rss
email
facebook
ikram

Pages

Oct 30, 2011

Hujan


5.15pm

Hujan turun dengan lebatnya. Allah!  Kecewa harapan. Sejurus membuka pintu, hujan menyimbah bumi. Bukan menghulurkan tangan perdamaian tapi seakan mencabar musuh yg bersemangat.
Segera saya beristighfar. Hujan itu hamba,seperti saya, seperti kamu. Menyalahkan hujan samalah dengan menyalahkan Allah. Hujan itu hamba yang sangat patuh! Sedangkan saya?

Saya cuba mencari-cari hikmah 3D. Ayat 216 surah Al-Baqarah datang memaut lembut menyejukkan.
SubhanaAllah, masyaAllah,saya berzikir dan berfikir. Allah itu maha berkuasa! Tiada apa yang tidak mampu. Kun fayakun! Tiada yg mustahil!

Jika Allah mengkehendaki makhluk mana pun tidak dapat mendahului meskipun telah terpacak ready di depan pintu. Kilat sambung menyambung mengiyakan semua zikir dan fikir ku.Tidak ketinggalan turut serta bertasbih. Mungkin juga mahu lihat manusia mana yang sombong pada Allah!

Kaki diatur berat kembali masuk ke rumah sambil mata menyapu bangsal kecil hanya beberapa langkah di pinggir rumah.Tombol pintu ditolak pasrah. Pandangan dilontarkan ke luar tingkap, masih adakah harapan?


“ terlepas lagi mahu menyapa udara petang.”

Bukan sekali dua begini, hampir setiap petang dan  setiap petang itu saya menanti dengan penuh kesabaran agar allah kurniakan satu petang indah utk menyapa udara sekeliling.

“Allah mahu beri nikmat dan rahmat, husnuzdonlah! Jangan diterjah semborono, pandu fikiran mu”  nasihat hati ala-ala murobbi  Jayakarta.


“Betawi? Jayekarte!”

“Betawi, Jayekarte sama!”

“eeh,ndak bang. Betawi yang kasi nama belande, kalo jayekarte itu yg kasi nama ulamak!
 Bedak itu…”

(dipetik daripada dialog filem sang murobbi)


5.35pm


Hujan tidak seganas tadi. Mula menghulur tangan persahabatan.Tanpa dipinta segaris senyuman kuhadiahkan ke dada langit.Termetrailah perdamaian. 

Komunikasi dua makhluk ini entah intrapersonal entah interpersonalTiada siapa yang minat ambil pusing!

“Alhamdulillah, tiba juga petang itu! bisik hati sambil exhale carbon dioxide. Terima kasih pada daun-daun yang tidak jemu bertasbih dengan cara uniknya. Daun itu hamba yang sangat patuh!


Puzzle 1:“Kakak nak pegi mana?” terjah the little one

Puzzle 2:“adalah! rahsia!”




Jawapan yang sangat tidak membantu. Kelihatan tanda tanya mula timbul di keningnya yang bertemu.  Sebelum hujan tadi mereka puas seronok tambah kekuatan fizikal bersama benda bulat jadi rasanya tidak salah jika saya beri pula torture latihan mental. Dengan senyuman meleret saya tinggalkan dia bersama equation absurd, puzzle+ puzzle² = ??? 


Terus terbang menuju bangsal kecil.

 Rantai ?ok!

 Break? ok!

Tayar? ok!

“Alhamdulillah, masih blh guna. Mungkin sbb walid selalu bawa pergi surau”

Hanya sekali kayuhan, dia bawa saya meluncur laju membelah udara, menyelusuri trek yang biasa kami lalui-saya adik-beradik serta kawan-kawan setaman. Bagai membuka album lama. Suara lasykar pelangi mulai kedengaran…..










-insyaAllah akan diupdate.Mohon doanya
-rindu tinta ukht. Sangat!

Oct 1, 2011

kita dah berubah?

kita semua dah berubah kan?”

luah seorang ukhti T di dalam telefon. Teringat sosok peribadi 2 ukhti tercinta yang baru pulang dari Jordan ketika itu, ukhti mantan usim,ukhti um & ukhti uniten. DIA pertemukan kami dalam ‘taman-taman syurga’ di bulan ramadhan, melerai rindu di rumahNYA.Betapa saya sangat bersyukur dengan masa & anugerah yang diberikan.Terbayang pula wajah akhwat kuis yang tidak dapat hadir. Sungguh,melihat akhawat fillah, energi terasa dicas semula, hilang segala beban dunia yang merunsingkan. Subhanallah! nikmat ukhuwwah tak terungkap, kan?

Lantas saya pun tersenyum dan menjawab,

ya ukhti, sebab…….. tarbiyyah kita berlainan.

mungkin sebab apa yang kita alami sekarang berbeza,kalau dulu, kita sama-sama time sekolah” luah ukhti T lagi.

ukhti, tarbiyyah berlainan ipt,kita berlainan  waqi’, berlainan qadhya, itu semua tarbiyyah yang mencorakkan kita.” Saya cuba menenangkan. Tidak dapat dinafikan, kami dulu sama-sama melihat benda yang sama, sama-sama menyentuh, sama-sama mendengar, sama-sama bermain, sama-sama berpaut,sama-sama bina sinergi,sama-sama menyantuni dan disantuni. Kami bermuayashah!

Terngiang pula kata-kata dari ukhti yang sangat saya kagumi, ukhti K.

Katanya : Mlmh ikin bukakan pintu utk kita, mlmh ros bawa kita masuk….

Pertama kali saya mendengar, tersenyum penuh makna. Ukhti K penuh sastera sentiasa tahu berbahasa dalam bahasa.

Saya perhati mana potensi & sikap yg dulu masih suam-suam kuku, kini terserlah di alam ipt.

Mehnah dan tribulasi di waqi’  masing-masing membentuk peribadi yang berbeza, ketahanan yang berbeza. Jika dilihat sahabat r.an.hum, berlainan seksaannya, kenapa? Kenapa tidak Allah takdirkan seksaan yang dikenakan semua sama? Sebab kemampuan itu berbeza bagi setiap individu.Namun seksaan itu tetap tidak lari dari objektif utamanya- untuk menyeksa agar rapuh keimanannya.

Bilal b Rabah – dijemur di tengah panas, diseret dengan kuda dibawa keliling Mekah

Khubaib – disalai dagingnya sehingga peluh dan lemak yang terbakar memadamkan api yang membakar.

Abu darda’-dibelasah kerana telalu izzah menyatakan keislamannya. Makin dipukul, makin lantang dia bersuara.

Abu Bakr-Hanya boleh beribadat di dalam rumah, tidak boleh menyeru kepada yang lain. Jika ingkar, perlindungan yang diberi akan terbatal.Bukan perlindungan diharapkan tapi redha tuhannya.Beliau tidak berputus asa, bahkan mencari jalan dengan membaca Al-Quran. Hanya membaca Al-Quran di rumah, mereka yang lalu lalang di rumahnya berasa tertarik apabila mendengar ayat-ayat suci.Maka, perlindungan pun terbatal.

Pendek kata,’ just name it’.Ah, sirah, pasti anda lebih arif berbanding saya.

Merenung kisah sahabat, saya renung kembali diri saya.Saya sentiasa cuba aplikasikan accountability dlm exam kehidupan. Allah campakkan kita di medan kampus yang berbeza. Ada akhawat yang dapat  bersama, ada yang keseorangan. Subhanallah, betapa cantik susunan Allah, betapa Allah sangat memahami kemampuan hambaNYA.Mana yang kurang muwassofatnya, Allah campakkan di ipt yg punya lebih muwassofat yg kurang. The key is -we must always believe in Him. 

Jika benar sudah berubah, jangan ditinggal kebaikan dahulu, istiqamahlah!
Jika benar sudah berubah, jangan dilupa ikrar kita
Jika benar sudah berubah, biarlah perubahan itu memberi nafas baru pada yang lain juga
Jika benar sudah berubah, biarlah perubahan itu memberi pulangan pada DnT
 Jika benar sudah berubah untuk Allah, moga Allah thabatkan hati mu, kuatkan langkah mu, moga Allah limpahkan ketenangan dalam dirimu


“ Jejak kita di bumi al-amin kini berubah ke fasa berbeza, tarbiyyah di bumi al-amin berlalu tidak bermakna tarbiyyah jiwa turut berlalu”

Ini hanya coretan ringkas stlh BERTAHUN LAMAnya meninggalkan dunia penulisan,banyak utk diungkap catat tapi tidak semua mampu diterjemahkan dgn bahasa.Saya tidak sehebat blogger@penulis lain dlm menulis,saya bdk baru belajar kalau salah tlg 'guide'kan ^^ .Jom tembak doa utk semua jadi hebat.

Hebat muwassofatnya, hebat tarbiyyahnya, hebat jati dirinya, hebat thaqofahnya! Semua ini untuk apa? Untuk islam, tarbiyyah, dakwah,  paling penting untuk rabb!




Aug 26, 2011

Permintaan ku


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  • Ana ada terjumpa satu tulisan yang sangat menyentuh..masyaAllah, moga dapat ambil ibrah buat srikandi-srikandi dakwah semua. =)

 
**************************************
Sekadar berkongsi luahan rasa dari seorang ukhti..

Aku seorang gadis muda yang baru sahaja melayari bahtera hidupku yang sebenar. Baru sahaja sudah genap setahun juga bahtera ini aku layari. Banyak bibit bibit cinta yang aku yang aku lalui dalam tangis dan ketawa dalam seronok dan kecewa. Lantas rasa cinta ini makin menguat dan mengutuh, berbunga-bunga, melimpah melata.. Cinta-cinta itu aku simpan hingga memenuhi ruang hati.Bahkan terasa melimpah ke sana-sini.

Ingin sekali aku mencari tempat untuk aku curahkan wangian cinta ini..cuma insan yang dinanti belum lagi ku perolehi.



Namun ada ketika aku melihat, gadis gadis yang lain sudah punya cahaya mata, tempat mereka melimpahkan cinta yang selama dahulunya tersimpan di dalam dada. Aku tunduk.Bukan kerana malu, tapi rasa rela dan rendah kerana aku yakin Dia tahu aku masih belum cukup sedia. Menimang cahaya mata bukan seperti bekerja, ianya pendidikan yang menggunakan hati dan pancaindera. Hati..hati..hati.. pancaindera aku, Alhamdulillah sihat dan sempurna, cuma hati masih lemah dan bolak baliknya selalu menggila. Bagaimana bisa aku timang cahaya mata padahal perwatakan belum menampakkan keibuannya. Aku bertahan dan berusaha. Moga suatu hari nanti bila tiba masa cahaya mata aku terima, aku benar-benar bersedia.



Ingin sekali aku bertentang mata dengan gadis-gadis bertuah itu dan ingin sekali aku berkata,'"bersyukurlah kalian kerana dikurniakan cahaya mata, mereka adalah rezeki yang sangat berharga mengalahkan emas dan permata, kerana nikmat yang datang melalui mereka adalah nikmat akhirat dan dunia. Bertuah sungguh kalian,



Kalian pasti sangat mencintai mereka dan kalian mendidik mereka sebaik-baiknya dengan ilmu dan tatasusila. Tapi jangan sekali-kali kalian lupa. Bahawa pendidikan terbesar itu sebenarnya datangnya dari dalam diri kalian yang mengandungkan mereka. Apa yang kalian makan apa yang kalian lihat apa yang kalian ambil dengan pancaindera dan kalian rasa dengan hati dan jiwa, itu lah yang akan mejadi darah daging cahaya mata. Setiap tingkah laku kalian dahulu juga sekarang, itu lah yang akan dipantulkan semula oleh cahaya mata didikan kalian semua. Itulah istimewanya mereka. Bukan ilmu dan persekitaran yang menjadi ejen tumbesaran jiwa cahaya mata, tetapi naluri si ibu itu lah yang jadi penyebabnya. Memang normal bila ada orang berkata-kata,"lihat saja si cahaya mata saling tak tumpah seperti ibunya". Biarpun rakan sekeliling sering mendampingi si cahaya mata tetapi doa si ibu itu lebih terkesan pada kehidupan cahaya mata. Biarlah kejahatan menarik cahaya mata agar terjerumus bersama, tetapi kekuatan si ibu itu lah yang berjangkit pada cahaya mata. Andai kata ibunya dahulu tumpas, tidak hairanlah bila si cahaya mata turut tumpas bila berdepan dengan situasi yang hampir sama.



Ibu lah yang perlu hebat, ibulah yang perlu kuat, ibulah yang perlu baik. Barulah cahaya mata menjadi sepertinya bahkan bisa lebih hebat lagi dengan kehebatan cahaya mata yang tersendiri.


Cahaya mata adalah nikmat dan penyelamat dunia juga akhirat, bahkan di akhirat nanti kalian akan ditanya tentang perlaksanaan tanggungjawab kalian kepada cahaya mata. Semoga baiklah jawapannya.

Aku sekejap-sekejap, sedikit-sedikit cemburu dengan kalian kerana cahaya mata yang seperti duit simpanan yang bertambah dan berganda nilainya bila kalian berjaya mendidiknya menjadi seorang dewasa yang berguna, Biarpun kalian sudah tiada,tetapi ganjarannya mengalir, menjadi pemberat timbangan mahsyar kalian. Ya Allah aku betul betul mendambakan itu, sangat sangat menginginkannya...cahaya mata....



Namun sebenarnya,

Permintaaku bukanlah cahaya mata, tetapi permintaanku adalah supaya setiap gadis yang bergelar ibu, yang bakal dan sudah beroleh cahaya mata terus-menerus mendidik diri menyuci dan menyempurnakan jiwa, manjauhi yang sia-sia, mempelajari yang berguna supaya didikan kepada cahaya mata akan benar benar berjaya dengan izin Yang Maha Kuasa.


  

Wahai akhawat yang benar-benar ana cintai kerana Allah. Jangan antunna abaikan diri dalam mengislahkan mad`u antunna. Kerana islah yang paling utama ialah islah diri antuna yang berlangsung serentak dengan islah yang selebihnya. Bagaimana antunna dapat melihat anak didik antunna terbina andai diri antunna sendiri goyah. Binaul islam bukan begitu akhawatku.

Andai kata suatu masa antunna terasa beban yang mengempap dada bila anak-anak tidak memiliki fikrah yang diharapkan, jangan segan untuk menilai habis habisan diri antunna. Adakah sujud antunna cukup lama, adakah mata cukup berkaca dengan taubat dan tempelak. Adakah antunna bisa hanyut dalam tahajud sepertiga malam. Adakah benar-benar khalis(suci) segala pemberian antunna kepada mereka. Muhasabah lah kerana tiada siapa yang dapat melakukan melainkan antunna sendiri.

Jangan muak dan tepu dengan ayat yang sering nahnu dengar ini " BAIKI DIRI dan serulah orang lain '.


 

"kami tidak mencetak buku, tapi kami mencetak manusia.."

 

wallahualam..

Aug 25, 2011

Masa Hadapan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 

Baharu sahaja selesai menonton sebuah video tentang debat mengenai komuniti Muslim di Negara-negara Eropah. Bila melihat tarikh debat, sebenarnya dah lama ia dilangsungkan..tapi saya baru tahu akan kewujudan program debat itu yang dianjurkan British Council. Kenapa baru tahu?? Haiihh… Bagi saya , susuk-susuk yang duduk di meja pentas itu bukan calang-calang orangnya, of course…semuanya berfikiran kritis, pandang jauh dan menilau sesuatu perkara dari pelbagai aspek dan dimensi. MasyaAllah!~. Salah seorang panel adalah Tariq Ramadhan, seorang professor di Oxford University. Banyak kali saya nampak dan dengar nama Tariq Ramadhan ini, cuma baru kali ini saya dapat gambaran yang lebih jelas tentang siapa dia dan rupa dia.

Bercakap mengenai debat tersebut, memang rasanya topic yang agak hangat..'Europe is Failing its Muslims'. Untuk memahami tentang kondisi Islam di seluruh dunia sangat perlu kepada penilitian dan pemerhatian yang sangat menyeluruh pada isu-isu dunia yang berlaku sekitar kita. Dan saya akui..saya agak lemah dalam aspek ini..sangat lemah kot. Sekalipun rasa ingin tahu tu ada, tapi dari aspek tindakan masih jauh lagi rasanya. Macam mana kita nak betul-betul cakna tentang perkara ni yeh? Bila kita dah tahu tentang sesuatu perkara tu, kita kurang pula nak think ahead tentangnya. Bila mendengar apa yang dibincangkan dalam perdebatan ini, secara kasarnya maklumat tu ada dalam kepala, tapi tidak pula saya fikirkan secara dalam tentang perkara ini. Walhal teringat saya Dr. Hafidzi pernah berkata;

" we must think globally."

 

Hah!~.
Ini cuma sekadar persoalan yang saya nak timbulkan pada diri sendiri sebenarnya. Agar saya tidak terleka tentang isu ini. Untuk mencapai UA tu sendiri saya rasa sangat penting untuk tahu tentang dunia. Tentang perubahan-perubahan yang berlaku sekitarnya dan di dalamnya. Kerana apa yang berlaku sekarang mengeffect masa hadapan..dan membawa ke masa hadapan.

p/s: blh tgok di link ni kalau mahu http://www.oursharedeurope.org/london-debate-febr-10


Aug 24, 2011

Hujung Belasan Tahun


belakang dari kiri : Kak Ameerah, Qila, Nadiah, Nasreen, Zafirah, Farah
depan dari kiri : Ain, Izyana, Muallimah Ros, Aisya
Bismillah,
Tempoh hari semasa di Surau baru Al-Amin, ada tangan yang mendekap dari belakang. Beriringan dengan satu suara,
"Izyana"
Ana terus dibalut rasa syukur yang menebal, akhirnya rindu yang selama ini menyerang telah Allah izinkan dengan pertemuan semula. Tanpa lengah ana menoleh lalu terus memeluk empunya suara. Dada rasa penuh dengan ke'teruja'an sampai susah nak berkata-kata. Namun ana terlalu kering untuk mengalirkan air mata, kebetulan badan agak dehydrated masa tu.
Dan ketika Allah menyusun dengan indah pertemuan dengan agenda-agenda yang bermakna. Kita terus bekerja dan beramal untuk dakwah.
Tak ada pun masa atau fikiran untuk outing bersama. Masing-masing bersama komitmen masing-masing. Hingga Allah menyusun dengan cantik, saat kita dalam kereta dan tersesat jalan. Masa yang terluang itu sungguh-sungguh bermakna buat jiwa ana. Terima kasih Allah atas peluang ini, menatap wajah akhawati fillah yang sama-sama ditatang dalam tarbiyyah.
Semoga Allah menjaga dan terus mentarbiyyah kita semua, sebagaimana dia menjaga dan mentarbiyyah wanita-wanita solehah yang terdahulu.
Allahuakbar, hati ana agak berdebar-debar, untuk melangkah ke umur seterusnya. Di mana tamatnya umur belasan tahun, dan bermula fasa baru, dua puluhan..
InsyaAllah, tanggungjawab seberat apa pun akan jadi ringan andai kita ikhlas. Tarbiyyah mengajar erti ukhuwah untuk kekuatan sof dakwah. Tarbiyyah mengajar erti ukhuwah untuk cerminan muwassofat diri. Semoga ukhuwah kita ada itu semua.
Akhawati fillah, maafkan ana atas segalanya. Pertemuan kita di bulan yang mulia, dalam agenda yang bermakna, semoga ianya dikira oleh Allah sebagai golongan yang mendapat naungan arasy-Nya di yaumul Qiamah.
Ukhtikum fillah,
Faqir ilallah
*sedang bersedia dengan peluang Ramadhan ini untuk menempuh alam 20-an.. T_T
semoga amal dakwah lebih kencang sebaik melangkah, Allahuakbar !

Jun 27, 2011

Didikan pada dai'e

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

AllahuAkbar!
Sebentar tadi lenguh-lenguh mula menyerang kaki ana..kini alhamdulillah, hilang lenguhnya sebaik kaki sampai di rumah. Sudah beberapa hari rasanya diri sibuk dengan pelbagai benda.Plan asal pun agak sedikit lari, dan akhirnya membuat kita terkejar-kejar dengan urusan kita. Takpelah, insyaAllah..sibuk ini bukan sibuk sia-sia. Moga segala ke'tepuan' kepala terus masak dengan amal. 


Dalam kemelut ini, ana menyelit sedikit masa untuk berfikir. Memang, medan amal sungguh tidak sama dengan medan bercakap. Bila kita dah betul-betul terjun ke situasinya, baru kita tahu tak semudah meng'grab' teori dalam daurah mahupun masyuk berhujah dalam tazkirah. Kita akan diuji dengan pelbagai benda. Fikiran kita ada kala jadi tak menentu. Perasaan bermain-main dalam jiwa. Jasad kita terasa sangat malas untuk diperahkan sedikit kudratnya. Kenapa boleh begitu? Kalau kita kata kita seorang daie dan membawa akhlak Islam pada manusia...boleh ada perasaan begitu? Manusia tetap adalah manusia..dan daie merupakan seorang manusia...yang ada jatuh bangun imannya, dan nafsu yang sentiasa ingin 'mencekiknya' agar nafas kita dalam dakwah & tarbiyyah ini mati. Na'udzubillahi min zalik..


Akhawati ,
tarbiyyah tidak mengajar kita untuk pentingkan diri. Kala saatnya perasaan kita menekan, hati kita mengecil kesempitan..dan kita rasa 'biarlah orang ini..' dan ' biarlah mereka..', ingatlah dahulu kita pernah berada dalam situasi mereka. Keadaan yang tidak mengenal apa-apa, tidak tahu langsung akan Islam ini begitu indah seperti mana yang kita rasa sekarang. Alhamdulillah, begitu banyak nikmat yang Allah bagi..hingga akhirnya kita faham tarbiyyah ini, hasil kesabaran orang-orang sekeliling kita juga. Murobbi kita, kawan-kawan, mak ayah semuanya tungkus-lumus untuk jadikan kita seorang yang faham dan kuat untuk pikul tugas ini. Jadi, apa yang menyebabkan kita penat di tengah jalan? Kenapa kita masih berasa berat untuk memerah sedikit kudrat dan keringat? 

Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
(buat TnT Surah adh-Dhuha ^_^)


Akhawati,
siapa dia daie yang tiada hati? 

Setiap orang ada hatinya, ada perasaannya, ada sensitivitinya yang perlu dijaga. Kerana bukankah kita semua adalah manusia? Ada kala kita merasa bahawa hati kita tak dijaga orang lain sebaiknya, asyik-asyik kita sahaja lah yang harus mengundur dari 'rasa-rasa' itu dan mengalah. Walaupun yang berhadapan dengan kita itu juga adalah seorang daie yang sama-sama berjuang. Pernah tak suatu masa kita fikirkan, 'perlu ke aku merasa ni semua?', 'perlu ke aku rasa macam ni?'. Sedangkan kita serba tahu bahawa Allah sahaja yang menilai perasaan dan hati hambaNya. Kita tiada masa untuk merajuk..kalau betul kita serius dan tekun membawa dakwah ini. Biarlah 'rajuk-rajuk' kita yang sedikit-sedikit itu kita leburkan dan tahankan..biar Allah yang Memujuknya dengan kasih sayangNya ^^ , datangnya dari arah yang tak kita duga. Jadi akhawat qowie (baca:kuat), binalah jiwa yang kental dan kuat..kerana kita sama-sama akan berhadapan dengan masyarakat yang macam-macam-macam-macam lagi ragamnya. Takkanlah di tengah-tengah mereka ini mahu 'menyempit hati' juga? sebab kita faham, tarbiyyah sangat sayang pada kita..dia tak kasi kita hanya mendidik mad'u, tapi dia nak didik kita juga.



Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Akhawati,
pernah suatu hari pensyarah dalam kelas ana berkata;

    "Kenapa orang muslimin masih ditimpa cubaan dan ujian, sedangkan Allah telah Memuliakan mereka (dengan iman dan Islam)? sebabnya Dia mahu ajar kita bahawa ujian, cabaran dan dugaan itu semua..itulah yang diperlukan dalam da'wah ini. Perahan tenaga, usaha sungguh-sungguh..itu lah yang diperlukan."

!هذا هو المطلوب من الدعوة

kita merasa susah dengan apa? Kalau apa yang ana fikirkan, ya..kita penat, letih, berpeluh, rasa sangat serabut, dan pelbagai lagi..tapi benda-benda yang kita keluhkan itu semuanya, tiada satu pun yang setaraf dengan dugaan para sahabat dan Rasulullah. Seringkali datang pesanan dari ukhti-ukhti atas untuk bacalah sirah, kamu akan jumpa banyak sangat yang dapat mencerahkan hati kamu semula. :). Hasilnya, qoul (baca:kata-kata) kepenatan kita tidak sama dengan cerita dalam firmanNya:

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). 
[Al-Baqarah:214]


Selalu muhasabah ukhti, jiwa kita akan rasa tenang. 
Muhasabah lah supaya kita menjadi lebih dekat denganNya, sekaligus kita akan lebih dekat dengan manusia. 
Setiap apa yang timbul di hati itu, kita sabar dan serahkan sahaja pada Allah,..dan biarlah Allah sahaja yang memegang hati-hati daie yang ingin membawa risalahNya. 
Relakan menjadi daie yang kuat!..walau dicampak ke antibiotic mana pun.


p/s: ya, medan menulis juga semangnya tidak sama dengan medan amal!
Tembak doa besar-besar buat kita semua! T_T




wassalam.
tengah malam~