rss
email
facebook
ikram

Pages

Sep 26, 2010

Ya Allah, kenalkan aku dgn...

"Di antara ciri-ciri kebahagiaan dan kemenangan seorang hamba adalah: bila ilmu pengetahuan nya bertambah, bertambah  pula kerendahan hati dan kasih sayangnya.Setiap bertambah amal-amal shalih yang dilakukan, bertambah pula rasa takut dan kehati-hatiannya dalam menjalankan perintah Allah. Semakin bertambah usianya, semakin berkurnglah ambisi-ambisi keduniaannya. Ketika bertambah hartanya, bertambah pula kedermawaan dan pemberianya kepada manusia Jika bertambah tinggi kemampuan dan kedudukannya, bertambahlah kedekatannya pada manusia dan semakin rendah hati kepada mereka. Sebaliknya, ciri-ciri kecelakaan adalah: Ketika bertambahnya ilmu pengetahuannya, semakin bertambah kesombongannya. Setiap bertambah amalnya, kian bertambah kebanggannya pada diri sendiri dan penghinaannya pd orang lain. Semakin bertambah kemampuan dan kedudukannya, semakin bertambah pula kesombongannya.” 

(Al-Fawa-id, Imam Ibnu Qayyim)

Saudara saudariku,
Suasana apa yang tertekan dalam jiwa kita saat membaca kalimat-kalimat tersebut? Bilakah kita berada dalam daftar orang-orang ang berbahagia dan menang? Atau celaka? Semoga Allah swt membimbing hati dan langkah kita untuk tetap memiliki karakter orang-orang yang berbahagia dan menang. Semoga Allah menjauhkan hati dan langkah kita dari karakter orang-orang yang terpedaya oleh ilmu,amal dan kemampannya.Ameen


Saudara saudariku,

Mengenali diri memang penting. Rasulullah saw juga mengajarkan kita untuk lebih banyak bercermin dan mengevaluasi diri sendiri, ketimbang bercermin dan mengevaluasi orang lain.Orang yang sibuk oleh aib dan kekurangannya, kata Rasulullah lebih beruntung, ketimbang orang yang sibuk memperhatikan kekurangan orang lain. Dan memang, manfaat menjalani nasihat Rasulullah saw ini adalah seperti dikatakan Ibnu Qayyim,: 

“Barangsiapa yang mengenal dirinya, ia akan sibuk 
untuk memperbaiki diri daripada sibuk
mencari-cari aib dan kesalahan orang lain.”

Saudara saudariku, 

Genggam erat-eart tali keimanan kita, Kenalilah diri.Fahami kebiasaanya.Rasakan setiap getaran-getarannya.Lalu berhati-hati dan controllah kemauan dan kecenderungannya.Waspadai kekurangannya dan manfaatkan kelebihannya. Berdoalah pada Allah agar ia menyingkap IlmuNya tentang diri .Sebagaimana senandung doa yang dilantunkan Yusuf bin Asbath, murid Sofyan Ats Tsauri : 

“Allahumma arrifni nafsii”, Ya Allah kenalkan
aku dengan diriku…."

Jiwa manusia banyak menyimpan rahsia. Misteri hati dan jiwa manusia sulit dikenali dengan baik kecuali dengan bantuan Allah swt kepada kita.Kerana itu ulama terkenal yang ahli dalam masalah kejiwaan Sahal bin Abdillah mengatakan bahawa mengenali diri sendiri itu lebih sulit dan lebih halus daripada mengenali musuh.Ertinya, aib dan kekurangan yang terselubung dalam diri, sangat sulit dideteksi dan harus dibuka oleh Allah agar seseorang dapat membersihkan diri dan jiwanya. Jika seseorang telah berhasil mengenal dan mengetahui bagaimana kondisi jiwanya, maka ia akan mudah mengontrol dan mengawasi keinginan-keinginan buruknya. Inilah yg dikatakan ulama Makkah, Wuhaib b Ward-


"Sesungguhnya di antara kebaikan jiwaku adalah pengetahuan ku tentang keburukan jiwaku.Cukuplah seorang mu'min memelihara dirinya drpd keburukan bila ia mengetahui keburukan jiwanya kemudian ia meluruskankannya"



Saudara saudariku,
Orang yg  tidak memngenal dirinya , bahkan mengingkari keburukan dirinya adalah orang yang tidak akan mampu mengetahui apalagi mempengaruhi jiwa org lain.Apalagi meluruskan kebengkokannya, ia tidak akn bisa.Inilah yang disebut oleh Al-Kailani : "Bila engkau mampu meluruskan kekurangan yg ada pada dirimu, bererti engkau  mampumeluruskan kekurangan yg ada pada selain dirimu." Ia melanjutkan...

Kemampuan mu menghilangkan kemungkaran tergantung dgn  kekuatan imanmu memerangi kemungkaran dlm dirimu.Kelemahanmu tinggal diam di rumah adalah krn kelemahan iman mu dlm memerangi kemungkaran dlm dirimu.



“Allahumma arrifni nafsii”, Ya Allah kenalkan aku pada DIRIKU "


-- dipetik dr koleksi peribadi buku2 tarbiyyahku, Mencari Mutiara di Dasar hati--

Sep 19, 2010

Sentiasa ~

ingat x kita ambil gambar di buaian ni..^^

Aqilah, Ain, Farah, Zafirah, Nadiah, Nasreen, Aisya..moga kalian sentiasa dalam kesejahteraan iman dan ketinggian amal..

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt kita masih bernafas di bawah naungan-Nya. Alhamdulillah, Aisya dan Nasreen selamat mendarat di bumi ambia' Jordan. Alhamdulillah, Zafirah telah dapat perhatian direct daripada umbi tarbiyah ipt. Alhamdulillah, jodoh Farah dan saya masih panjang dapat ketemu dalam suasana penuh ukhuwah dan rindu-merindu di majlis semalam. dan Alhamdulillah kelak Aqilah, Ain, Nadiah dan saya akan berkumpul dalam satu usrah ipt.. subhanallah..

Saya sedar masa akan terus berlalu..

Walau sekuat mana saya mencuba untuk tahan merindu, tapi saya masih sebak memikir betapa jauhnya Aisya dan Nasreen. Biarlah masa merawat. Buat masa ini, saya ingin merindu.

"Jangan pernah jemu..
menyampaikan ilmu..^_^"

Di saat hati ini menghadapi keadaan genting dan jiwa berentap dengan naluri hiba dan putus asa.. anti meniupkan peringatan yang menitipkan daya kekuatan.. Terima kasih Nasreen.

"Allah sedang bicara sama kamu! Maka tabahkan hati, tekad hanya kerana Allah..saya sedia sokong"

Dari itu, tahulah saya, saya selalu mendapat perhatian mu..

Aisya.. kita selalu berutus surat cinta sejak tingkatan 3..walaupun selama itu kita duduk bersebelahan. Bagus juga, sebab kini kamu meniggalkan saya dengan berbelas-belas surat kata-kata nasihat. Ini, saya kongsi apa yang kamu pernah tulis dahulu sebagai peniti semangat untuk kamu di bumi ambia' sana;

"Dari mana kita datang? Untuk apa kita hidup? dan ke mana kita akan dikembalikan? Matlamat belajar kena jelas kerana Allah dan insyaAllah, apa yang kita buat kerana Kekasih kita yang agung itu, kita akan rasa nak buat yang terbaik. Tuntutlah ilmu untuk pulang jumpa dengan Allah dengan keMULIAan. (surah al-Mujadilah:11)~aha, dan sebab itu jugak kena ada Pengurusan waktu yang sistematik! ^_^"

Kering sudah air mata menitis..biarlah doa menemani antumma di sana.

Banyak azam yang telah kita bina bersama-sama setelah mengharungi tarbiyah ini. Semoga Allah memudahkan kita untuk terus beramal, berjihad selagi nyawa dikandung badan.

Sebarkan kebaikan di manapun kita berada. Tinggikan kalimah Allah di ceruk manapun kita dihantar.

Assalamualaykum pnh cinta dan kerinduan.

Fakir ilaih.


Sep 12, 2010

JOM INFAQ!!!

INFAQ?
YUP!!

APA LAGI UNTUK PEMBINAAN SURAU!!
OOOUIH!

TAK TERBAYANG BETAPA GANDA-GANDANYA PAHALA!!
MUSLIM YANG BIJAK BERTINDAK STRATEGIK. KALAU ADA SATU TINDAKAN YANG MEMBUAHKAN HASIL BERGANDA-GANDA, KENAPA KITA TIDAK MEREBUTNYA??

JOM INFAQ!!



Ayuh kita usahakan kutipan RM20,000
(hanya 4% daripada sasaran kutipan RM500k. huhu -_-).

setiap batch minimum RM2000

maklumat terkini tentang hasil kutipan setiap batch akan diupdate di bahagian Infaq Surau Al-Amin
-------------------


Maklumat:
RM50k diperlukan akhir tahun ini untuk memulakan pembinaan surau.
pembinaan surau disasarkan selesai sebelum Ramadhan 1432H/ 2011, semoga kita dapat mula menggunakan surau tersebut pada Ramadhan akan datang. Ayuh!!
-----------------


*utk ke pautan asal,klik terus pada tajuk blog! ^_^...
sama2 cari rezeki...
sama2 usaha dalam batch Gen9 kita yang tersayang k.


jom cadang-mencadang apa usaha yang boleh kita bantu dan laksanakan!


Aug 21, 2010

Kau seorang da'ie dan kau juga Qudwah wanita solehah..

Bismillah.

Saya yakin. Kamu dan saya menambat hati dan menaruh harapan untuk mencerna kebaikan serta menjadi seorang wanita bergelar wanita solehah.

Kala membaca kisah Saidatina Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Fatimah, Siti Hajar dan wanita solehah yang selain mereka, pasti terpahat satu anganan dan harapan untuk mencontohi semangat dan peranan mereka.

Dan tidak satupun nama berikut adalah gadis sunti. Bermakna, semua adalah wanita, isteri dan ibu.

Kita dijadikan oleh Allah Ta'ala bersama dengan satu sifat iaitu suka memberi kasih sayang.
Kasih sayang itu, kita tunjukkan dengan melayani, menyenangkan serta membelai.

Kita juga dijadikan bersama kelembutan.
Itu fitrah kita.

Pasti kamu faham kan.

Fokus penulisan ana,
Sebetulnya, realiti tak seindah idea. Sebenarnya, di dunia nyata seolah tidak mengalukan niat kamu itu. Tapi, sudah menjadi kemestian kamu perlu tegar dengan sehabis upaya. Sebelum itu, ana menekankan juga bahawa kita juga barisan du'at. Dan sifat sosial serta 'mampu didekati' adalah satu kelaziman. Tidak dapat dipisahkan. Jika difikir-fikir, kadang-kadang fitrah kita menjadi aset. Kadang juga menjadi liabiliti/fitnah.

Dunia realiti mengajar kita cara untuk mencanaikan bahan bacaan kita selama ini. Solehah itu memerlukan konsisten. Pada masa yang sama, dakwah pula perlu dilaksanakan.
InshaAllah, ada caranya.


1. Bercakaplah tapi bersederhanalah

Bukanlah 'kesolehan' menjadi idea penyebab kita kurang berkomunikasi dengan mad'u. Maksud ana, bila seorang lelaki menghampiri dan bersikap ramah. Kemudian, dia bertanya soalan lazim; 'sekolah agama eh dulu?', 'asal mana?'. Menilai keadaan itu, kita terus diam tanpa buat endah apa yang ditanyanya mata ditundukkan dan muka blur. Bukan itu. Jawab sekadarnya. Tunjukkan riak yang minat dan cakaplah dengan jelas.

Juga bukanlah karakter 'du'at' pada kita memberi makna ketika bercakap dengannya, kita senang hati dan tidak berjaga-jaga. Senyuman kita 'tak sengaja' meleret tak cukup ruang pipi. Mata 'tak sengaja' dikebil dilirikkan. Suara dan tawa 'tak sengaja' dilunakkan. Adapun, tatkala bertembung dengan lelaki kenalan itu, kita dahulu menyapanya. Bukan itu karakter kita. Cuba untuk menjawab dengan seringkas mungkin. Contohnya; "Ya, saya sekolah agama." Tak perlu dipanjang lebar. Nilai keadaan.

Keadaan berbeza bila dia bertanya dengan lebih lanjut. Terangkan sahaja dengan sederhana.


2. Cuba sedaya upaya untuk duduk sama rendah diri sama tinggi

Segi contoh yang lain, di samping kawan-kawan perempuan yang sama. Kadang-kadang, suara dan percakapan kawan-kawan kita itu bernada tinggi dan hilai tawa melangkaui maksimum. Terkangkang, terjerit. Bukanlah bermakna, kita tidak boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Bukanlah bermakna kita mewujudkan perbezaan yang ketara dengan terlalu menegur kesilapannya.

Bukan itu jadi janganlah buat demikian.

Sebenarnya, wanita solehah sangat suka didampingi perempuan-perempuan lain(walaupun mereka nampak seperti 'tak berminat' dengan solehah). Padanya ada satu sifat yang menyenangkan dan bukan merimaskan. Jangan merimaskan mad'u kita dengan hujan teguran.

Berhaluslah dan bersenilah.

Pada hal yang sama, janganlah mengikut atau terikut-ikut dengan keadaan. Contohnya, apabila ruang umpat-mengumpat ini terbuka. Janganlah kita hanya membiarkannya untuk merasa selesa. Jangan kita pula yang mengiyakan umpatan mereka. Tutuplah pintu umpat itu.

Sebenarnya, agak sukar untuk cuba duduk sama rendah diri sama tinggi. Tapi, kita harus tetap mencuba. Kerana ini akan mencipta persamaan. Dan persamaan akan menghubungkan hati. Berhubung dengan hati adalah dengan membuka jalan ke hati kita.

Kekalkan sifat kelembutan dan kesopanan.

3. Menyampaikan

Kalah juga kita sebenarnya andaikata selalu memilih untuk berdiam. Benar ia nampak selesa, tapi kelak Allah akan tanya. Adakah kita telahpun menyampaikan?

Fikrah kita bukan sahaja anugerah tapi amanah.

Kadang-kadang nak diam punya pasal, kita selalu terlepas peluang yang datang sebagai peluang ta'rif.

Grab the moment when it comes. Be ready.

Makan, main badminton dan waktu solat. Senang kata semua ruang lingkup hidup kita memberi peluang tazkirah yang paling optimum.

4. Belajar menerima..

Ini baru. Selalunya kita tekankan pemberian demi pemberian (ta'rif atau materi). Reverse psychology, ciptakan suatu suasana yang memberi asbab kita dapat menghargai kelebihan nya/kebaikannya terhadap kita.

Contoh, setiap petang ana akan bermain badminton dengan rakan-rakan sekelas. Dari itu, ana minta tunjuk ajar untuk lebih handal dalam bermain badminton. Tunjukkan minat yang tinggi raih kepuasannya mengajar kita sesuatu.

Dia akan sedar, penampilan kita fleksible serta minda kita terbuka untuk menerima kritikan dan tunjuk ajar.

Lagi satu, penuhi setiap ajakan mereka. Seperti temankan untuk membayar yuran di pejabat admin, temankan untuk membuat research di libary. Tetapi, bina garisan yang tegas bahawa kamu tidak penuhi ajakannya untuk outting bersama lelaki ataupun pergi tengok wayang, karaoke dan sebagainya.

Mereka akan sedar kita vibrant bergerak kecuali ke tempat keburukan dan sia-sia atau dengan cara yang tidak syar'ie.

Inilah makna benar solehah.

Lama kemudian, mereka datang mengemukakan apa yang difikir-fikir dalam hati mereka. Tika itu, cakna dengan baik saat yang ditunggu-tunggu sangat tu.


Konklusi:

Solehah tidak menjadikan kita menyendiri dengan fikiran yang beku dan tidak kreatif. Dan sebenarnya, wanita solehah itu dalam ruang lingkup upaya kita. Tak lari dari fitrah serta berkadar terus dengan naluri kewanitaan. Apa yang kita lakukan cuma, memurnikan ia.

Kemudian, menghidupkan amalan-amalan dalam Islam itu sendiri merupakan alat dakwah kita. Pertama, ia memasarkan Islam (yang sebenarnya). Kedua, ia memancing hati dengan keindahan Islam.

Moga Allah meredhai dakwah kita.

Jul 12, 2010

indahnya bertudung labuh

Moga-moga ia menjadi satu galakan buat kaum hawa...Bolehlah tolong-tolong forwardkan kepada ibu kita,adik perempuan kita, sepupu kita, saudara-mara kita dan para muslimah lain..Moga-moga dengan usaha ini, kita telah membantu dalam menegakkan syariat Allah di atas muka bumi ini iaitu supaya para wanita melabuhkan jilbabnya... Selamat membaca dan beramal:D

Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha, penulis novel Seindah Mawar Berduri dan Musafir Syabab Kasih, menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.

"Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?"

Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.


Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, "Yang tertutup itu indah!" Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, `hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.'"

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

"Di mana?" Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, "Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak." Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, "Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik." "Tudung tak labuh pun masih tutup aurat." "Don't judge people by its cover." Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

............ ......... ......... ......... ......


Sejak kecil, Abah sangat melarang saya memakai tudung tiga segi yang labuhnya sedikit cuma dari bahu. Tapi kerana biah saya di MRSM yang mewajahkan tudung labuh sebagai jumud, saya protes.

Saya mula bertudung labuh dengan kerelaan sendiri sejak mendaftarkan diri ke Matrikulasi pada 15 Mei 2006. Dimulakan dengan tudung empat segi bidang 60.

Kenapa saya melabuhkan tudung?

Saya takut melihat iklan-iklan dan tayangan di televisyen tentang mahasiswi di IPT. Pakaian ketat, pergaulan bebas. Itulah bayangan saya tentang universiti.

Jesteru, saya mahu tudung menjadi perisai diri, secara tidak langsung sebagai tanda 'Hey, treat me like a proper muslimah!'

Tudung Sebagai Pelindung

Boleh kata setiap hujung minggu saya perlu keluar ke negeri-negeri lain sewaktu menuntut dulu. Pasti, kenderaan awam seperti bas dan keretapi akan saya guna.

Tudung labuh bulat akan saya kenakan bila bermusafir dengan kenderaan awam. Ia banyak menyelamatkan saya.

Dalam bas atau keretapi, selalunya lelaki tak akan duduk disebelah saya. Yang peliknya, dia boleh selamba duduk dengan perempuan lain. Mungkin dia segan pada penampilan saya. Alhamdulillah, selamat.

Kalau naik keretapi waktu puncak di KL Sentral atau lebih lagi di Bank Negara, saya tak risau dihimpit lelaki. Ramai yang akan beri ruang kepada saya, dan mereka tak berani untuk merapat. Alhamdulillah, selamat!

Tudung Labuh Sebagai Pemberi Hormat

Percaya atau tidak, saya dan rakan-rakan pernah diberi tempat duduk di dalam keretapi, hanya kerana kami bertudung labuh dan berjubah, sedangkan lebih ramai manusia sedang berdiri.

Bila membeli belah, peniaga akan menjaga tangan mereka sewaktu menghulurkan wang baki. Lucu juga, tapi itulah tandanya dia hormat.

Tudung Labuh Sebagai Warden

Satu hal saya perasan, pakaian akan mengawal tingkah laku saya. Bila saya memakai T-Shirt dan seluar, saya suka berlagak lelaki. Hatta di dalam rumah sekali pun.

Tapi bila memaki tudung labuh, berjubah atau baju kurung, saya rasa lebih feminin. Langkah saya lebih terjaga, tidak melompat ke sana ke mari.

Ya, tidak dinafikan ada sahaja sebilangan bertudung labuh yang akhlaqnya lebih teruk dari yang tidak bertudung. Tapi sekurangnya dia berani untuk bermujahadah dengan persepsi orang terhadapnya, sekurangnya dia telah selesai bahagian auratnya.

Moga tindak tanduk kita semuanya digerakkan oleh Allah.



Jul 4, 2010

Duhai Teman Sejati..~

Halaqah 'keluarga' kita..

Yang dijunjung adalah Risalah

Yang digagahi adlh medan dakwah

Banyak ibroh kehidupan kita lalui bersama..

Banyak kenangan kita bina bersama..



Usia menginjak dewasa..

Tiada apa yang mampu menghalangnya

Apa yang upaya

hanya terus berlari kedepan

meninggikan cita dan impian..

Bertebaran kita di bumi-Nya

Tidak lagi seperti dulu..

Masing-masing punya pengalaman baru

dunia baru

kenalan baru

..

kefahaman bertambah

kematangan bertambah

sambil meniti liku-liku kehidupan

benar, nothing is imune from changes

harapku satu duhai teman sejati..

mimpiku satu duhai teman sejati..

Kau, aku dan kita

berkumpul lagi semula

di Taman abadi


Jangan tersungkur.

Bagnun jika tersungkur

teruskan berlari.

Selalu2 keep in touch dan bertanya pd 'ummi' kita..~

syang ntunna semua..~
Izyana
Universiti Tenaga Nasional
Kampus Putrajaya

Mar 20, 2010

Wasiat Mentor

TAHNIAH & SYABAS



Kepada pelajar mualimah SPM 2009 terutama mentee mualimah(Aisya, Ain, Izyana, Nadiah, Nasreen, Farah, Aqilah, Zafirah & Kaamilah)



Antum telah berjaya menerima sijil TARBIYAH & SPM. Moga kedua-dua sijil ini menjadi pelengkap kepada penyediaan diri antum untuk melangkah lebih jauh lagi di dalam medan menara gading & masyarakat. 

Bawalah ISLAM ke mana sahaja antum berada kerana dunia di luar sana menuntut antum dengan pelbagai situasi, keadaan dan senario yang berbeza-beza yang antum sendiri tidak pernah lalui sebelumnya.

SELAMAT MENERUSKAN TARBIYAH ANTUM, GENGGAM AKHIRAT SEPERTI ANTUM GENGGAM MARUAH DIRI.



"Allahumma allif baina qulubina kama allafta baina ansori wal muhajirin.Rabbanaghfirlana dzunubana wa li ikhwanina lladzina sabaquuna bil iman,wa la taj'al fi qulubina ghilla llilladzina amanu.Rabbana innaka ghofuru rrahim...
Ameen ya rabbal 'alameen"


Bawalah Allah bersama ke mana sahaja kita berada. Letakkan Allah di hadapan dalam setiap perkara dan hal. Semoga Allah menjagamu.
^_^ Salam sayang dalam perjalanan yang penuh panjang beranjau ini demi mencari redhaNya ^_^


Mar 7, 2010

Satu Mangat!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




assalamualaykum buat semua rakan-rakan yang disayangi fillah,

di sini ada peluang yang sangat menarik buat kita semua! nak tau apa? baca butiran di bawah:


Program: One Spirit!

Objektif: taujih ruhiyyah to 

tarikh: 11 Mac 2010 (KHAMIS)

tempat: rumah masing-masing, walau di mana anda berada

penyertaan: sesiapa yang mahu merapatkan diri kepadaNya

agenda:

4.30 pagi khidmat diri, dapatkan coklat tenaga QIAMULLAIL diadun dengan krim SOLAT HAJAT, bersama karamel SOLAT TAUBAT, ditambah kacang TILAWAH AL-QURAN. moga sedap hingga menjilat hati!

-sahur-

6.00 pagi subuh, ma'thurat, kuliyah tafsir ustaz zahazan (IKIM)

...
-TERUSKAN HARIMU DENGAN PENUH KEIMANAN. REDHA DENGAN SEGALA KETENTUAN! [RESULT SPM] ^___^
...

7.25 malam iftar jamaie, maghrib, ma'thurat

8.45 malam isya', bersurai...

jadi, macam mana? ayuh sama-sama kita rebut peluang terbaik ini untuk menggandakan amal fardi kita!

p/s: syukran untuk Ukhti Najihah atas perkongsiannya dan Ukhti I untuk sms nya. AllaHU yubarik fiki.~
Wassalam.


__._,_.___




Jan 22, 2010

Buat Ukhti R

              


Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua

Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra



Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama



Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku



Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa


Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama
 
Album : Tika Itu

Munsyid : Unic


 
Allahumma habbib `abdaka haza ila `ibadika mu'minin wahabbi ilayya mu'minin.
 
Ya Allah, jadikanlah hamba2Mu ini dicintai pada hati orang2 yg beriman,
dan jadikanlah mereka mencintai orang2 yg beriman.
 
 
 
 
Uhibbuki fillah
 

to be continued...