rss
email
facebook
ikram

Pages

Jun 27, 2011

Didikan pada dai'e

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

AllahuAkbar!
Sebentar tadi lenguh-lenguh mula menyerang kaki ana..kini alhamdulillah, hilang lenguhnya sebaik kaki sampai di rumah. Sudah beberapa hari rasanya diri sibuk dengan pelbagai benda.Plan asal pun agak sedikit lari, dan akhirnya membuat kita terkejar-kejar dengan urusan kita. Takpelah, insyaAllah..sibuk ini bukan sibuk sia-sia. Moga segala ke'tepuan' kepala terus masak dengan amal. 


Dalam kemelut ini, ana menyelit sedikit masa untuk berfikir. Memang, medan amal sungguh tidak sama dengan medan bercakap. Bila kita dah betul-betul terjun ke situasinya, baru kita tahu tak semudah meng'grab' teori dalam daurah mahupun masyuk berhujah dalam tazkirah. Kita akan diuji dengan pelbagai benda. Fikiran kita ada kala jadi tak menentu. Perasaan bermain-main dalam jiwa. Jasad kita terasa sangat malas untuk diperahkan sedikit kudratnya. Kenapa boleh begitu? Kalau kita kata kita seorang daie dan membawa akhlak Islam pada manusia...boleh ada perasaan begitu? Manusia tetap adalah manusia..dan daie merupakan seorang manusia...yang ada jatuh bangun imannya, dan nafsu yang sentiasa ingin 'mencekiknya' agar nafas kita dalam dakwah & tarbiyyah ini mati. Na'udzubillahi min zalik..


Akhawati ,
tarbiyyah tidak mengajar kita untuk pentingkan diri. Kala saatnya perasaan kita menekan, hati kita mengecil kesempitan..dan kita rasa 'biarlah orang ini..' dan ' biarlah mereka..', ingatlah dahulu kita pernah berada dalam situasi mereka. Keadaan yang tidak mengenal apa-apa, tidak tahu langsung akan Islam ini begitu indah seperti mana yang kita rasa sekarang. Alhamdulillah, begitu banyak nikmat yang Allah bagi..hingga akhirnya kita faham tarbiyyah ini, hasil kesabaran orang-orang sekeliling kita juga. Murobbi kita, kawan-kawan, mak ayah semuanya tungkus-lumus untuk jadikan kita seorang yang faham dan kuat untuk pikul tugas ini. Jadi, apa yang menyebabkan kita penat di tengah jalan? Kenapa kita masih berasa berat untuk memerah sedikit kudrat dan keringat? 

Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
(buat TnT Surah adh-Dhuha ^_^)


Akhawati,
siapa dia daie yang tiada hati? 

Setiap orang ada hatinya, ada perasaannya, ada sensitivitinya yang perlu dijaga. Kerana bukankah kita semua adalah manusia? Ada kala kita merasa bahawa hati kita tak dijaga orang lain sebaiknya, asyik-asyik kita sahaja lah yang harus mengundur dari 'rasa-rasa' itu dan mengalah. Walaupun yang berhadapan dengan kita itu juga adalah seorang daie yang sama-sama berjuang. Pernah tak suatu masa kita fikirkan, 'perlu ke aku merasa ni semua?', 'perlu ke aku rasa macam ni?'. Sedangkan kita serba tahu bahawa Allah sahaja yang menilai perasaan dan hati hambaNya. Kita tiada masa untuk merajuk..kalau betul kita serius dan tekun membawa dakwah ini. Biarlah 'rajuk-rajuk' kita yang sedikit-sedikit itu kita leburkan dan tahankan..biar Allah yang Memujuknya dengan kasih sayangNya ^^ , datangnya dari arah yang tak kita duga. Jadi akhawat qowie (baca:kuat), binalah jiwa yang kental dan kuat..kerana kita sama-sama akan berhadapan dengan masyarakat yang macam-macam-macam-macam lagi ragamnya. Takkanlah di tengah-tengah mereka ini mahu 'menyempit hati' juga? sebab kita faham, tarbiyyah sangat sayang pada kita..dia tak kasi kita hanya mendidik mad'u, tapi dia nak didik kita juga.



Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Akhawati,
pernah suatu hari pensyarah dalam kelas ana berkata;

    "Kenapa orang muslimin masih ditimpa cubaan dan ujian, sedangkan Allah telah Memuliakan mereka (dengan iman dan Islam)? sebabnya Dia mahu ajar kita bahawa ujian, cabaran dan dugaan itu semua..itulah yang diperlukan dalam da'wah ini. Perahan tenaga, usaha sungguh-sungguh..itu lah yang diperlukan."

!هذا هو المطلوب من الدعوة

kita merasa susah dengan apa? Kalau apa yang ana fikirkan, ya..kita penat, letih, berpeluh, rasa sangat serabut, dan pelbagai lagi..tapi benda-benda yang kita keluhkan itu semuanya, tiada satu pun yang setaraf dengan dugaan para sahabat dan Rasulullah. Seringkali datang pesanan dari ukhti-ukhti atas untuk bacalah sirah, kamu akan jumpa banyak sangat yang dapat mencerahkan hati kamu semula. :). Hasilnya, qoul (baca:kata-kata) kepenatan kita tidak sama dengan cerita dalam firmanNya:

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). 
[Al-Baqarah:214]


Selalu muhasabah ukhti, jiwa kita akan rasa tenang. 
Muhasabah lah supaya kita menjadi lebih dekat denganNya, sekaligus kita akan lebih dekat dengan manusia. 
Setiap apa yang timbul di hati itu, kita sabar dan serahkan sahaja pada Allah,..dan biarlah Allah sahaja yang memegang hati-hati daie yang ingin membawa risalahNya. 
Relakan menjadi daie yang kuat!..walau dicampak ke antibiotic mana pun.


p/s: ya, medan menulis juga semangnya tidak sama dengan medan amal!
Tembak doa besar-besar buat kita semua! T_T




wassalam.
tengah malam~

0 comment: