rss
email
facebook
ikram

Pages

Nov 29, 2008

Off the hook.. AGAIN!



I am really affected by the latest breaking news regarding to the Mumbai Attack. Once again the blame is rapidly pointed to our brothers, if you have the sense to channel up CNN or BBC news. Even alJazeere gives a good shot to our recruits now. I've lost my sense. This is an absolute outrage. Whether its not turning to that program or exploding my head off. So.. its been 2 month that i've chosen a new news resource. Ofcourse you don't wanna be left behind. It's important to get up-to-dated on the recent news.. More important to get the wright news. Wright now, i don't rely fully on such resources. To be honest, they're all 'unreliable' but still..


I got my news from one of the brothers blog. From his blog you could 'luncur masuk senawang' Ikhwanweb and etc related. Kinda unnecessary to link that web to my (our) blog. There are many other blogs that have already linked to it.

So i read..

The Mumbai Attacks - Al Qaeda, Pakistani Proxies or Hindutva Backlash?

Howcome its not US forces for a change? Or an Israeli lobby? Oh yeah, they already got the world blinded at the very first. Again. Its another fraud of getting of the hook again. May people wake up? from their paralized thought that the truth is hidden! No.. they prefer more to be rubbed by the TIMES, FORWARD, the weekly standard and etc.

kinda offended by this:

Despite claims from an Islamic militant group taking credit for the attacks, a U.S. counterterrorism official cautioned that the chaos in Mumbai prevented a quick read on the attacks. The targets and sophistication of the attacks put Islamic extremists high on the list of likely suspects, said the official, who spoke on the condition of anonymity to discuss intelligence. The Justice Department said the FBI was monitoring the situation closely and was prepared to offer assistance if Indian authorities asked for it but said it had not yet received such a request

Bush’s fitback about the India Attack 2 days ago






Such comment wright. Ofcourse Richard Perle is behind this. Seizing and destroying anyone 'they' like for their important security purpose. Or elsely said, to shut up some mouthes. And again. pointing their fingers to any other association to clean up their mess. Oh William Kristol shall be smilling alright.




Silly not to know.. that the fraud or the mask has been provoked ways of centuries ago. (not centuries though). From before world war one had even begun. Even before the cold war between US and Soviet Union. Its a fraud alright. A BIG fraud. Al this time, there's never been any war from US against elseforce except us. Maybe their is a slight of Japan and South Korea but that is nothing but a minor. Its us that they are fighting for. Mentally and physically. Brace yourselves. Although Malaysia is not like Afghanistan, Iraq or Palestine.. but you are being attacked. We are being attack. Let me help you prove it. Whens the last time you did your prayer at the mosque? Did you or did you not sleep after the Subuh Prayer? Have you done your reciting of theQur'an or not? Have you greet your parents well this morning? Have you revised your book or not? Sure i know its not in the exams period but what do you read for? The exams? Oh.. surely we are shot dead.




So lets wake up to see the truth my brothers and sisters! Lets work on tazkiyyatunnafs and muliyatul ujub! Lets!




For fokes craving for truely and reliably news.. maybe these books could help. Final Judgment by Michael Collins Piper and The High Priest of War by Michael Collins Piper. Both of them are under Saba Islamic Media. 'Final Judgement' also regards the America's No1 banned book. Oh.. and yeah, you could find a translated to Malay book.





Michael Collins Piper is not a Muslim but he is a human being that fights for human wrigts. He is rich with humanity. As we know that his hard and dangerously work is uncounted yet uncountable.. shall we pray for his sophisticated passion may one day open the door of hidayah. Ameen.




Once again my brothers my sisters. I speak to you of my dissapointment. I summon you to summon me to regard each other to Zikrullah for staying in His path. For fighting for His Deen. For living a TRUEmuslim lives. Wallahu'alam




Nov 27, 2008

Khusyuk yang dipinjamkan

Panas sungguh isuYOGA yang ditimbulkan baru-baru ni. Macam-macam tindak balas manusia terhadap majlisFATWA kita. Pelik. Bagaimana mungkin org sembarangan memberi komen pd pihak yg lebih pro dlm hal ini(ulamak). Umpama kt sakit. Sama ada kt hendak mengikut kata doktor atau sekurang-kurangnya org yg berilmu dlm hal ehwal kesihatan atau kt menuruti kata pemuda/i sembarangan yang tiada kaitan ilmu langsung dgn kesihatan. Mampukah dia mengenalpasti apakah penyakit kt? Apakah ubat yg sesuai untuk kt? Umpama kt kurang power dlm subjek addMATH. Sama ada kt berguru dgn 12 1A acheiver termasuk subjek addMATH atau kt berguru dgn SPM candidate yg xambil pun subjek 2. Pastinya kt memilih doktor. Pastinya kt memilih fellow yg power addMATH td. Kenapa? Krn mrk memiliki ilmu. Mereka lebih TAHU. Sama seperti keadaan yg melanda kini. Org sembarangan boleh berbicara tntg agama mengikut keselesaannya tanpa ilmu yg mendasari. Huh. Parah2.

Sebetulnya, sedang saya membincangkan hal ini bersama ummi tersayang, ummi ada menyerahkan beberapa keping gambar yg sedikit sebanyak mengubati iman yang sedang marah dan menyampah dengan lagak manusia memperlekehkan fatwaYOGA tersebut. Gambar diteliti.. diamati.. Trus bibir mengukir senyuman. Hati turut tersenyum jua. (maaf ana tiada image soft copy utk dikongsi bersama). Gambar-gambar tersebut ialah gambar kenangan yang diambil ketika keberadaan saya di kota suci mekkahMADINAH. Hm. Nostalgia di bumi jazirahISLAM yg plg terawal pantas bertandang kembali. Rindunya! Subhanallah! Paling saya rindu ialah roh khusyu’ yang terpateri di dalam jiwa 24/7. Di sana, hati dipaut khusyuk sepanjang masa. Ditambah pula dgn pengisian hikmah oleh Ustaz Abdul Razak Halifah Ali. Subhanallah! Sungguh! Saya amat merindukan khusyu’ yang dipinjamkan ketika itu. Beginilah. Bayangkan seorang hambaALLAH yang mempunyai IQ yang agak slow. HambaALLAH ini lambat pickup dan mengambil masa untuk memahami suatu ilmu baharu. Terus, hambaALLAH ini menaruh harapan tinggi menggunug untuk menjadi pandai. Hakikatnya, hambaALLAH itu memerlukan tutor, kelas tambahan, kelas pemulihan dan bimbingan yang lebih, yang luar biasa untuk mencapai cita-citanya yg tinggi juga luar biasa itu.
Sama seperti iman saya ini. Saya sedar, iman ini SANGAT memerlukan tutor dan perhatian yg lebih utk mencapai khusyu’ yg diharapkan. Saya sedar, iman ini SANGAT memerlukan bimbingan yang berterusan utk mengHADIRkan hati, jiwa dan perasaan kesal dan berdosa dan kerdil sepanjang masa. Betapa saya rindu ROH menghidupkan malam-malamku. Betapa saya rindu jiwa yang merasa dimamah dosa dalam doa yang kupanjatkan. Betapa saya rindu tangisan yang teresak-esak di dalam setiap kali menghadapNya dalam sembahyang. Betapa saya rindu matlamat yang terpancar jelas dalam meniti hari di alam bumi. Jika di bumi mekkahMADINAH saya nangis dalam setiap sembahyang lima waktu dan bila-bila masa hati saya tersentuh, tapi sekembalinya ke tanahAIR sy hy nangis setiap malam. Walaupun selalu teringat dgn hadis ”barangsiapa yang banyak ketawa di dunia.. dia akan banyak menangis di akhirat. Barangsiapa yang banyak menangis di dunia.. dia akan banyak menangis di akhirat..” tapi sy masih tidak dapat mencairkan hati dan mengembalikan mood beribadah(khusus) seperti dulu. Sungguh! Iman terasa gersang. Khusyuk sembahyang sukar dikekalkan! Hm. Hakikatnya saya sangat perlu mencari ’tutor’ iman saya agar kembali khusyuk 24/7. Bukan lima minit dalam sehari, tetapi sepanjang minit-minit yang berlalu dalam kehidupan saya. Khusyuk 100% dalam sembahyang hy tercapai bila seorang hamba itu menangis dalam sembahyangnya. Menyedari kerdilnya berjumpa Tuhan. Moga terpateri khusyuk yang dipinjamkan dahulu. Wallahualam.

Nov 24, 2008

Bersama MUROBBI Mulia~

--Usai mengambil keputusan yang agak *****,saya minta pada Abi untuk stay hingga jam 12 tghari memandangkan ada hutang kerja yang perlu diberi dan diselesaikan.Gelintar mata mencari jika ada teman2 yang sudah sampai.Setahunya,mmg ramai yang tidak dapat dtg hari ini...Murobbi SPPM tanya seorang demi seorang.Saya jawab satu demi satu.Persekitaran sekolah masa mula sampai juga tidak sesak seperti selalu walaupun sudah hampir 1 jam najlis bermula...


Agenda kedatangan ini tidak terbatas untuk menghantar kerja,tapi ingin menenangkan gundah di hati implikasi peristiwa tempoh hari,ingin bertanya pada Murobbi apa tindakan sewajarnya..?Hasrat ingin bertanyakan pada Murobbi Guru Kelas..tpi kelihatan murobbi sibuk melayan ibu bapa anak-anak murobbi juga.Takpe...tunggu dulu,saya mengisi kekosongan masa.
Mata bertembung dgn ibunya mujahidah 7..terus menguntum senyuman dan bersalam.'Mujahidah 7 tak dtg ke..?',desis hati saya....Terperasan pula Murobbi Usrah duduk seorang menanti hadirnya anak-anak SPPM tercinta.Terus bersalaman dan bertanya ingin cetuskan perbualan..



"Belum datang lagi ke muallimah..?"..soal sambil melihat nama2 yg tertera di
kertas putih di atas meja.

"Belum lagi...". Terus saya duduk di sisi murobbi yang ternyata tiada manusia di
atas kerusi,hanya beg2





Sebelum itu berbual-bual tentang anak2 yang dinanti.Sejurus.. bercerita dengan Murobbi.Terlintas di benak fikiran "nak tak tanya pada muallimah terus ttg peristiwa gundah itu?"..Cetusan itu saya biarkan sahaja bermain di dalam fikiran,memikirkan..tambahan tajuk perbincangan ttg hal lain.Tidak ingin pula tiba-tiba mencelah mengubah topik..Tampak tidak sopan pula nanti.Waima...cerita murobbi menarik perhatian.(huh?)...


Murobbi SPPM saya datang..duduk mengisi kekosongan ruang di hadapan saya.Terus perbualan bertukar tajuk.Tak lama...Murobbi Add-Math pula datang mengisi kekosongan ruang di hadapan Murobbi Usrah..Makin galak nampak nya becerita.Tadinya hanya 2 orang,sudah jadi 4 orang.Riuh jadinya ditambah gelak tawa.Saya jadi pendengar 'setia di sisi'.Segan pula duduk di celah2 murobbi yang kedudukannnya jauh lebih mulia dr saya.Terasa diri menyibuk di situ...


Tiba2 murobbi SPPM cerita kata2 abi sewaktu ambil keputusan tadi.Aduh..malu.Murobbi lain tergelak mendengar.Saya pun..gelak je sekali,meraikan.Murobbi Add-math bicara tentang keputusan,masakan tidak...hari itu hampir kesemua insan-insan mulia yang ada di dalam dewan itu ,berbincang ttg keputusan,tgklah Hari apa tu..


"Muallimah-muallimah ni yang risau tau...".kata Murobbi sambil memandang saya.Saya membalas pandangan setulus mungkin.Murobbi Usrah dan SPPM turut mengiyakan.Serba-salah jadi.Ya Allah,mulianya seorang pendidik,tetap mengharapkan yang terbaik untuk anak murid walau SERING kali tidak siap kerja rumah apatah lagi menyakiti,mengecewa.Teringat pula kata-kata Murobbi EST tempoh hari ktk saya dalam ghurfah muallimah...



"Tak buat study group ke cuti nih?..."
"Kamu kena serius ,sekarang bukan mcm ambik PMR lagi..."
"What happen...?(to your result).."


Bertalu-talu saranan dan nasihat murobbi.Saya membalas pertanyaan sewajarnya,tp ada juga yang jawapannya hny senyuman.Tak tahu nak cakap apa.Tapi tidak kisah ttg result,mmg itulah yang terbaik drpdNya untuk kita.Mmg usaha kurang,...redha bukanlah bermaksud biarkan bgtu shj,ttpi berpuasa hati lantaran mmg kt sudah berusaha seupaya (yg x seberapa)mungkin,tp masa akan datang harus upgrade usaha lagi.But...t'ingat pd tulisan yg saya bc semalam




Mmg study sahaja x mencukupi.Siddiq,ikhlas,tawakkal...itu semua perlu.~(sambung td).Kemudian Murobbi Disiplin pula datang duduk bersama..seronok melihat ketawa riang insan2 mulia.Selang bbrp minit,'majlis' bersurai lantaran Murobbi Usrah ingin luang masa pula bersama seorang drpd anak2 yang dinantinya baharu sampai.Saya terus bangun dan sempat bersalam dengan 'anak' Murobbi yg juga rafik saya.





Berhijrah pula ke bangku sebelah sana.Duduk pula bersama Murobbi Sirah jg sedang menunggu anak2 SPPM nya sampai.Setia menanti.Saya bertanya sbg pembuka bicara.Murobbi memberi pendapat...dalam nadanya,jelas ada kesedihan yang bergumam di situ.Sempat sebentar sahaja duduk bersama Murobbi Sirah,ada 'anak' yang lebih layak duduk di situ sudah tiba.Saya mengambil kedudukan kosong di salah sebuah ruang.Fawwaz pula jd peneman..mesti bosan anak kecil ini,dr tadi bermain seorang diri.Jadi,terus saya panggil dia elak masa terbuang..Memahami karenah ahli fitrah juga suatu yang semestinya dan bukanlah membuang masa.Penting supaya boleh sesuaikan dengan kaedah mendidik yang betul.




"Ni...".2 pemadam bergambar watak kartun Ben10 ditunjuk pada saya.Minat betul pada Ben10!Saya sendiri tak tahu kartun apa tu..,xp. Dia ajak bermain..saya pun,huu..apa salahnya,sekali sekala kembali semula masa 'zaman fitrah' dulu,rindu.Jarang-jarang peluang ini hadir.Masa main,asyik saya je yang menang...Fawwaz dah mula cebik muka.Saya pun buat2 'kalah' dan meraikan bila dia menang.Haha..terhibur luang masa dengan ahli fitrah!.Main 2 game...game ke-2 saya perkenalkan padanya.Fawwaz mungkin belum pernah bermain game ni @ jarang-jarang.Ahli fitrah memang suka meneroka benda baharu,jangan pernah lupa fi'il yang itu.Game ke-2 ni sbnrnya ramai juga dah pernah main,malah popular bila melibatkan pemadam.Game "timpa-timpa." ( main letak je nama ni).Masa main nie,tetiba rasa ada kaitan dgn ilmu fizik.Em..kekuatan force yang diperlukan untuk tekan pemadam tu supaya terbalik,juga arah pemadam tu akan pergi bila ditekan.Tak sangka,sejak kecil lagi sebnrnya kita semua dah bermain 'experiment' dengan ilmu fizik.Hakikatnya,ilmu Allah ada di mana-mana ,tak kira masa dan tempat.Dalam hutan pun ada kan?


~Game ke-2,saya mendahului dengan mata *-*,ahli fitrah mula masam kembali.Bak kata mujahidah 3 "biasalah..budak kck.".Saya biarkan dia menang..amboi,terus bersorak riang.


"Fawwaz..bila menang,sebut apa?Alhamdulillah..~.."
"Ha..?tak..alhamdulillah bila bersin je...".



Saya ulang balik...terangkan,tp dia tetap kata bc bila bersin je.Tak mengapa,perlukan masa untuk mebuat ahli fitrah faham.Tapi saya juga tersentak sbb kadang2 bila bersin,diri sendiri terlupa untuk sebut Alhamdulillah.Murobbi Ummu Fawwaz tentunya yang mendidik Fawwaz sebgini pandai dengan izin Allah.Konon spt byk ilmu,last2 diri sendiri terkena..~Teringat semasa di Kalumpang,Murobbi sebut "hadis 1...".Terus Fawwaz bc hadis 1 (silibus pra-sekolah punya)sekali dengan sanadnya.Banyaknya jasa seorang BONDA...malah rata-rata,hampir kesemua Murobbi juga memegang peranan sbg Bonda dan Ayahanda..Mulia sekali kedudukan Murobbi.





Mulia sekali.Sejak saat pertama melahirkan,Allah sudah mengangkat kedudukan para ibu begitu TINGGI di sisiNYa..tambah lagi,bila menjadi seorang muallimah,muallim,pendidik,murobbi.Betapa kerdilnya kita hny seorang pelajar yang menagih ilmu daripada mereka.Tapi sanggup lg mengecilkan hati...~AstaghfiruLLAH~



--Penat bermain..jumpa dngan Murobbi Fizik untuk serahkan kerja-kerja yang diminta untuk print semula.Aduh..tapi tidak dapat sempurnakan selengkapnya.Ada kekurangan.Walau paras wajah Murobbi nampak tenang,tapi ada ke'gelisah'an terpancar di situ.Rasa bersalah pula selubungi.Tapi saya hanya mampu buat apa yang saya terdaya dan dapat lakukan.Ingin sekali membantu Murobbi tp itu shj yg termampu.Tambahan,lewat mendapat maklumat.ah..Sedikit sekali pengorbanan kamu untuk murobbi wahai diri!..Cuba mencari jalan penyelesaian~


-->Terus,ambil keputusan untuk jalan2 di luar sbentar sambil menghirup udara segar.Masih belum ada peluang untuk jumpa Murobbi Ummu Fawwaz.Terserempak pula dgn Muallimah Nani yang sibuk menjual otak-otak dan nasi lemak.Kagum dgn ketabahan muallimah.Walau terikat dengan tugas sbg seorang guru,muallimah masih mampu untuk siapkan makanan-makanan untuk dijual.Tinggi sekali pengorbanan para Murobbi.Bukan setakat untuk anak murid yg mereka fikir,tapi juga anak2 mereka sendiri.Saya kembali berjalan,melihat,dan mentafsir.. (oceh..)semula ke dewan.

Menunggu sebntar di 'lobi menunggu' (byklah!)...akhirnya,ruang kosong di sebelah Murobbi Guru Kelas segera saya isi.Majlis hari itu pun sudah hampir bubar.Murobbi kelihatan letih..masakan tidak,sepagian melayan ibu bapa anak2 Murobbi.Murobbi Add-Math dan Murobbi Matematik yg mengajar zmn PMR turut ada.Murobbi bertanyakan pula tentang tugasan yg dimintanya.Aduhai...yang ini juga sebenarnya kurang sempurna,sbb tak cukup maklumat dr pihak satu lgi.Sudah bertanya tapi tidak diberi.Cadang saya dari awal kedatangan mahu siapkan di sekolah,tapi terlupa pula bukan dewan sekolah menengah yg digunakan.Aduh..terus bgaimana deh?...Murobbi SPPM pelawa untuk menyimpan semula data-data keputusan dalam fail.Langkah kami tujukan ke pejabat.



Mula ruang hadapan pejabat jadi sibuk. Murobbi Matematik mula masukkan keputusan percubaan PMR ke dalam stp fail mengikut nama pemilik.Memang pening untuk mencari fail nama stp orang.Bukan sekejap!Kena susun lagi...tapi langsung saya tengok tiada garis-garis kedut di dahi para muallimah.Semuanya tenang melakukan kerja.Teringat pula 2 hari yang lepas,saya dan mujahidah 4 sibuk mengira konstruk dalam buku SPPM anak2 Murobbi (ha.nasiblah.).Lagi menyukarkan bila kebanyakan pemilik buku terlalu 'pengemas' shingga buku pun putih bersih di dalamnya..dan 'tidak pandai mengira'.Sbb itu,tng kerja amat diperlukan untuk membantu melengkapkan..wah,mengira satu-satu...penat!Kesiannya muallimah.Sesibuk2 kita,sibuk lagi para Murobbi.Sepening2 kita.pening lagi para Murobbi.Se'banyak2 kerja' kita,banyak kerja lgi para Murobbi.MULIA LAGI PARA MUROBBI.~



--Sbelum balik,saya berikan tugasan saya pada muallimah dalam bentuk yang saya termampu.Sekali lagi...tidak bgtu sempurna.AstaghfiruLLAH.Tapi murobbi tetap terima dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan berkirim salam.Sabarnya muallimah.Ya Allah..




"Kerana tanpa telunjuk indah tarbiyah mereka,sudah pasti tidak akan tersemai nilai cinta daku kepda perjuangan yang sungguh misteri ini" (Marwan Abdullah G6)


"Kerana gaji murah bukan penghlang,Tarbiyah Islam jalan juang,Mengesat air mata ummah dengan generasi rabbani cemerlang!!! Takbir!!Bersama kita doakan!!!" ([Muallim] Bilal bin Jailani G5)


"Kerana mereka m'ajar kita dgn seikhlas hati tanpa mengharap apa2 balasan di dunia,sebaliknya meningatkan blasan di akhirat" (Reza G7)


"Kerana mrk bukan shj cantik dan tampan di wajah,malah indah pada akhlaq dan ilmu.Kecantkan di wajah terletak pd senyuman mereka yg ikhlas berseri dan tak pernah lekang pd waktu gembira mhupun terseksa....(pnjng lgi sbnrnya)" (Danial Md Umar G7)


Rujukan:"Himpunan 50 Suara Hati M'bongkar Rahsia Mengapa Guru2 Al-Amin Begitu Istimewa di HAti Kami",FASA publication sdn. bhd.




~Terasa tenang bila berdekatan dengan para pendidik ilmu. Lebih manis bila suka duka dikongsi bersama dan saling memahami.Itu MUROBBI KITA.Bagaimanakah menghadapi saat perpisahan yang makin mendekat....?~


" BILA UKHUWAH DAH SEBATI,BEGITULAH TERLALU SEDIH NAK BERPISAH......"(sms Murobbi Usrah)

Wassalam~
*peristiwa gundah hati langsung saya lupa untuk bertanya..bukan rezeki.

Nov 19, 2008

mengemis kasih

video

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati

Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terhiritlah aku dilorong gelisah

Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah



Semalam sudah sampai ke penghujungnya

Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu

Tak ingin lagi ku ulangi kembali

Gerak dosa yang menghiris hati



Tuhan dosaku menggunung tinggi

Tapi rahmatMu melangit luas

Harga selautan syukurku

Hanyalah setitis nikmatMu dibumi



Tuhan walau taubat sering ku mungkir

Namun pengampunanMu tak pernah bertepi

Bila selangkah ku rapat pada MU

Seribu langkah Kau rapat padaku

muhasabah cinta

video

Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dari Mu

Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini ku harapkan cinta Mu

Reff

Kata kata cinta terucap indah

Mengalir berdzikir di kidung do’a ku

Sakit yang kurasa biar

Jadi penawar dosaku

* Butir butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi

Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku dengan Mu

Nov 13, 2008

Mungkinkah Rapuh.


"aku tampar kau guna metacarpals (tpk tangan)".



Aku amati melirik pada tulisan tangan sahabat di buku.Tergelak.Katanya itu tips dr kakaknya untuk senang ingat bhgn2 tulang yang kami belajar dlm subjek Biologi.Aku mengangguk sambil geli hati.Aku selak lagi backwards.Kata buku human punyai 33 small vertebral bones or vertebrae.Apa itu? Inggerisnya vertebral column,melayunya TULANG BELAKANG.Aku baca semula.Kata buku kita manusia punyai 33 small vertebral bones or vertebrae (melayunya apa?itulah,belajar lagi dlm BI).


'buku tak berkata.'
'Oh.'



Dicetak di buku TULANG BELAKANG ini menyokong kepala dan badan,memberi ruang pada nerve cord dan lagi.TULANG BELAKANG dibahagi pada 5 bahagian dan setiapnya ada fungsi tertentu dan terletak di port lain2 pula.Bak kata sahabat,neuron-neuron di kepala mula bercantum memikirkan sesuatu.Takpelah,aku baca lagi.5 itu ada cervical vertebrae anda jumpa di leher,thoracic vertebrae dijumpai di bahagian dada,lumbar vertebrae dijumpa anda di bahagian abdomen,sacrum oleh anda telah terjumpa di bahagian bawah belakang dan coccyx diketemu oleh anda di hujung TULANG BELAKANG.Komposisi masing2 adalah 7,12,5,5,4 respectively.


'?????'
'Rapuh?'

Aku mengulang dalam fikiran 'tulang belakang?'.Memang,fikiran aku tersinggah pada perkataan 'SULBAH'.Bagai aliran datang mengalir bila teringat ungkapan demi ungkapan.SULBAH.SULBAH.SULBAH.SULBAH.cukup.Ingatan itu datang kembali.


"Antum adalah SULBAH di Al-amin."
"Tahu apa dye SULBAH ? Tulang belakang Al-amin.Supporter."

{TULANG BELAKANG kata bukan dia iktiraf diri TULANG BELAKANG.Tapi PENCIPTA jadikan dia sebagai TULANG BELAKANG khidmat pada tuannya.TULANG BELAKANG tak perasan.TULANG BELAKANG tak rasa tulang mulia.}


Hangat mataku.Dulu lain sekarang lain.Benarkah?Tak,aku tak akuinya.Tapi instinct hati rasa tidak sedap.Tak macam dulu.Dah,abaikan coretan yang ini.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Fikiran membentak lagi.
'Strategi SULBAH adalah sangat penting.RasuluLLAH S.A.W jalankan strategi ini sejak pada permulaan awal Islam.SULBAH yang menggerak setiap jalan-jalan da'wah.Mereka yang SULBAH menjadi penyokong utama da'wah dibawa Rasulullah.Menjadi nadi yang melancarkan,menggerak,memaju..menyokong terus dari tumbang.'

[ayat SKEMA bhs Melayu.]
[biarlah.Asalkan menepati syarat.]
'Tapi jika SULBAH yang rapuh bagaimana?'

Hati membentak.Mencari jawapan.Menahan kesakitan.Telahkah diri tewas dengan tujahan interpretasi manusia?InsyaAllah tidak!Ameen..~

Kata bukuTercetak pada buku cervical vertebrae di leher memberi laluan kepada arteri vertebra untuk ke otak.12 thoracic vertebrae pula menyokong ribs (tulang kerangka),lumbar vertebrae pula ada centrum/body yang besar.Kerana apa?kerana ia yang paling byk menempa beban berat badan manusia.



'Setiap 5 bahagian vertebrae saling faham peranan masing2.Sacrum dan coccyx yang berada di penghujung faham akan tugasnya di hujung.Lumbar vertebrae di lower back faham bahawa dia harus tanggung berat beban plg byk.Juga cervical dan thoracic fahami akan dia sedang mereka juga punya tugas .Tiada pula thoracic 'salah faham' pada cervical dan menuduhnya bukan2 seperti pilih kasih dalam memilih vertebral artery yang ingin diberi laluan.Tiada juga lumbar merasa tidak puas hati pada yang lain kerana dia menanggung beban.Yang lain turut tanggung juga.Cuma lumbar adalah paling.Setiapnya saling menyokong lagi faham akan peranan yang diberi PENCIPTA.Mereka dalam satu column,tulang mana tidak 'terkilan' jika yang secolumn berkatatuduh yang tidak benar.Bukan tulang menagih simpati,tapi demi vertebral column terus tegak lurus dan berfungsi.Luarnya nampak lurus,tapi siapa tahu invertebral disc di celah2 sudah haus!Jika masalah berlaku,sacrum dan coccyx lagi tidak tahan.Maka RAPUH.'



'TULANG BELAKANG rapuh,ligaments juga muscles tiada tmpat untuk berpaut kerana jika rapuh,mereka rapuh juga.Sperti jangkitan osteoporosis apabila berat tulang berkurangan maka menjadilah TULANG BELAKANG yang kurang lagi ringan.TIADA KUALITI!'




:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

'SULBAH yang dipilih RasuluLLAH bekerja dalam satu sof,satu barisan,satu kiblat yang sama.Tanpa ada rasa sengketa,tanpa mengGELARan kerana mereka faham.Benar2 FAHAM.FAqih dalam urusan agamanya lagi benar akan setiap bicara seruannya.Tanpa kontroversi apalagi spekulasi.Mereka benar-benar SULBAH berjaya,mumtaz,cemerlang dengan tiada ngomelan-ngomelan.Setiapnya saling menyokong lagi cinta BENAR akan risalah da'wahNya dan RasulNya.'
---itu masalah itu.RAPUH juga kerana terlalu banyak bahan yang tidak diperlukan disangka lazat,tapi hanya menghakis Tulang menjadi porous (berliang kecil).Disangkanya benar,tapi cuma celaru-celaru 'zat galian.Terlalu bnyak bakteria!Sepeti kata saudara penulis blog ini,jangan tersilau!
{Bila ana nampak 'mereka'...ana rasa.Ana rasa mcm...entah,tak seperti dulu.}
{ye2.Ana faham}


AndaPembaca:'Tulang tak berkata.Tulang tak berprasangka.Tulang tak menuduhlah!Tulang mana boleh berfikir.Apalah!'

SayaPenulis:'Ok2.Jadi bukan tulang yang rapuh.
Berbalik sama ada aku yang rapuh?
Atau kau yang rapuh?
Atau kita semua yang rapuh?

p's:itu baru itu.Belum lagi kira dosa perbuatan sendiri.


Let say KAMI HAMBA ALLAH YANG MAMPU BERFIKIR!
air dalam mata jatuh lagi.bukan kerana 'mereka' tapi aku sedar masa makin tua.Agak tulang ingat dia dah dewasa makin matang.Tapi Tulang kian rapuh.

Nov 9, 2008

Indahnya keindahan yang indah di sisi Islam

Indah pagi kerana diterangi cahaya suria.






Indah pagi kerana awan yang megah memayungi bumi.


Indah pagi kerana hijau alam mewarnai mata.





Indah malam kerana gagasan bintang

Alangkah indahnya keindahan.



Indah malam kerana romantiknya bulan purnama.


Indah malam kerana hembusan bayu yang damai. Subhanallah.




Pada minggu yang lepas saya ikut serta “staff outing” abah saya ke Taman Kelip-kelip yang terletak di sudut bumi Kg Kuantan Kuala Selangor. Kata abah “kita nak pergi tengok kelip-kelip di waktu malam”. Hati teruja agak sederhana. Gara-gara ‘mood’ yang agak terkacau. Kembara bermula sebelum solat Asar. Kira-kira jam 4:15. Kami pergi secara konvoi membuatkan hati teruja semakin kuat dan diri bertambah semangat. Tiba di sana, kami bersolat jama’ maghrib dan Isya’ dahulu sebelum agenda melihat keindahan chemical reaction semula jadi itu. Kami mendayung sampan menyusuri sungai paya sejauh perjalanan 30 minit. Sebetulnya kami hanya menaiki sampan kolek yang didayung oleh pendayung yang masih belia. Kadang-kadang terdengar keluhan penat si pendayung muda yang membuatkan saya rasa kasihan sungguh. Tiada mengapa wahai pendayung muda. Andai ikhtiarmu ikhlas mencari rezekiNya yang halal, pasti ikhtiarmu terbalas jua. Tidak lama kemudian, mata terus menangkap pokok benerang yang dihiasi kelip-kelip. Indahnya seperti pokok krismas yang disynchronized secara semula jadi! Istimewanya taman ini, jumlah kelip-kelipnya mencecah tiga ribu. So just imagine how beautiful it is when they gather altogether. Indah nian ciptaan Allah.







Indahnya alam kurniaan Tuhan. Seperti yang dilirikkan dalam lagu God is the light nyanyian Yusuf Islam. Benar, Allah itu penghibur. Dia menghiburkan hati hamba-hambaNya dengan ciptaanNya yang sangat intelligent tambahan unik. Keindahan, dan hiburan seumpama inilah yang dijadikan meditasi orang beriman. Penyejuk di mata dan penerang di hati. Itulah hiburan berkelas pertama yang sebenar.



Sekadar berkongsi dahulu saya pernah tersangkut dengan hiburan dunia berkelas kedua yang tidak Islami. Yakni hiburan yang tidak ori dan tidak upaya memajukan aqal, jasmani dan penting sekali iman. Dahulu Jesse McCartney, Jojo, Adam af2, JT dan banyak lagi sekutu-sekutu mereka sebagai bahan minat. Rajin juga tonton Nicelodeon Kids Choice Award, Oscars Award dan lain-lain anugerah saham dosa tersebut. Agak rajin juga melayani majalah BipMag, majalah industri muzik barat yang bertaraf international. Kononnya majulah kan. Sia-sianya setahun yang saya lalui itu. Astaghfirullah. Mujur saya dikejutkan kembali setelah hanyut dalam khayalan fantasi yang dianggap meditasi jiwa sementalehan diri maklum dengan tanggungjawab jihad. Sebetulnya diri masih belum arif. Masih keliru gara-gara dikaburi jahiliyyah moden. Saya masih ingat kata-kata abang Muaz di dalam suatu ceramah yang saya ikuti ketika dlm Tingkatan 3: ”Benarkah.. sinetron2, industri muzik yang tidak Islami, komik2 ringan, majalah2 hiburan untuk ummat yang berjuang? Kalau masyarakat tidak bersandar pada pandangan Ustaz dan Ulamak, maka nak bersandar pada cakap siapa?” Lebih kurang macam tu la. Terusan beliau mencetuskan kepada kami untuk meninggalkan semua itu. Sejak itu, saya mula menyelidik dan memerhati. Menyelidik diri dan menafsir sekeliling. Agak lama jugalah hendak membuang fanatik dalam diri dan ketaksuban mengikuti siri Harry Potter (dah habis dah pun). Sekadar membaca sudah tidak perlu taksub. Hakikatnya saya masih menyelidik dan bermujahadah.


Pernah juga al-Qasim Ibn Muhammad (r.h) ditanya oleh seseorang: Apakah nyanyian itu haram? Al-Qasim terus berdiam dan tidak menjawab, kemudian si penanya mengulangi pertanyaanya sampai tiga kali, dan setiap kali itu Al-Qasim hanya berdiam sahaja dan kemudian berkata: Perkara haram adalah yang diharamkan Al-Quran. Tahukah kamu untuk apa nyanyian itu dibuat, untuk perkara baik atau perkara bathil? Orang itu menjawab: untuk perkara bathil. Al-Qasim berkata lagi: Maka begitulah hukumnya. Tanyalah hatimu sendiri.
Saya pun terusan menyelidik.



Imam al- tarmizi (r.h) dan Ibn Majah (r.h) meriwayatkan drpd Abdullah Ibn Yazid (r.h) bahawa Rasulullah s.a.w bersabda. Mafhumnya:

”Seorang hamba tidak akan sampai kepada darjat Muttaqin (org2 yang bertaqwa), melainkan apabila ia sanggup untuk meninggalkan perkara-perkara biasa (tidak berdosa), kerana takut akan terjerumus ke dalam perkara-perkara yang luar biasa (berdosa)”



Secara khusus, saya menyimpulkan untuk diri saya bahawa semua itu adalah merugikan. Sedangkan dunia menuntut kepada pelbagai tanggungjawab untuk kita penuhi. Lihat masyarakat. Ramai yang kemiskinan, kebuluran, dan tidak ditarbiyyah. Lihat alam. Banyak dicemari dan dikotori. Lihat dunia. Masih terikat dengan masalah global warming dan peperangan. Realitinya, banyak lagi kesibukkan lain yang fardu yang tidak kudrat untuk dipenuhi. Masihkah mampu bersuka-suka dan berseronok? Sedang masih banyak kesibukkan, masihkah mampu untuk berlengang? Saya sudah menyiakan setahun masa saya dan ia takkan berulang kembali. Buat generasi yang pintar, jgn ulangi khilaf ini. Seperti kata-kata Muallim Bilal:” Muallim dah lalui semua kebodohan dunia yang telah menyiakan tahun-tahun muallim. Sekarang muallim nak bagi kamu shortcut supaya kamu tidak akan berasa rugi.” sebelum memulakan tazkirahnya ketika saya dalam Tingkatan 2. Namun kini baru saya mengerti. Tulisan ini khas buat diri yang sering terlupa, jua cetusan buat pembaca untuk menafsir dan berfikir.


Indahnya keindahan itu apabila indah di sisi Islam. Yakni, memajukan iman, menajamkan aqal dan mendorong kekuatan peribadi dan jasmani. Seterusnya mendorong segala-galanya. Keindahan dan hiburan orang yang beriman adalah seperti yang terbentang di hadapan mata di segenap arah, segenap segi dan segenap cara. Allah itu Penghibur. Hayatilah, amatilah dan syukurilah.

Are you my little shark?

AlhamduliLLAH..pagi lebih tenang.Terasa seperti mahu menulis,tambahan boleh berkongsi hikmah yang saya ambil dari sebuah buku melalui pembacaan secara tidak langsung (hrp sohibiy tidak kisah saya bc dulu).Amat menarik!dan sesuai pula dengan 'KONDISI' kini.......


Saya selak muka surat.Kali ini sudah mahu masuk chapter yang ke-3.SubhanaLLAH!Sangat terkena.....lanjut,buka chapter 4.Tema dye "Face Challenges with Zest".Tajuk bawah die pulak "The Story of the Fishermen and the Sharks.".Menarik kan?Entah apa la agaknya cter pasal fishermen and the shark ni dan apa pulak kaitannya dgn face challenges?...saya lanjutkan ~.





God turns you from one feeling to another and teaches you by means of opposites,so that you will have two wings to fly-not one

(Rumi)


Direct to the story---Orang Japanese ni sbgaimana yang rata2 tahu traditional food mereka adalah sushi.Jadi Japanese ni suka makan ikan yg fresh!Betul2 fresh!Tapi kesukarannya adalah apabila ikan x selalu ada di laut2 yang dekat dengan housing estate.Jadi ,untuk dapatkan ikan yang betul2 fresh,nelayan semua kena pergi ke tgh2 laut yang sangat jauh dan tentu akan mengambil masa yang lama untuk pergi dan untuk pulang.Justeru itu(eh..mcm buat krgn BM lak),bila nak pulang semula,mesti ikan2 semua dah busuk.Jadi bagaimana yeh...?Maka fishermen2 ni pun bercadang untuk meng'install' freezer dalam bot mereka.Supaya dapatlah nanti letak ikan2 tu dalam freezer ,xde lah busuk.Tapi orang-orang Japanese ni lidah mereka sangat sensitif dan teliti,hingga blh bezakan fresh fish dengan frozen fish.Konklusinya,teknik ini tidak menjadi and they have to come up with other solution........

Idea seterusnya fishermen ni merancang untuk 'install' tank dlm bot mereka.Sort of macam akuarium bersaiz sederhana mungkin.Mereka fikir2 lepas dah dapat tangkap ikan,ikan tersebut akan dimasukkan dalam tank tersebut.Dalam tank ni,ikan2 tu akan bergerak berenang2 dalam ruang yang kecil seterusnya akan penat dan dull.Tapi,ikan2 tu masih hidup...jdi itu dah menepati ciri2 fresh fish.Really?....~lidah2 Japanese sangat teliti dan mereka masih boleh membezakan the taste of the fish!Disebabkan ikan2 tadi tidak bergerak dalm bberapa hari (sbb penat hidup dalam tank),they had lost their fresh-fish taste..huh?.They want lively fresh fish,bukan sluggish fish..Konklusinya,teknik ini juga tidak berapa menjadi and again,they have to think for another technique....

The companies came up with another idea.Kali ini....mereka akan tambah small shark dalm stiap tank!Haa..?Tak ke kena makan ikan2 tu nanti?Itulah cabarannya....untuk elak dari dimakan oleh shark tersebut,ikan2 tu harus berenang dengan ACTIVE dan SEMANGAT.You can guess what happen if the fish not swimming actively right?
----end of story.

Slepas membaca story yg antara logik dan tak logik ni,it still have some 'ibrah to pick.Begitulah perumpamaannya challenges yg kita hadapi dengan shark2 tadi.Segala ujian yang menimpa,sebenarnya adalah our shark yang akan menjadikan kte lebih awake,alive,vibrant and active!Malah,ujian2 inilah yang akan mebuka minda kita to be more intelligent in solving problems.What do you think?



(So verily with the hardship,there is relief,Verily,with the hardship,there
is relief.)--Ash-Sharh 94:5-6--


Allah gunakan perkataan with-ma'a (dlm bhs Arab)...bukan ba'da atau tsumma..tapi ma'a.Bersama kesusahan ada kemudahan....Hardship and relief come together,not after..not later but together!TABAHLAH!TABAHLAH!TABAHLAH! menerima hadiah daripadaNya...~





If you can't fly,run.If you can't run,walk.If you can't
walk,crawl,but,by all means,keep moving.

(Dr. Marthin Luther King Jr.)


"Come on,little sharks,come keep me fresh!"





(Lo!As for those who believe and do good works,for them is a reward that will never fail)
---Fussilah 41:8---





SUBHANALLAH....ASTAGHFIRULLAH...
Maralah wahai teman!
La Haula wala Quwwata illa BILLAH!
ALLAHUMMA INNI DHO'IfUN FAQOWWINI...
ameen...

Nov 1, 2008

Sekeping hati

Sekeping hati.

Duhai sekeping hati, aku tahu dahulunya engkau putih bersih suci dari karat-karat dosa. Engkau dahulunya seindah fitrah tanpa noda. Kupantas mengerti, kondisimu kini gara-gara kesilapanku menjagamu. Alangkah indahnya andai kau mudah dibersihkan bak pinggan-pinggan yang kotor di sinki. Hanya sekali lalu dgn berusan sabun dan sekali lalu bilasan air. Namun hakikatnya, kau umpama kuali yg sudah berkarat. Karatnya susah untuk dihilangkan.
Duhai sekeping hati, tabahlah dirimu menghadapi kesedihanku. Tabahlah jua menghadapi ujian yang dititipkan kepadaku. Janganlah bersedih dan berdukacita. Selalu-selalulah engkau membayangiku dgn nikmat dan kasih sayangNya. Agar tidak pernah luntur cintaku dan kasihku kepadaNya. Agar tabah semangatku meniti kaca marcapada ini.
Duhai sekeping hati, perjuangan mujahidin kenang-kenanglah selalu. Supaya kau mampu mengenal awliyyat dalam urusanku. Tugasmu memilih sedang kuhanya pelaku.
Duhai sekeping hati, janganlah engkau melayani masalahku. Kugusar, kau akan terlupa untuk melayani kesulitan saudara seperjuangan yang lain. Utamakanlah yang fakir drpd kuyang mewah ini. Utamakanlah yang dhoif drpd kuyang ditarbiyyah ini. Utamakanlah yg kurang kudrat drpd kuyang afiat ini.
Duhai sekeping hati, pusatkanlah Allah dalam setiap niatku. Kejarlah hanya pujianNya lupakan pandangan manusia. Mereka tidak upaya menafsirmu sedang Allah mampu.
Ingatlah selalu, kau milik Ilahi.
Duhai sekeping hati, ingatlah tangisan ini dikala kau melintaskanku kepada maksiat. Ingatlah, bahawa aku tidak menyanggupi kemurkaanNya.
Duhai sekeping hati, janganlah membayangiku dgn anganan dan harapan kosong. Janganlah mengejari sesuatu yang belum pasti berlaku.
Moga kau selalu-selalu di samping akal dan dijaga iman.

Ikhlas dariku yang menanggung amanah memilikimu.