rss
email
facebook
ikram

Pages

Jan 22, 2009

Yang Tercatat



Ah,kaki saya halakan ke kawasan 'membeli-belah'.Ha..lihat Kak Na menjual,..apa ada hari ni?Mee goreng,burger,lidi bercucukkan nugget,dadih,air dan lagi.Saya lihat makanan masih byk,pelik!selalunya masa-masa begini dah habis..sampai saya kempunan x dapat nak merasa.Hari ni lain pulak..Oh,yelah..hari Khamis!.Semua pelajar kan puasa,mmg kuranglah yang membelinya..kalau beli pon,adik2 sekolah rendah je. Eh,saya bukan nakbeli yeh!..Selepas merungkai teka-teki,saya kembali berjalan ke pintu masuk sekolah,menyulusuri laluan berbumbung panjang .Berbeza sungguh dengan 9 tahun yang lalu...dulu kawasan ni kawasan tanah merah,koperasi pun hanya bermodalkan binaan kabin lama.Selalu hari-hari hujan,saya akan bermain lecak..ha,zaman kekanak dulu.Saya bergegas ke pagar utama Taman Tropical Punch yang terletak sangat tak jauh dari sekolah.Saya dijemput oleh Raihanah,adik usrah saya.Katanya,ada benda yang nak dye tanyakan.Entah apa dia..no idea.Sampai di junction,saya membelok ke arah kanan terus mencari no rumah 555,Jalan 4/IT.


"Assalamualaikum...". Satu kali salam sudah berjawab.Raihanah sudah pun menukar baju lain dari baju sekolah.Awal dia balik hari ni.Rumah dekat pula tu...tak sampai beberapa langkah,dah tiba depan sekolah.Saya lebih mesra panggil Rai.Dia mempelawa saya masuk.Rasanya kali pertama saya berkunjung ke rumah adik usrah.Kemas.Tersusun.Smart.Saya labuhkan badan di atas lantai marmar yang suam-suam suhunya.Rumahnya masih belum banyak barang,baharu je pindah.Dulu di Taman Chatulisthiwa,tapi sekolahnya tetap sama.Dia juga generasi 'tua' seperti saya di sekolah.Dah sekolah di situ bertahun-tahun.



"Akak dah lama ke kat depan gate tu?".
"Eh..takdelah.Baru jugak sampai."Saya hadiahkan senyuman kepada 'hadiah' saya ini.Ya,adik usrah saya,hadiah saya.



"Emm.Akak..terima kasih sangat akak datang.Rai buat susah akak je kan?"
"Takpe.Tak susah pun.Lagipun rumah Rai dekat je.":)
"Akak tunggu sini kejap ye.Rai nak ambik sumthing jap..". Saya mula terfikir.
"Ok tpi kalau Rai nak ambik hidang air,x payahla ..akak puasa."
"Takdelah..",gelak kecil kedengaran."Rai tahu akak puasa...ana pun sama."



Saya mengiyakan.Malu juga ada.Baguslah,dia sanggup puasa sunat.Cuba bayangkan kalau si naqibahnya tak puasa tanpa ada yang menghalang @ sebab-musabab munasabah yang lain,ttbe adik usrahnya puasa?.Naqibah/Naqib patut jadi contoh.BUkan sekadar ketika usrah...

Raihanah jalan menghampiri.Tangannya ada sampul surat.Dia letakkan di hadapan saya dengan side belakangnya di atas.

'Ah..surat apa pulak ni?..masalah hati ke?'. Cepat agakan datang menerjah.Hissy,saya tau Raihanah seorang yang tak mudah tumbang dek lelaki.Saya amati kembali sampulnya,agak kekuningan sikit..seolah sprti surat lama.


"Akak bacalah dulu surat tu.Ana nak akak baca." Saya segera ambil surat di hadapan.Saya pusingkan,melihat side depan surat. 'BUKA DGN HATI YANG TENANG',saya baca tulisan yang tertera di hadapan sampul.Bawah tulisan tu ada smiley sambil membuat gaya wink.Sekali pandang,emmph..saya dah dapat agak!.


"Siapa yang bagi Rai ni?".Saya soal dengan nada lembut penuh persoalan.Dia mulanya sekdar diam membisu.

"Takpe,ana nak akak baca dulu.Bacalh sampai habis surat tu". Saya akur.Perlahan saya buka.Ah,baru saya sedar bahawa surat itu agak berat.Tidak mcm berat kertas.Tak mungkinla kertas berat macam ni.Setelah dibuka,misteri terungkai.Saya keluarkan perlahan bahan made of hard glass itu. Telah dihias dan ditulis kata-kata:


"Hadapilah liku-liku hidup ini dengan penuh keimanan dan kesabaran". Ianya dihias gambar kartun Garfield sedang memegang balang yang penuh dengan hati.


"Akak..sebelum akak baca,ana nak cakap ana crtakn pada akak ni pon sbb Rai tsiqoh pada akak.InsyaAllah..harap akak dpt tolong Rai.". Saya termati kata.Ya Allah,semoga aku dapat tunaikan kepercayaan orang terhadap ku.

"InsyaAllah, Rai." Saya berikan senyuman ikhlas.


*selingan~Lesson no 1:TSIQOH (kepercayaan) adalah SANGAT PENTING dalam hubungan da'wah dan pengISLAHan.Maka pelihara sebaiknya TSIQOH anda samada di layar dunia nyata mahupun di layar maya (blog,myspace,netlog,friendster) dan yang sewaktu dengannya bilIKHLAS.kerana manusia hny mampu nilai yang zahir!~selingan*


Saya bukak surat berlipat empat.1 helai sahaja tpi ditulis 2 muka surat.Isinya..sangat privacy.Tapi apa yang boleh saya ulas,ada selitan teguran & nasihat,lagi kisah Hassan Basri yang terpikat dengan mata wanita; yang cukup diketahui ramai.Rajin yg menulis ni salin balik cerita w/pun panjang.Semuanya tulisan tangan.Apa yang saya faham..org tu menulis kisah Hassan Basri tu krn ingin menegur ,ya dlm kes ini mgkin Raihanah.Lagi pula,ada sisipan permintaan maaf kerana "selalu x menjaga mata...ana akan cuba kurangkan.". Ya Allah,siapalah yang tulis ni...isinya agak mantap.Tapi seolah ...pelik.


"Oh..blh akak tanya,kalau Rai tak kisahla..siapa yang bagi?" Saya aju soalan utk rungkai rumit.
".....Ubaidah..". adik usrah saya sebut perlahan. 'Ha?,mcm x percaya je!',tujah saya dlm hati.
"Ubaidah?yg sama form dgn Rai tuu..?". Raihanah senyum kelat,seolah ada lagi yang dia tak sempat beritahu saya.
"Akak mesti pelik kan?...sbb Ubaidah tu jenis yang nakal dan socialize.Isi dye mcm high-class ye kak?".
"Haah...tapi x mustahil pon sbnrnyer."
"sebenarye kak...ni surat 5 tahun lepas.".
aaa...


bersambung,insyaAllah...

0 comment: