rss
email
facebook
ikram

Pages

Mar 29, 2008

1001 ~ KRS

Bismillahirrahamanirrahim...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ana mulakan sebagai pembuka bicara.


Assalamualaikum...



KRS atau Kadet Remaja Sekolah,suatu nama yang telah berevolusi daripada PSFM,Pergerakan Syabab Fatayat seMalaysia.Nama PSFM adalah suatu keistimewaan ,lain dr yang lain..jd bile ditukar,kami rasa hilanglah istimewanya.Tetapi perjalanannya tetap sama,tiada yang berubah,prinsipnya masih dikekalkan,insyaAllah.Walaupun bertukar huruf serta sebutan,PSFM tetap mendapat tempat di hati.Namun,stp benda PASTI ada hikmahnya..dan kami masih mencari-cari hikmah yang masih belum tersingkap itu...



~Selesai sahaja solat Zohor serta perkhabaran2 yang perlu diberitahukan,Srikandi yang mengetuai barisan2 mujahidah seluruhnya menyampaikan pesanan:



"Sekarang pukul 2:15,lepas ni korang boleh letak telekung.Ana nak 2:25 semua dah ada dlm dewan nie"



2:25-->Keadaan dewan agak gawat,semua pelajar mencari kedudukan kumpulan masing-masing untuk membentuk satu barisan.Setelah semua urusan kumpulan selesai,Srikandi memainkan peranan memberi taklimat tentang aktiviti yang bakal dilalui. "J.E.R.I"-Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek.Begitu Srikandi kami maklumkan,aktiviti yang bakal dilalui melibatkan 4 perkara tersebut.Ana mendengar dengan tenang.




Kami memulakan kembara kami setelah mendapat hint2nya.Kelihatan semua kumpulan menuju ke destinasi yang dimaksudkan.Hint yang kami terima agak senang untuk diteka.Lalu derap langkah segera diatur,mencari-cari petunjuk arah ibarat Sang Sesat mencari jalan keluar.




"Itu!".Yup,tepat!Komander Muda (KM) setia menanti.Senyuman terukir.KM,yang menjadi harapan sebagai penyambung rantai perjuangan Islam (hakikatnya,semua Komander,KM malah prebet juga begitu) itu membawa kami ke suatu tempat yang lapang.Lebih tenang.Gondolan rumput2 berselang tanah menjadi lantai.



"Sekarang,ana nak dengar korang punya trademark.",segera kumpulan ana berbincang untuk lebih mantapkan aksi2 yang bakal dibuat.Selesai tugasan 1;




"Ok.sekarang kita akan main satu permainan.PGL..."


Kumpulan dibahagikan kepada 2,memandangkan kami hanya terdiri drpd 9 orang,ia dipecahkan menjadi 4 orang sini,5 orang sana. Ketua (game ini shj) bagi stp pecahan dilantik.Ana terpilih.Segera kedudukan diambil,kami berdiri bertentangan.




"Eh,x nak diri kat sini,ada pokok tajam.",Adik2 junior menjauhi.Pohon semalu menjadi target kata2nya.Ana pula yang kena diri di area tersebut.Takpelah,ketua harus sanggup berkorban.


' Mmg banyak pohon semalu kat sini.' Ingatan ana terlayar pada bahan bacaan, pinjaman teman.



"Bagi si pohon semalu,bersama sifat malunya,ada duri yang tajam berbisa.Duri itu simbolik untuk sebuah perjuangan yang lahir daripada iman.Duri itu ibarat senjata yang mahu meruntuhkan semua kemungkaran yang ada.Itulah senjata buat seorang Mujahidah....dedaun yang menghijau pada pohon semalu sangat erat pertaliannya antara satu sama lain,sehelai daun disentuh,daun-daun di tepinya turut tertutup malu.Tindak balas daun2 itu lambang persaudaraan dan kasih sayang...."



Sungguh,Allah x mencipta sesuatu dgn sia2.Malah,benda yang simple pun ada hikmahnya.Rasa rindu untuk meneruskan pembacaan yang mengandungi 1000000 'ibrah di dalamnya.


Checkpoint seterusnya lebih menguji ketahanan fizikal kami @ jasmani.Inilah Islam yang sempurna,rohani kuat,jasmani pun kena kuat.Satu section ujian 'memberi kami peluang' untuk menatap ciptaan Allah Yang Maha Sempurna.Langit berdiri sendiri tanpa penyokong.Siapa yang menjadikan ia?ALLAH.Memegunkan pandangan siapa sahaja yang berfikir tentang kejadian ciptaan Allah.Menangkan fikiran,luas terbentang!



"Yang Menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih.Maka lihatlah sekali lagi,adakah kamu melihat sesuatu yang cacat?Kemudian ulangi pandangan(mu) sekali lagi,nescaya pandanganmu akan kembali padamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih."(Al-Mulk 67:3 dan 4)



Destinasi ke-3,menguji intelek.Berserabut nombor dalam kepala.Sedihnya,kami x mampu nak selesaikan,ingin kejar masa,keputusan diambil,DENDA.Tamat 'seksaan' (x delah seksa)...'penunggu' yang kami tuju menyuruh kami menjadi 'penduduk Tamadun Mesir Purba'.


