataran psikologi yang meransang pertumbuhan fikrah yang sempurna. Corak tarbiyah yang indah. Didikan Islami yang cantik. Maka, terhasillah corak yang tenang dan begitu mempersonakan. Bukan pinta mereka dilahirkan tanpa tuah yang kita terima. Sedang semuanya milik Allah.. sila-silalah berkongsi. Berkongsi dengan mereka kefahaman yang kita miliki. Jangan mudah terpesona dengan pesona fikrah yang dihadiahkan Allah. Jangan sesekali membeza-bezakan kemuliaan antara kita. Anda belum cukup baik. Di saat anda merasakan anda sempurna baik, di saat itulah anda sempurna zalim. Anda belum cukup ilmu. Di saat anda merasakan cukup ilmu, di saat itulah anda jahil.

Sudut pandangku terhadap mereka. Ternyata jelas tidak pernah menyalahkan mereka. Kepercayaan ini yang kubina untuk terus tabah memegang halaqah mereka. Sungguh. Ana lebih jengkel dengan manusia yang cukup equation untuk meransang stimuli iman agar jelas dengan matlamat insani daripada manusia yang tersangkut dalam pintalan maksiat kerana hidupnya sendiri tidak kemas dipandu oleh keluarga atau selainnya. Selogiknya, error ini dapat dimaafkan. Oleh itu, kitalah pihak berwajib untuk troubleshoot masalah ini daripada terus kronik.

Ringkasnya, semuanya bermula dengan tautan hati. Perkenalan dan persefahaman yang telus kerana Allah. Benar, kita harus ‘kamcing’ dengan mereka supaya hati mereka mudah menerima. Tambahan lagi untuk membuktikan bahawa kita tidak blacklist mereka. Walaubagaimanapun, kita seringkali tersalah tafsir atau tersalah langkah dalam step yang pertama ini. Maka jadilah manusia repairman yang tersangkut dalam delima. ‘Antara sahabat dan kebenaran’, ‘Mereka tidak mahu mendengarkan’. Dan bermacam delima lagi. Ingatlah sahabat yang baik menyentuh hati agar takut dengan Allah. Berwaspada! Apabila anda sungguh tidak mampu menegur amal mereka yang tidak selari dengan iman, maka perbetulilah langkahmu. Tautan hati perlu dibina dengan bersih kerana Allah, dengan nilai-nilai Allah, asas iman kepada Allah, dengan kesedaran yang tinggi tentang Allah. Langkah yang kemas dan hikmah akan membuatkan mereka terpaku dengan ‘bebelan’ anda. Mereka tidak akan lari daripada anda. Percayalah. Mereka akan suka untuk menghampiri anda. Mereka akan meminta nasihat anda. Syaratnya, empat perkara asas pembinaan tautan hati tadi dengan disusuli dengan langkah yang kemas dan hikmah. Apabila anda di tahap ini, jangan senyum kepuasan kerana ini adalah permulaan peranan pengaruh anda yang begitu kuat dalam hidup mereka. Lissanulhal daripada peribadi anda akan menjadi indicator penting dalam mempengaruhi psilokogi pertumbuhan iman dalam kehidupan mereka.

Ingat dan jangan lupa, apabila kita membawa hati manusia.. kerja kita bukan sahaja membebel dalam halaqah sahaja. Adalah amat perlu dan wajib untuk kita membawa ‘kehidupan’ mereka mengenal Allah. Hal ini pula mewajibkan kita untuk turun padang. Ziarah ke rumah-rumah mereka. Kenali manusia penting dalam kehidupan mereka. Ziarah mereka apabila sakit. Ikuti hari-hari penting dalam kehidupan mereka seperti berlumba kuda, mengendalikan perniagaan dan sebagainya. Inilah kerja anda.

Akhir sekali, jangan pernah mengharap hasil. Jika master plan tidak berhasil maka beralih pada plan yang seterusnya. Jangan kehabisan umpan. Benar, perancangan harus sistemik untuk berjaya dan langkah harus tersusun agar matlamat menjadi. Namun hakikatnya, hati itu Allah yang pegang. Hidayah itu milik Allah. Kita harus meletakkan sebulat pergantungan kepada Allah. Jangan sesekali merasa sudah banyak bekerja. Kerana kerja kita belum pernah bermula.

Penatkah? Letihkah? Menipu sangatlah kalau ana katakan tidak. Ana ini baharu sahaja lima kali pertemuan halaqah dengan mereka pun penatnya bagai tidak terkata. Tapi, apalah sangat usaha ana yang sekecil zarah ini? Bukankah kita mahu Islam menang? Rujuklah surah as-Saf. Janganlah berdalih daripada kerja ini andai titah hati ingin lihat Islam didaulahkan. Janganlah pandai bertitah sahaja, tapi tak berbuat apa-apa.

Selingan

Kaca mataku terhadap mereka terkandung harapan yang menggunung tinggi. Demi kebaikan mereka, keselamatan mereka dan kemenangan mereka. Andai ada di antara anda yang dimaksudkan ana, sedang membaca tinta ini.. dengarlah luahan hati pembebel halaqahmu ini..Lihatlah dunia dengan panduan mata iman. Beri peluang pada jasad untuk menikmati panduan iman. Ana hanya seorang utusan yang setia mendengarkan, membimbing dan membantu. Tapi Allah jua sumber segala kekuatan. Pandanglah Allah dalam urat kehidupanmu. Rasai kehadiranNya setiap waktu. Tunaikan janjimu itu. Kita banyak persamaan. Banyak sekali. Kita suka memasak, suka bergurau, suka untuk disayangi dan menyayangi. Ana seperti anti. Ingin hidup menyerikan rumah tangga pada suatu hari nanti. Sungguh, anti seorang yang lembut, penyayang dan suka menghiburkan orang lain. Anti seorang yang setia pada persahabatan. Namun, kita seringkali lupa untuk mengiktiraf Allah di ruang hati kita, ruang kehidupan kita. Allah tidak pernah melarang untuk menyayangi orang lain. Malah dialah sumber kasih sayang cinta itu. Dia telah mencipta perasaan itu dan dia mengajar cara terbaik untuk menyalurkan perasaan kasih itu. Untuk kebaikan kita jua. Ukhti, tinggalkanlah yang haram.. Allah akan hadiahkan yang halal. Dengan penuh kasih sayangNya yang sempurna itu.Rupanya dalam keganasan anti tersimpan sifat keramahan anti. Rupanya dalam sifat anti yang gipsy rupanya anti seorang yang sangat baik dan berhati lembut. Pandainya anti sembunyikan ia. Anti seorang anak yang taat dan sangat mementingkan ibubapa. Bagusnya anti lebih daripada ana. Ana suka anti. Allah pun suka anak yang soleh. Tapi Allah juga suka perempuan yang solehah dan berakhlak mulia. Adik kesayanganku.. binalah peribadi mukminah sejati. Kejarlah hiburan di kehidupan abadi. Anti sangat matang. Anti sangat tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Andai ana di tempat anti, pasti ana tidak sehebat pendirian anti. Lihatlah kehidupan dengan mata iman. Anti punyai banyak ilmu. Mengapa tidak memahamkannya dalam kehidupan? Hadamlah butir-butir mutiara dalam halaqah kita. Berilah peluang pada diri merasai kemanisan iman kepada Allah. Manisnya muka tidak menjanjikan manisnya akhirat kita. Hanya manisnya iman yang memaniskan kehidupan abadi kita. Di saat nyawa di hujung kerongkong, anti akan lebih memahami isi ‘bebelan’ ana dalam halaqah kita. Biarlah, semuanya sudah selamat sebelum masa itu tiba. Ana doakan yang terbaik untuk anti dan kehidupan anti.

Simpulnya, ana sayang antunna. Khas buat adik adik tersayang: I love u all so much!. Ana minta maaf kuasa beribu andai tersalah laku atau terkasar bahasa.

Itu jea~ back 2 the issue

Dalam dunia dakwah dan tarbiyah kita serupa, sama taraf sebagai ‘pekerja’ di sisi Tuhan. Alhamdulillah, Allah hadiahkan kawan-kawan yang penuh kesetiaan untuk membantu, sarat kasih sayang cukup untuk berkorban dan fikrah yang sama untuk lihat Islam tertegak cantik. Mujahidah 1,2, 4,5 dan 6.. jazakillah hu khairan kathira. Apalah sangat kerja ana selama ini. Andai dibanding dengan semangat dan sokongan antunna yang jauh lebih kental daripada ana. Teruskan dan jangan berhenti! Walau sudah tamat berkhidmat di taman Al-Amin Bangi.

*Tinta ini khas buat ukhti Husna yang bertanya. Kalau masih ada musykil, ana tidak jemu untuk menjawab.

Jan 24, 2009

sekadar meluah rasa yang terbuku

Lihatlah orang-orang munafik; betapa rendahnya semangat dan tekad mereka. Berikut adalah perkataan-perkataan mereka ketika dituntut amanah:



".....janganlah kamu sekalian berangkat (pergi berperang) di dalam panas terik ini....." At-Taubah:81



"......berilah kami izin (tidak pergi berperang) dan janganlah menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah...." At-Taubah:49



"......sesunggunhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga)..." Al-Ahzab:13



"....kami takut akan mendapat bencana...." Al-Maidah:52



Semangat mereka lemah. Bicara mereka sarat alasan dan dalihan. Tidak, kamu bukan generasi munafiq!



Wahai sahabat,

kepercayaan kami taruhkan
dengan harapan tidak disiakan.

Jan 17, 2009

Meneropong ke hadapan

Ke hadapan muallimah Asyikin yang dirindui.


Alhamdulillah, syukrulillah, wa lillah ilhamd. Ana bersyukur kerana dapat menari-narikan pena ini untuk mencoret sedikit tinta untuk muallimah SPPM kami yang disayangi. Apa khabar muallimah sekarang ini? Saya harap muallimah dan kandungan sentiasa sihat walafiat. InsyaAllah. Semoga muallimah diberkahi dengan nikmat iman dan hidayahNya sentiasa.

Saya sedang menulis dengan iringan air mata kerana terlalu rindu akan muallimah dan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi yang menjadi gedung tempet kami dicelup dengan sibghatullah. Rindu juga pada kata-kata keramat yang muallimah tiupkan kepada kami untuk kami meniti kehidupan mengenal Tuhan. Melalui Muallimah juga kami dibenihkan dengan roh Islami sehingga kami kini teguh di medan perjuangan. Kini kami menjadi personaliti unggul di mata masyarakat. Terima Kasih Muallimah.

Ingatkah lagi muallimah pada saudari Aqilah? Saya pasti muallimah sudah memiliki buku-buku dan novel-novel yang ditulisnya. Beliau telahpun menerima Anugerah Tokoh Penulis Zaman di peringkat nagara. Buku bersiri beliau dengan kerjasama Fatimah Syarha yang berjudul 'Safiyah' telah diterjemahakan ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa perancis. Buku iti juga telah dieksport ke persada negara-negara Eropah. Tulisan beliau sarat dengan pendedahan sejarah dan elemen kesatuan dan perpaduan. Saya paling suka buku beliau yang bertajuk 'kembara mujahidah 6' yang memuatkan kisah persahabatan kami semua. Kini beliau merantau ke negara Sepanyol untuk melawat Masjid Cordova di Andalus. Beliau sedang mengkaji kehidupan para sufi untuk bukunya yang akan datang. Beliau kirim salam sayan g bertaut rindu kepada muallimah.

Seterusnya Dr.Aisya yang berada di Jepun sedang mengusahakan penawar kepada penyakit yang berpunca daripada wabak virus mitochondria. Beliau bersama-sama Dr.Yamukouji telah diamanahkan tugas ini memandangkan beliau telah menemui ubat yang mampu menawar virus dimitri yang menyebabkan kekurangan glucose dalam badan. Klinik kepunyaan beliau di India kini berkembang maju dan berada di bawah jagaan kedutaan Malaysia. Aqilah, Dato' Nasreen, Ain dan saya merupakan antara pemegang sahamnya. Kini, Dr. Aisya sudah mendaftar untuk menjadi sukarelawan perubatan di bumi Palestin . Beliau kata kepadaku, "telah tiba masanya untuk beliau bermanfaat di Palestine" dan meminta untuk kita semua mendoakannya.

Kemudian Tokoh Koprat kita, Dato' Nasreen. Siapa sangka usikan 'datin' yang kami beri kepadnya berubah menjadi 'dato''. Ini semua gara-gara pencapaian beliau dalam bidang-bidang yang beliau ceburi. Beliau telah bergiat dalam perniagaan dan menubuhkan sebuah agensi pelancongan. Sebelum itu, beliau telahpun mempunyai sebuah butik jenama anggun. Butik beliau kini bertaraf internasional kerana telah mendapat francais di Riyadh, Bandung, Moscow dan Jeddah. Kini, muslimah tidak perlu risau akan baju yang nipis, berkilat dan sesak dengan labuci kerana mereka bebas memilih hijab yang sempurna lagi bergaya. Agensi pelancongan beliau kini mendapat saluran dana daripada OIC dan Menteri Pelancongan Negara. Agensi beliau merupakan satu-satunya agensi yang menyediakan khidmat perhubungan ke Damsyik dan Afghanistan.

Ain juga mengungguli Malaysia dengan hotel beliau 'Imtiaz' yang bertaraf lima bintang. Hotel Imtiaz yang hanya mempunyai dua cawangan iaitu di Seremban dan Kelantan mempunyai stuktur binaan yang unik dan sistem yang kaya dengan penerapan Islami. Kini beliau diberi mandat dan layak menjadi penganalisis dan pengkritik perusahaan hotel-hotel yang lain. Butik beliau di Putra Jaya kini terkenal dengan rekaan dan ciptaan baju yang inovatif. Beliau telah mencipta 'jubah mudah alih' yang direka khas untuk tujuan disarung atas lapisan baju kasual. Oleh itu, wanita di rumah bolehlah menyambut tetamu dengan pakaian yang kemas dan sempurna dihijab. Buat masa ini, beliau berada di Mekkah sebagai pengkritik hotel-hotel yang diusahakan di sana. Kedai bakery beliau pula telah mendapat francais di beberapa tempat di Indonesia.

Pasti muallimah kenal siapa dia yang mengacara rancangan 'Risalah Mahbubah' di saluran interaktif Islami. Itulah dia Farah yang kini dikenali seMalaysia sebagai pengacara dan wartawan. Beliau muncul sebagai pengacara 'Mengaji bersamaku', 'bicara ad-Din' dan 'al-Kuliyyah'. Siapa sangka Farah kini menjadi personaliti terkenal di seluruh Malaysia. Beliau kini New Zealand untuk rancangan terbitan beliau sendiri yang mengisahkan tentang kehiduupan umat Islam di persada dunia.

Seterusnya, Prof. Zafirah yang bermustautin ke Korea untuk menyertai suatu kajian dengan Prof. Tugusaki dan Prof. Mariam tentang kesan kimia oleh perubatan di U.S yang telah menggunakan kuantiti vaksin yang melebihi had yang ditetapkan. Kenyataan beliau pada 3 tahun lepas tentang komposisi bahan kimia yang terlalu banyak dalam minuman berkarbonat 'coca-cola' telah mencapai tahap maksimum dan berisiko. Kenyataan beliau didengari oleh ahli kimia di Australia dan dijadikan tesis. Kini, perniagaan 'coca-cola' tidak lagi semeriah dahulu.

Kukira, saudari Nadiah sungguh beruntung kerana berpeluang menjejaki bumi suci Palestin setiap 3 bulan setahun. Beliau bertugas di bumi Palestine sebagai pembantu perubatan di bawah badan Aman Palestin. Beliau membantu 2 orang doktor dan memiliki 10 orang jururawat di bawah arahannya. Bersama, mereka merupakan squad bantuan perubatan dan kemanusiaan yang mempunyai tajaan banyak pertubuhan-pertubuhan Islam termasuk Ikhwanul Muslimun. Mereka bergerak ke Palestin setiap Jun hingga Ogos kerana bergilir dengan squad perubatan yang lain. Hanya Doktor yang kekal di sana. Dalam surat-surat yang beliau kirim kepadaku, beliau mengisahkan betapa getirnya kehidupan yang beliau saksikan dan alami sendiri. Setelah menerima beberapa kehilangan, beliau menyedari bahaya yang beliau hadapi dan mengatakan 'hasbiallah'. Subhanallah. Saya kini menulis dengan dada yang sakit bagai dipalu.

Alangkah indahnya pertemuan kita semua. Alangkah indahnya lagi andai dihimpunkan di taman syurgaNya. Muallimah mahbubati, saya kini menetap di U.S untuk meneruskan misi saya yang sekian lama dirancang. Pusat Cyber Cafe saya di Jeddah dan Moscow kini stabil dan berkembang maju seperti yang berada di Shah Alam, Damansara dan Seremban. Dr. Aisyah dan Datuk Nasreen merupakan salah satu pemegang sahamnya. Saya kini berkejasama dengan beberapa pihak di Ikhwanul Muslimun yang tidak dapat saya nyatakan nama mereka untuk tujuan keselamatan. Kami sedang mengkaji dan menganalisa sistem sekuriti banggunan Pentagon dan Rumah Putih. Kondisi kami terlalu under cover dan berhati-hati. Saya turut bertugas sebagai agen kawalan dan perhubungan Ikhwanul Muslimun. Prof. Khalid yang bekerjasama dengan saya dalam kajian saya mengenai tamadun manusia kini membantu untuk menguruskan kepentingan saya di Malaysia. Ini penting supaya saya 'berada' di Malaysia. Seperti kata saudari Nadiah, hasbiallah wa ni'mal wakil. Tesis saya berkaitan kesatuan pertubuhan Islam telah diterima sebagai method untuk setiap pertubuhan. Alhamdulillah, moga kita semua bersatu.

Allahyubarik fik.

Coretan ini bertaut seribu rindu yang mengundang. Kenangan yang dijadikan dorongan untuk terus mengejari pertemuan di kehidupan abadi.

anak didikmu,

Izyana

Moga kalian terhibur!

Jan 3, 2009

Here we are!

Assalumalaikum.
Cuma sebuah tatapan buat akhawat yg dikasihi semuanya.

Here we are!
the journey wasn't yet far
from toddler2teenager2sevenTeen
Subhanallah!

Just so i wanna say
let SPM dis year end
be a road to Allah
a road to jannah
and a road for the ummah.

Let us please put our says into action
Glow your iman with pure intentions
Sparkle your syahadah with a promise to be fulfilled
Shine your life with success and proper understanding.

Seize the day with Dakwah n Tarbiyyah
Share the Fikrah that's been given
There is job and must now begin
Don't look back at the work you've done
for your work has just begun

Allah is kind enough to lend us this ukhuwah
I shall tear (tangisi) it this year end
(although i shouldn't)
for i am afraid of the world out there
the world that shall urge us to conceal our deal
but you shall know, it must'n't flow that way
we just have to reveal our way
and prove that we do our say

Mlmh Hasma's words (when i was with her the whole day..n Hadif!)
Yakin dengan bicara antum. Jangan siakan ilmu, hidayah dan peluang yang Allah beri. Amalkan ilmu antum. Antumlah mujadid fikrah ummah (pemikiran ummah). Tajdidkan ummah kita.

Yes it's tough to do it so
but the strength is within our souls
He gives us tough because He gave us strength..
it's just our time to walk the talk

launching this Monday:D






Aug 4, 2008

ilmu dari PENGALAMAN vs ilmu dari TULISAN

Sudah masuk kali keempat kutelah munyusun atur semula buku-buku bacaan (agama dn pengetahuan) di rak yang memanjang dari bawah ke atas. Kumengeluh panjang. Kukira, drpd 42 buku yang tersusun kemas di rak hy 5 yg kuselesai khatamkan. Itupun masihku rambang mata melihat buku-buku yang dijual di book fair semlm. Ayuh hati, mari refkleksi:
  1. Hijab or Niqab: 50%
  2. Keagungan nabi Muhammad (s): 15%
  3. Women in the Qur'an and Sunnah: 8%
  4. Palestine, meniti rentetan sejarah:25%
  5. Hassan Al-banna: 80%
  6. Berdanai dgn Israel, brp harganya?: 0%
  7. Saidina Abu Bakar Assiddiq: 3%
  8. 12 peribadi cemerlang ibadurrahman: 75%
  9. Etika mjadi Plajar Cmrlg, pengalmn para ulama besar: 40%

dll tu lagilah! Duhai hati, mengumpul koleksikan buku tanpa memanfaatinya juga adlh suatu penyakit ilmu. Atau mungkin krn kemasyghulan dunia mhalang. Duhai diri, itu tidak benar krn dirimu senggang di waktu ptg (tika mnunggu tibanya ummi).Kuingatkan diri sendiri, kuingatkan teman2. Di celah-celah kebingungan masih terukir senyuman. Bonus buat diriku yg kukira agak unik berbanding teman. Bukan berbangga tp msyukuri.

Terlalu byk ilmu yg kuraih dari pengalmn kembara seorg iman.

  • pengalmn di samping umur sebaya yang jahil
  • pengalmn menetap di luar ngr
  • pengalmn mengembara seog diri
  • pengalmn menguntumkan senyumn seorg ummi
  • pengalmn jahiliyah (yg akan djadikn pgajaran)
  • pengalmn bersama rakyat Kuantan
  • pengalmn di samping Arab keturunn nabi (s)
  • pengalmn di samping rombongn masyarakat awam
  • ll pengalmn yg tidak tersingkap di sini ttp tersimpan di memori

Buat pembaca sekalian, dirimu jua memegang pengalmn tersendiri. Yg pastinya ia juga unik dan one of a kind. Pelajarilah dari pengalaman. Di situ terlekat suatu ilmu yang sgt berharga. Usah terkejar-kejar (taksub) dgn ilmu sebuah buku/tulisan. Jika ianya tidak dapat dimanfaatkan. Lebih-lebih lagi andai ilmu itu hadir dlm bentuk cereka (Ayat-ayat cinta/ketika cinta bertasbih dll). Krn imaginasi itu sia-sia bagi mrk y bercita-cita tinggi. Lebih aula bagi kita utk terjun ke medan kehidupan tika peluang menawarkn diri. Drpd hy terperangkap dlm gambaran kehidupan yg diukir penulis. Walaubagaimanapun, keseimbangan antara pembacaan dan praktikaliti adlh yg terbaik. Percayalah. Buat umur belasan tahun, delapan tahun, peluang itu sentiasa menanti-nanti. Yg penting: dicari.

*Mungkin cetusan ini agak myentuh sensitiviti pembaca. Ingatlah, pndangan manusia bbeza2.. itulah kurniaan Allah yg harus dsyukuri. Yg diharap, pembaca selidik dgn iman. Sbrg teguran amat dialu-alukan.