rss
email
facebook
ikram

Pages

Jan 17, 2009

Meneropong ke hadapan

Ke hadapan muallimah Asyikin yang dirindui.


Alhamdulillah, syukrulillah, wa lillah ilhamd. Ana bersyukur kerana dapat menari-narikan pena ini untuk mencoret sedikit tinta untuk muallimah SPPM kami yang disayangi. Apa khabar muallimah sekarang ini? Saya harap muallimah dan kandungan sentiasa sihat walafiat. InsyaAllah. Semoga muallimah diberkahi dengan nikmat iman dan hidayahNya sentiasa.

Saya sedang menulis dengan iringan air mata kerana terlalu rindu akan muallimah dan Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi yang menjadi gedung tempet kami dicelup dengan sibghatullah. Rindu juga pada kata-kata keramat yang muallimah tiupkan kepada kami untuk kami meniti kehidupan mengenal Tuhan. Melalui Muallimah juga kami dibenihkan dengan roh Islami sehingga kami kini teguh di medan perjuangan. Kini kami menjadi personaliti unggul di mata masyarakat. Terima Kasih Muallimah.

Ingatkah lagi muallimah pada saudari Aqilah? Saya pasti muallimah sudah memiliki buku-buku dan novel-novel yang ditulisnya. Beliau telahpun menerima Anugerah Tokoh Penulis Zaman di peringkat nagara. Buku bersiri beliau dengan kerjasama Fatimah Syarha yang berjudul 'Safiyah' telah diterjemahakan ke dalam bahasa Inggeris dan bahasa perancis. Buku iti juga telah dieksport ke persada negara-negara Eropah. Tulisan beliau sarat dengan pendedahan sejarah dan elemen kesatuan dan perpaduan. Saya paling suka buku beliau yang bertajuk 'kembara mujahidah 6' yang memuatkan kisah persahabatan kami semua. Kini beliau merantau ke negara Sepanyol untuk melawat Masjid Cordova di Andalus. Beliau sedang mengkaji kehidupan para sufi untuk bukunya yang akan datang. Beliau kirim salam sayan g bertaut rindu kepada muallimah.

Seterusnya Dr.Aisya yang berada di Jepun sedang mengusahakan penawar kepada penyakit yang berpunca daripada wabak virus mitochondria. Beliau bersama-sama Dr.Yamukouji telah diamanahkan tugas ini memandangkan beliau telah menemui ubat yang mampu menawar virus dimitri yang menyebabkan kekurangan glucose dalam badan. Klinik kepunyaan beliau di India kini berkembang maju dan berada di bawah jagaan kedutaan Malaysia. Aqilah, Dato' Nasreen, Ain dan saya merupakan antara pemegang sahamnya. Kini, Dr. Aisya sudah mendaftar untuk menjadi sukarelawan perubatan di bumi Palestin . Beliau kata kepadaku, "telah tiba masanya untuk beliau bermanfaat di Palestine" dan meminta untuk kita semua mendoakannya.

Kemudian Tokoh Koprat kita, Dato' Nasreen. Siapa sangka usikan 'datin' yang kami beri kepadnya berubah menjadi 'dato''. Ini semua gara-gara pencapaian beliau dalam bidang-bidang yang beliau ceburi. Beliau telah bergiat dalam perniagaan dan menubuhkan sebuah agensi pelancongan. Sebelum itu, beliau telahpun mempunyai sebuah butik jenama anggun. Butik beliau kini bertaraf internasional kerana telah mendapat francais di Riyadh, Bandung, Moscow dan Jeddah. Kini, muslimah tidak perlu risau akan baju yang nipis, berkilat dan sesak dengan labuci kerana mereka bebas memilih hijab yang sempurna lagi bergaya. Agensi pelancongan beliau kini mendapat saluran dana daripada OIC dan Menteri Pelancongan Negara. Agensi beliau merupakan satu-satunya agensi yang menyediakan khidmat perhubungan ke Damsyik dan Afghanistan.

Ain juga mengungguli Malaysia dengan hotel beliau 'Imtiaz' yang bertaraf lima bintang. Hotel Imtiaz yang hanya mempunyai dua cawangan iaitu di Seremban dan Kelantan mempunyai stuktur binaan yang unik dan sistem yang kaya dengan penerapan Islami. Kini beliau diberi mandat dan layak menjadi penganalisis dan pengkritik perusahaan hotel-hotel yang lain. Butik beliau di Putra Jaya kini terkenal dengan rekaan dan ciptaan baju yang inovatif. Beliau telah mencipta 'jubah mudah alih' yang direka khas untuk tujuan disarung atas lapisan baju kasual. Oleh itu, wanita di rumah bolehlah menyambut tetamu dengan pakaian yang kemas dan sempurna dihijab. Buat masa ini, beliau berada di Mekkah sebagai pengkritik hotel-hotel yang diusahakan di sana. Kedai bakery beliau pula telah mendapat francais di beberapa tempat di Indonesia.