"Korang kena buat pyramid 3 tingkat menggunakan diri korang semua....kena thn 10 saat".


Kami semua tergamam.3 tingkat tu!Perah otak2....tapak mesti kuat untuk menampung segala 'bahan konkrit' di atas...Teringat pula pada isian sebuah kulliyah.


Rukun Islam itu blh diibaratkn sebuah bangunan,syahadah menjadi tapaknya,solat menjadi tiangnya,puasa menjadi dinding dan atapnya,zakat sbg tingkap dan pintu.Kalau ada duit lebih,blh lah tambah balkoni,pagar..simbolik kpd haji.Kena ingat,tapaknya kena sama teguh dengan benda2 di atas..agar kukuh bangunannya,mantap binaannya.



Siap membina,kiraan dimulakan 1....2....3.....4....5....,kiraan seolah-olah macam lambat pulak.Issy...dibina penghalang,su'u-zhon 'terlanggar dinding cermin'.~Next checkpoint segera dituju.Pembinaan rohani sbg ukuran.



"Hafal Allahumma inni 'auzubika minnal hammi wal hazan (1).... dengan Allahumma solli 'ala sayyidina muhammadin 'abdika....sampai kitabuk(2)".

Kami menguji bacaan kami berkumpulan.Hati ana agak kecewa bila ada 2 orang adik junior x hafal,menyedarkan ana masih ramai yg memerlukan bimbingan,kita x blh berdiam diri,goyang kaki!!,menyedarkan ana inilah salah satu cabang dakwah kita semua,mengajak kepada Ma'rifatullah,kepada lebih mencintai Allah .



Ana mengajar mereka bacaan Allahumma anta rabbi....krn,maklumat yg ana terima terbelok,igtkan kena hafal dr bacaan (1) hingga bacaan (2).Sehinggalah seorang teman memberitahu bahawa DAN bukan HINGGA.Tapi,ana x rasa rugi ajar adik2 junior istighfar agung itu ,walaupon mereka msh x dpt lagi...semuanya diniatkan kerana Allah,bukan kerana nak cepat hbs checkpoint tersebut.Moga termasuk dalam hitunganNya.ameen....


Checkpoint seterusnya yg ana rasa plg byk memberi ana kesedaran.Walaupon pernah lalui aktiviti ini berkali2 sblum ni,tp baru kali ini Allah memberi ilham pd ana mengextractkan perbandingan yg tersembunyi.Even terlambat,ana sgt bersyukur Allah masih memberi peluang untuk memahami sedikit dr ilmuNya yang Amat Luas.Alhamdulillah..




Semua kena tutup mata,hny seorang shj blh buka mata iaitu ketua.Kami kena pegang tali,kemudian berjalan dalam kegelapan,hny pada tali utk berpaut...(lbh vogue kalau buat waktu malam).Ana bandingkan sbnrnya itulah hidup KITA di dunia...pada asalnya,gelap,tiada arah tuju,x tahu nak ke mana dan bagaimana..sering ketakutan.Lalu,Allah Yang Maha Pengasih menyelubugkan ketenangan dengan kasih sayangNya,menurunkan petunjuk utk hamba-hambaNya, AL-QURAN...kitabullah ini yang akan menerangi jalanmu,cinta Allah akan menujukanmu ke arah cahaya dan bahagia...



"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.Perumpamaan cahayaNya,seperti sebuah lubang yang tidak tembus,yang di dalamnya pelita besar.Pelita itu di dalam tabung kaca,(dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan,yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi,(yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak di pula di barat,yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi,walaupun tidak disentuh api.Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis),Allah Memberi petunjuk kepada cahayaNya bagi orang yang Dia kehendaki,dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia.Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."(An-Nur 24:35)




Ketua bertindak sebagai pengguide kami,bila nak lompat,bila nak jalan & berhenti,bila nak ambil langkah besar mengelak dr jatuh parit.Begitulah jua Allah Mengutus seorang Rasul untuk kita,menjadi pembimbing kita,sbg Qudwatun Hasanah...menjadi perujuk untuk lebih mengenali Allah,menyuburkan sifat cinta pada Allah...untuk mengajar kita akan isi Kitabullah,mengajar kita mencari hanya Mardhatillah dlm hidup..menjalani hidup dalam keberkatanNya.


Ana bersyukur lahirnya ana dalam Islam...dan bertuahnya ana dapat mengulang-ulang Kalamullah Tuhan yang telah Menciptakan ana daripada tiada kepada ada...dan beruntungnya ana dapat mengetahui perjuangan Rasulullah S.A.W yang tercinta walaupon entah lebih 1400 tahun dah berlalu.Semuanya adalah dari Allah.
Segala pujian hanya bagiMu ya Allah....



Destinasi terakhir yang setakat kami sempat pergi(6 checkpoint),err..ana rasa ana masih dalam pencarian hikmahnya dan objektifnya..with the rumput and the....


Semoga Allah Memberi kita ilham dan bisa mengerti maw'izzah atas setiap jua perkara yang ditentukanNya.
Sekian sahaja.Maaf penulisan ana ini x semantap mana,namun harapan ana agar dapat dikutip sedikit-sebanyak mutiara darpadanya.Ana hanya seorang hamba yang lemah....

Wassalam.


~Amatullah Muti'ah~


0 comment: