rss
email
facebook
ikram

Pages

Jan 24, 2009

sekadar meluah rasa yang terbuku

Lihatlah orang-orang munafik; betapa rendahnya semangat dan tekad mereka. Berikut adalah perkataan-perkataan mereka ketika dituntut amanah:



".....janganlah kamu sekalian berangkat (pergi berperang) di dalam panas terik ini....." At-Taubah:81



"......berilah kami izin (tidak pergi berperang) dan janganlah menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah...." At-Taubah:49



"......sesunggunhnya rumah-rumah kami terbuka (tidak ada penjaga)..." Al-Ahzab:13



"....kami takut akan mendapat bencana...." Al-Maidah:52



Semangat mereka lemah. Bicara mereka sarat alasan dan dalihan. Tidak, kamu bukan generasi munafiq!



Wahai sahabat,

kepercayaan kami taruhkan
dengan harapan tidak disiakan.

Jan 22, 2009

Yang Tercatat



Ah,kaki saya halakan ke kawasan 'membeli-belah'.Ha..lihat Kak Na menjual,..apa ada hari ni?Mee goreng,burger,lidi bercucukkan nugget,dadih,air dan lagi.Saya lihat makanan masih byk,pelik!selalunya masa-masa begini dah habis..sampai saya kempunan x dapat nak merasa.Hari ni lain pulak..Oh,yelah..hari Khamis!.Semua pelajar kan puasa,mmg kuranglah yang membelinya..kalau beli pon,adik2 sekolah rendah je. Eh,saya bukan nakbeli yeh!..Selepas merungkai teka-teki,saya kembali berjalan ke pintu masuk sekolah,menyulusuri laluan berbumbung panjang .Berbeza sungguh dengan 9 tahun yang lalu...dulu kawasan ni kawasan tanah merah,koperasi pun hanya bermodalkan binaan kabin lama.Selalu hari-hari hujan,saya akan bermain lecak..ha,zaman kekanak dulu.Saya bergegas ke pagar utama Taman Tropical Punch yang terletak sangat tak jauh dari sekolah.Saya dijemput oleh Raihanah,adik usrah saya.Katanya,ada benda yang nak dye tanyakan.Entah apa dia..no idea.Sampai di junction,saya membelok ke arah kanan terus mencari no rumah 555,Jalan 4/IT.


"Assalamualaikum...". Satu kali salam sudah berjawab.Raihanah sudah pun menukar baju lain dari baju sekolah.Awal dia balik hari ni.Rumah dekat pula tu...tak sampai beberapa langkah,dah tiba depan sekolah.Saya lebih mesra panggil Rai.Dia mempelawa saya masuk.Rasanya kali pertama saya berkunjung ke rumah adik usrah.Kemas.Tersusun.Smart.Saya labuhkan badan di atas lantai marmar yang suam-suam suhunya.Rumahnya masih belum banyak barang,baharu je pindah.Dulu di Taman Chatulisthiwa,tapi sekolahnya tetap sama.Dia juga generasi 'tua' seperti saya di sekolah.Dah sekolah di situ bertahun-tahun.



"Akak dah lama ke kat depan gate tu?".
"Eh..takdelah.Baru jugak sampai."Saya hadiahkan senyuman kepada 'hadiah' saya ini.Ya,adik usrah saya,hadiah saya.



"Emm.Akak..terima kasih sangat akak datang.Rai buat susah akak je kan?"
"Takpe.Tak susah pun.Lagipun rumah Rai dekat je.":)
"Akak tunggu sini kejap ye.Rai nak ambik sumthing jap..". Saya mula terfikir.
"Ok tpi kalau Rai nak ambik hidang air,x payahla ..akak puasa."
"Takdelah..",gelak kecil kedengaran."Rai tahu akak puasa...ana pun sama."



Saya mengiyakan.Malu juga ada.Baguslah,dia sanggup puasa sunat.Cuba bayangkan kalau si naqibahnya tak puasa tanpa ada yang menghalang @ sebab-musabab munasabah yang lain,ttbe adik usrahnya puasa?.Naqibah/Naqib patut jadi contoh.BUkan sekadar ketika usrah...

Raihanah jalan menghampiri.Tangannya ada sampul surat.Dia letakkan di hadapan saya dengan side belakangnya di atas.

'Ah..surat apa pulak ni?..masalah hati ke?'. Cepat agakan datang menerjah.Hissy,saya tau Raihanah seorang yang tak mudah tumbang dek lelaki.Saya amati kembali sampulnya,agak kekuningan sikit..seolah sprti surat lama.


"Akak bacalah dulu surat tu.Ana nak akak baca." Saya segera ambil surat di hadapan.Saya pusingkan,melihat side depan surat. 'BUKA DGN HATI YANG TENANG',saya baca tulisan yang tertera di hadapan sampul.Bawah tulisan tu ada smiley sambil membuat gaya wink.Sekali pandang,emmph..saya dah dapat agak!.


"Siapa yang bagi Rai ni?".Saya soal dengan nada lembut penuh persoalan.Dia mulanya sekdar diam membisu.

"Takpe,ana nak akak baca dulu.Bacalh sampai habis surat tu". Saya akur.Perlahan saya buka.Ah,baru saya sedar bahawa surat itu agak berat.Tidak mcm berat kertas.Tak mungkinla kertas berat macam ni.Setelah dibuka,misteri terungkai.Saya keluarkan perlahan bahan made of hard glass itu. Telah dihias dan ditulis kata-kata:


"Hadapilah liku-liku hidup ini dengan penuh keimanan dan kesabaran". Ianya dihias gambar kartun Garfield sedang memegang balang yang penuh dengan hati.


"Akak..sebelum akak baca,ana nak cakap ana crtakn pada akak ni pon sbb Rai tsiqoh pada akak.InsyaAllah..harap akak dpt tolong Rai.". Saya termati kata.Ya Allah,semoga aku dapat tunaikan kepercayaan orang terhadap ku.

"InsyaAllah, Rai." Saya berikan senyuman ikhlas.


*selingan~Lesson no 1:TSIQOH (kepercayaan) adalah SANGAT PENTING dalam hubungan da'wah dan pengISLAHan.Maka pelihara sebaiknya TSIQOH anda samada di layar dunia nyata mahupun di layar maya (blog,myspace,netlog,friendster) dan yang sewaktu dengannya bilIKHLAS.kerana manusia hny mampu nilai yang zahir!~selingan*


Saya bukak surat berlipat empat.1 helai sahaja tpi ditulis 2 muka surat.Isinya..sangat privacy.Tapi apa yang boleh saya ulas,ada selitan teguran & nasihat,lagi kisah Hassan Basri yang terpikat dengan mata wanita; yang cukup diketahui ramai.Rajin yg menulis ni salin balik cerita w/pun panjang.Semuanya tulisan tangan.Apa yang saya faham..org tu menulis kisah Hassan Basri tu krn ingin menegur ,ya dlm kes ini mgkin Raihanah.Lagi pula,ada sisipan permintaan maaf kerana "selalu x menjaga mata...ana akan cuba kurangkan.". Ya Allah,siapalah yang tulis ni...isinya agak mantap.Tapi seolah ...pelik.


"Oh..blh akak tanya,kalau Rai tak kisahla..siapa yang bagi?" Saya aju soalan utk rungkai rumit.
".....Ubaidah..". adik usrah saya sebut perlahan. 'Ha?,mcm x percaya je!',tujah saya dlm hati.
"Ubaidah?yg sama form dgn Rai tuu..?". Raihanah senyum kelat,seolah ada lagi yang dia tak sempat beritahu saya.
"Akak mesti pelik kan?...sbb Ubaidah tu jenis yang nakal dan socialize.Isi dye mcm high-class ye kak?".
"Haah...tapi x mustahil pon sbnrnyer."
"sebenarye kak...ni surat 5 tahun lepas.".
aaa...


bersambung,insyaAllah...

Jan 17, 2009

Meneropong ke hadapan

Ke hadapan muallimah Asyikin yang dirindui.


Alhamdulillah, syukrulillah, wa lillah ilhamd. Ana bersyukur kerana dapat menari-narikan pena ini untuk mencoret sedikit tinta untuk muallimah SPPM kami yang disayangi. Apa khabar muallimah sekarang ini? Saya harap muallimah dan kandungan sentiasa sihat walafiat. InsyaAllah. Semoga muallimah diberkahi dengan nikmat iman dan hidayahNya sentiasa.

Saya sedang menulis dengan iringan air mata kerana terlalu rindu akan muallimah dan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi yang menjadi gedung tempet kami dicelup dengan sibghatullah. Rindu juga pada kata-kata keramat yang muallimah tiupkan kepada kami untuk kami meniti kehidupan mengenal Tuhan. Melalui Muallimah juga kami dibenihkan dengan roh Islami sehingga kami kini teguh di medan perjuangan. Kini kami menjadi personaliti unggul di mata masyarakat. Terima Kasih Muallimah.

Ingatkah lagi muallimah pada saudari Aqilah? Saya pasti muallimah sudah memiliki buku-buku dan novel-novel yang ditulisnya. Beliau telahpun menerima Anugerah Tokoh Penulis Zaman di peringkat nagara. Buku bersiri beliau dengan kerjasama Fatimah Syarha yang berjudul 'Safiyah' telah diterjemahakan ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa perancis. Buku iti juga telah dieksport ke persada negara-negara Eropah. Tulisan beliau sarat dengan pendedahan sejarah dan elemen kesatuan dan perpaduan. Saya paling suka buku beliau yang bertajuk 'kembara mujahidah 6' yang memuatkan kisah persahabatan kami semua. Kini beliau merantau ke negara Sepanyol untuk melawat Masjid Cordova di Andalus. Beliau sedang mengkaji kehidupan para sufi untuk bukunya yang akan datang. Beliau kirim salam sayan g bertaut rindu kepada muallimah.

Seterusnya Dr.Aisya yang berada di Jepun sedang mengusahakan penawar kepada penyakit yang berpunca daripada wabak virus mitochondria. Beliau bersama-sama Dr.Yamukouji telah diamanahkan tugas ini memandangkan beliau telah menemui ubat yang mampu menawar virus dimitri yang menyebabkan kekurangan glucose dalam badan. Klinik kepunyaan beliau di India kini berkembang maju dan berada di bawah jagaan kedutaan Malaysia. Aqilah, Dato' Nasreen, Ain dan saya merupakan antara pemegang sahamnya. Kini, Dr. Aisya sudah mendaftar untuk menjadi sukarelawan perubatan di bumi Palestin . Beliau kata kepadaku, "telah tiba masanya untuk beliau bermanfaat di Palestine" dan meminta untuk kita semua mendoakannya.

Kemudian Tokoh Koprat kita, Dato' Nasreen. Siapa sangka usikan 'datin' yang kami beri kepadnya berubah menjadi 'dato''. Ini semua gara-gara pencapaian beliau dalam bidang-bidang yang beliau ceburi. Beliau telah bergiat dalam perniagaan dan menubuhkan sebuah agensi pelancongan. Sebelum itu, beliau telahpun mempunyai sebuah butik jenama anggun. Butik beliau kini bertaraf internasional kerana telah mendapat francais di Riyadh, Bandung, Moscow dan Jeddah. Kini, muslimah tidak perlu risau akan baju yang nipis, berkilat dan sesak dengan labuci kerana mereka bebas memilih hijab yang sempurna lagi bergaya. Agensi pelancongan beliau kini mendapat saluran dana daripada OIC dan Menteri Pelancongan Negara. Agensi beliau merupakan satu-satunya agensi yang menyediakan khidmat perhubungan ke Damsyik dan Afghanistan.

Ain juga mengungguli Malaysia dengan hotel beliau 'Imtiaz' yang bertaraf lima bintang. Hotel Imtiaz yang hanya mempunyai dua cawangan iaitu di Seremban dan Kelantan mempunyai stuktur binaan yang unik dan sistem yang kaya dengan penerapan Islami. Kini beliau diberi mandat dan layak menjadi penganalisis dan pengkritik perusahaan hotel-hotel yang lain. Butik beliau di Putra Jaya kini terkenal dengan rekaan dan ciptaan baju yang inovatif. Beliau telah mencipta 'jubah mudah alih' yang direka khas untuk tujuan disarung atas lapisan baju kasual. Oleh itu, wanita di rumah bolehlah menyambut tetamu dengan pakaian yang kemas dan sempurna dihijab. Buat masa ini, beliau berada di Mekkah sebagai pengkritik hotel-hotel yang diusahakan di sana. Kedai bakery beliau pula telah mendapat francais di beberapa tempat di Indonesia.

Pasti muallimah kenal siapa dia yang mengacara rancangan 'Risalah Mahbubah' di saluran interaktif Islami. Itulah dia Farah yang kini dikenali seMalaysia sebagai pengacara dan wartawan. Beliau muncul sebagai pengacara 'Mengaji bersamaku', 'bicara ad-Din' dan 'al-Kuliyyah'. Siapa sangka Farah kini menjadi personaliti terkenal di seluruh Malaysia. Beliau kini New Zealand untuk rancangan terbitan beliau sendiri yang mengisahkan tentang kehiduupan umat Islam di persada dunia.

Seterusnya, Prof. Zafirah yang bermustautin ke Korea untuk menyertai suatu kajian dengan Prof. Tugusaki dan Prof. Mariam tentang kesan kimia oleh perubatan di U.S yang telah menggunakan kuantiti vaksin yang melebihi had yang ditetapkan. Kenyataan beliau pada 3 tahun lepas tentang komposisi bahan kimia yang terlalu banyak dalam minuman berkarbonat 'coca-cola' telah mencapai tahap maksimum dan berisiko. Kenyataan beliau didengari oleh ahli kimia di Australia dan dijadikan tesis. Kini, perniagaan 'coca-cola' tidak lagi semeriah dahulu.

Kukira, saudari Nadiah sungguh beruntung kerana berpeluang menjejaki bumi suci Palestin setiap 3 bulan setahun. Beliau bertugas di bumi Palestine sebagai pembantu perubatan di bawah badan Aman Palestin. Beliau membantu 2 orang doktor dan memiliki 10 orang jururawat di bawah arahannya. Bersama, mereka merupakan squad bantuan perubatan dan kemanusiaan yang mempunyai tajaan banyak pertubuhan-pertubuhan Islam termasuk Ikhwanul Muslimun. Mereka bergerak ke Palestin setiap Jun hingga Ogos kerana bergilir dengan squad perubatan yang lain. Hanya Doktor yang kekal di sana. Dalam surat-surat yang beliau kirim kepadaku, beliau mengisahkan betapa getirnya kehidupan yang beliau saksikan dan alami sendiri. Setelah menerima beberapa kehilangan, beliau menyedari bahaya yang beliau hadapi dan mengatakan 'hasbiallah'. Subhanallah. Saya kini menulis dengan dada yang sakit bagai dipalu.

Alangkah indahnya pertemuan kita semua. Alangkah indahnya lagi andai dihimpunkan di taman syurgaNya. Muallimah mahbubati, saya kini menetap di U.S untuk meneruskan misi saya yang sekian lama dirancang. Pusat Cyber Cafe saya di Jeddah dan Moscow kini stabil dan berkembang maju seperti yang berada di Shah Alam, Damansara dan Seremban. Dr. Aisyah dan Datuk Nasreen merupakan salah satu pemegang sahamnya. Saya kini berkejasama dengan beberapa pihak di Ikhwanul Muslimun yang tidak dapat saya nyatakan nama mereka untuk tujuan keselamatan. Kami sedang mengkaji dan menganalisa sistem sekuriti banggunan Pentagon dan Rumah Putih. Kondisi kami terlalu under cover dan berhati-hati. Saya turut bertugas sebagai agen kawalan dan perhubungan Ikhwanul Muslimun. Prof. Khalid yang bekerjasama dengan saya dalam kajian saya mengenai tamadun manusia kini membantu untuk menguruskan kepentingan saya di Malaysia. Ini penting supaya saya 'berada' di Malaysia. Seperti kata saudari Nadiah, hasbiallah wa ni'mal wakil. Tesis saya berkaitan kesatuan pertubuhan Islam telah diterima sebagai method untuk setiap pertubuhan. Alhamdulillah, moga kita semua bersatu.

Allahyubarik fik.

Coretan ini bertaut seribu rindu yang mengundang. Kenangan yang dijadikan dorongan untuk terus mengejari pertemuan di kehidupan abadi.

anak didikmu,

Izyana

Moga kalian terhibur!

Jan 6, 2009

Buktikan!!

Awal Muharram 1430H menjadi saksi gugurnya pejuang Palestin yang cintakan syaheed. Zionis itu memang sengaja memilih bulan bersejarah, bulan hijrah Rasulullah dan kaum muslimin. Detik bermulanya penyebaran Islam. Fikiran kembali menerawang mengimbas kembali rancangan “Kota Solahuddin” yg menjejaki pelarian Palestin di Lubnan dan tempat2 lain .Suatu perkara yg membuat saya super kagum ialah ketika sesi pengagihan daging korban ke kem pelarian di mana TIDAK kelihatan langsung bayangan syabab mahupun rijal !. Semuanya kaum hawa dan kanak-kanak berusia dalam lingkungan 7 tahun ke bawah.Berbeza di Malaysia, pusat serenti menjadi pilihan remaja.
MasyaAllah, subhanaAllah…. di mana syabab palestin? Pastinya sedang berjihad mempertahankan qiblat pertama kita bagi menebus maruah muslimah Islam, membayar kolam darah yg dibina Zionis juga menghapuskan air mata si kecil Palestin bersama iringan takbir dan….


HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHEED



Saya teringat akn kata-kata Mohamed Hussein ( mufti and grand imam of Masjidil Aqsa) ketika beliau berada di Malaysia lalu diterjemahkan oleh Dr.Basher ke dalam BI…

“ We want your hand , we do not want a statement ”


Gunakan segala benda yg berada disekeliling antum. 'Kreatif'kan bantuan itu. Jawatan yg diamanahkan, peluang menuntut ilmu, and many more . Dari sebesar2 perkara kpd sekecil2 perkara. Semuanya BERGUNA utk saudara kita di sana. Maka jangan cepat berputus asa dlm menjlnkan amanah. Ketahuilah, jawatan itu bukti usaha kita jika benar matlamat dan jalannya. Lalu jika saudara kita menuntut haknya, kita sudah punya jawapan & bukti. Jangan cepat mengalah!

"Finish what you start"

Yakinlah bahawa jika kita menolong agamanya, maka DIA akn menolong kita. Janji AL-HAQ itu benar…..

"Doing it is not as easy as being said"



Buktikan kesedihan antum, tunjukkan tanggungjawab antum terhadap mereka, tonjolkan bhw antum juga kisah akn mereka. Buktikan bicara antum!

Jan 3, 2009

Here we are!

Assalumalaikum.
Cuma sebuah tatapan buat akhawat yg dikasihi semuanya.

Here we are!
the journey wasn't yet far
from toddler2teenager2sevenTeen
Subhanallah!

Just so i wanna say
let SPM dis year end
be a road to Allah
a road to jannah
and a road for the ummah.

Let us please put our says into action
Glow your iman with pure intentions
Sparkle your syahadah with a promise to be fulfilled
Shine your life with success and proper understanding.

Seize the day with Dakwah n Tarbiyyah
Share the Fikrah that's been given
There is job and must now begin
Don't look back at the work you've done
for your work has just begun

Allah is kind enough to lend us this ukhuwah
I shall tear (tangisi) it this year end
(although i shouldn't)
for i am afraid of the world out there
the world that shall urge us to conceal our deal
but you shall know, it must'n't flow that way
we just have to reveal our way
and prove that we do our say

Mlmh Hasma's words (when i was with her the whole day..n Hadif!)
Yakin dengan bicara antum. Jangan siakan ilmu, hidayah dan peluang yang Allah beri. Amalkan ilmu antum. Antumlah mujadid fikrah ummah (pemikiran ummah). Tajdidkan ummah kita.

Yes it's tough to do it so
but the strength is within our souls
He gives us tough because He gave us strength..
it's just our time to walk the talk

launching this Monday:D