Pasti muallimah kenal siapa dia yang mengacara rancangan 'Risalah Mahbubah' di saluran interaktif Islami. Itulah dia Farah yang kini dikenali seMalaysia sebagai pengacara dan wartawan. Beliau muncul sebagai pengacara 'Mengaji bersamaku', 'bicara ad-Din' dan 'al-Kuliyyah'. Siapa sangka Farah kini menjadi personaliti terkenal di seluruh Malaysia. Beliau kini New Zealand untuk rancangan terbitan beliau sendiri yang mengisahkan tentang kehiduupan umat Islam di persada dunia.

Seterusnya, Prof. Zafirah yang bermustautin ke Korea untuk menyertai suatu kajian dengan Prof. Tugusaki dan Prof. Mariam tentang kesan kimia oleh perubatan di U.S yang telah menggunakan kuantiti vaksin yang melebihi had yang ditetapkan. Kenyataan beliau pada 3 tahun lepas tentang komposisi bahan kimia yang terlalu banyak dalam minuman berkarbonat 'coca-cola' telah mencapai tahap maksimum dan berisiko. Kenyataan beliau didengari oleh ahli kimia di Australia dan dijadikan tesis. Kini, perniagaan 'coca-cola' tidak lagi semeriah dahulu.

Kukira, saudari Nadiah sungguh beruntung kerana berpeluang menjejaki bumi suci Palestin setiap 3 bulan setahun. Beliau bertugas di bumi Palestine sebagai pembantu perubatan di bawah badan Aman Palestin. Beliau membantu 2 orang doktor dan memiliki 10 orang jururawat di bawah arahannya. Bersama, mereka merupakan squad bantuan perubatan dan kemanusiaan yang mempunyai tajaan banyak pertubuhan-pertubuhan Islam termasuk Ikhwanul Muslimun. Mereka bergerak ke Palestin setiap Jun hingga Ogos kerana bergilir dengan squad perubatan yang lain. Hanya Doktor yang kekal di sana. Dalam surat-surat yang beliau kirim kepadaku, beliau mengisahkan betapa getirnya kehidupan yang beliau saksikan dan alami sendiri. Setelah menerima beberapa kehilangan, beliau menyedari bahaya yang beliau hadapi dan mengatakan 'hasbiallah'. Subhanallah. Saya kini menulis dengan dada yang sakit bagai dipalu.

Alangkah indahnya pertemuan kita semua. Alangkah indahnya lagi andai dihimpunkan di taman syurgaNya. Muallimah mahbubati, saya kini menetap di U.S untuk meneruskan misi saya yang sekian lama dirancang. Pusat Cyber Cafe saya di Jeddah dan Moscow kini stabil dan berkembang maju seperti yang berada di Shah Alam, Damansara dan Seremban. Dr. Aisyah dan Datuk Nasreen merupakan salah satu pemegang sahamnya. Saya kini berkejasama dengan beberapa pihak di Ikhwanul Muslimun yang tidak dapat saya nyatakan nama mereka untuk tujuan keselamatan. Kami sedang mengkaji dan menganalisa sistem sekuriti banggunan Pentagon dan Rumah Putih. Kondisi kami terlalu under cover dan berhati-hati. Saya turut bertugas sebagai agen kawalan dan perhubungan Ikhwanul Muslimun. Prof. Khalid yang bekerjasama dengan saya dalam kajian saya mengenai tamadun manusia kini membantu untuk menguruskan kepentingan saya di Malaysia. Ini penting supaya saya 'berada' di Malaysia. Seperti kata saudari Nadiah, hasbiallah wa ni'mal wakil. Tesis saya berkaitan kesatuan pertubuhan Islam telah diterima sebagai method untuk setiap pertubuhan. Alhamdulillah, moga kita semua bersatu.

Allahyubarik fik.

Coretan ini bertaut seribu rindu yang mengundang. Kenangan yang dijadikan dorongan untuk terus mengejari pertemuan di kehidupan abadi.

anak didikmu,

Izyana

Moga kalian terhibur!

0 comment: