rss
email
facebook
ikram

Pages

Nov 9, 2008

Indahnya keindahan yang indah di sisi Islam

Indah pagi kerana diterangi cahaya suria.






Indah pagi kerana awan yang megah memayungi bumi.


Indah pagi kerana hijau alam mewarnai mata.





Indah malam kerana gagasan bintang

Alangkah indahnya keindahan.



Indah malam kerana romantiknya bulan purnama.


Indah malam kerana hembusan bayu yang damai. Subhanallah.




Pada minggu yang lepas saya ikut serta “staff outing” abah saya ke Taman Kelip-kelip yang terletak di sudut bumi Kg Kuantan Kuala Selangor. Kata abah “kita nak pergi tengok kelip-kelip di waktu malam”. Hati teruja agak sederhana. Gara-gara ‘mood’ yang agak terkacau. Kembara bermula sebelum solat Asar. Kira-kira jam 4:15. Kami pergi secara konvoi membuatkan hati teruja semakin kuat dan diri bertambah semangat. Tiba di sana, kami bersolat jama’ maghrib dan Isya’ dahulu sebelum agenda melihat keindahan chemical reaction semula jadi itu. Kami mendayung sampan menyusuri sungai paya sejauh perjalanan 30 minit. Sebetulnya kami hanya menaiki sampan kolek yang didayung oleh pendayung yang masih belia. Kadang-kadang terdengar keluhan penat si pendayung muda yang membuatkan saya rasa kasihan sungguh. Tiada mengapa wahai pendayung muda. Andai ikhtiarmu ikhlas mencari rezekiNya yang halal, pasti ikhtiarmu terbalas jua. Tidak lama kemudian, mata terus menangkap pokok benerang yang dihiasi kelip-kelip. Indahnya seperti pokok krismas yang disynchronized secara semula jadi! Istimewanya taman ini, jumlah kelip-kelipnya mencecah tiga ribu. So just imagine how beautiful it is when they gather altogether. Indah nian ciptaan Allah.







Indahnya alam kurniaan Tuhan. Seperti yang dilirikkan dalam lagu God is the light nyanyian Yusuf Islam. Benar, Allah itu penghibur. Dia menghiburkan hati hamba-hambaNya dengan ciptaanNya yang sangat intelligent tambahan unik. Keindahan, dan hiburan seumpama inilah yang dijadikan meditasi orang beriman. Penyejuk di mata dan penerang di hati. Itulah hiburan berkelas pertama yang sebenar.



Sekadar berkongsi dahulu saya pernah tersangkut dengan hiburan dunia berkelas kedua yang tidak Islami. Yakni hiburan yang tidak ori dan tidak upaya memajukan aqal, jasmani dan penting sekali iman. Dahulu Jesse McCartney, Jojo, Adam af2, JT dan banyak lagi sekutu-sekutu mereka sebagai bahan minat. Rajin juga tonton Nicelodeon Kids Choice Award, Oscars Award dan lain-lain anugerah saham dosa tersebut. Agak rajin juga melayani majalah BipMag, majalah industri muzik barat yang bertaraf international. Kononnya majulah kan. Sia-sianya setahun yang saya lalui itu. Astaghfirullah. Mujur saya dikejutkan kembali setelah hanyut dalam khayalan fantasi yang dianggap meditasi jiwa sementalehan diri maklum dengan tanggungjawab jihad. Sebetulnya diri masih belum arif. Masih keliru gara-gara dikaburi jahiliyyah moden. Saya masih ingat kata-kata abang Muaz di dalam suatu ceramah yang saya ikuti ketika dlm Tingkatan 3: ”Benarkah.. sinetron2, industri muzik yang tidak Islami, komik2 ringan, majalah2 hiburan untuk ummat yang berjuang? Kalau masyarakat tidak bersandar pada pandangan Ustaz dan Ulamak, maka nak bersandar pada cakap siapa?” Lebih kurang macam tu la. Terusan beliau mencetuskan kepada kami untuk meninggalkan semua itu. Sejak itu, saya mula menyelidik dan memerhati. Menyelidik diri dan menafsir sekeliling. Agak lama jugalah hendak membuang fanatik dalam diri dan ketaksuban mengikuti siri Harry Potter (dah habis dah pun). Sekadar membaca sudah tidak perlu taksub. Hakikatnya saya masih menyelidik dan bermujahadah.


Pernah juga al-Qasim Ibn Muhammad (r.h) ditanya oleh seseorang: Apakah nyanyian itu haram? Al-Qasim terus berdiam dan tidak menjawab, kemudian si penanya mengulangi pertanyaanya sampai tiga kali, dan setiap kali itu Al-Qasim hanya berdiam sahaja dan kemudian berkata: Perkara haram adalah yang diharamkan Al-Quran. Tahukah kamu untuk apa nyanyian itu dibuat, untuk perkara baik atau perkara bathil? Orang itu menjawab: untuk perkara bathil. Al-Qasim berkata lagi: Maka begitulah hukumnya. Tanyalah hatimu sendiri.
Saya pun terusan menyelidik.



Imam al- tarmizi (r.h) dan Ibn Majah (r.h) meriwayatkan drpd Abdullah Ibn Yazid (r.h) bahawa Rasulullah s.a.w bersabda. Mafhumnya:

”Seorang hamba tidak akan sampai kepada darjat Muttaqin (org2 yang bertaqwa), melainkan apabila ia sanggup untuk meninggalkan perkara-perkara biasa (tidak berdosa), kerana takut akan terjerumus ke dalam perkara-perkara yang luar biasa (berdosa)”



Secara khusus, saya menyimpulkan untuk diri saya bahawa semua itu adalah merugikan. Sedangkan dunia menuntut kepada pelbagai tanggungjawab untuk kita penuhi. Lihat masyarakat. Ramai yang kemiskinan, kebuluran, dan tidak ditarbiyyah. Lihat alam. Banyak dicemari dan dikotori. Lihat dunia. Masih terikat dengan masalah global warming dan peperangan. Realitinya, banyak lagi kesibukkan lain yang fardu yang tidak kudrat untuk dipenuhi. Masihkah mampu bersuka-suka dan berseronok? Sedang masih banyak kesibukkan, masihkah mampu untuk berlengang? Saya sudah menyiakan setahun masa saya dan ia takkan berulang kembali. Buat generasi yang pintar, jgn ulangi khilaf ini. Seperti kata-kata Muallim Bilal:” Muallim dah lalui semua kebodohan dunia yang telah menyiakan tahun-tahun muallim. Sekarang muallim nak bagi kamu shortcut supaya kamu tidak akan berasa rugi.” sebelum memulakan tazkirahnya ketika saya dalam Tingkatan 2. Namun kini baru saya mengerti. Tulisan ini khas buat diri yang sering terlupa, jua cetusan buat pembaca untuk menafsir dan berfikir.


Indahnya keindahan itu apabila indah di sisi Islam. Yakni, memajukan iman, menajamkan aqal dan mendorong kekuatan peribadi dan jasmani. Seterusnya mendorong segala-galanya. Keindahan dan hiburan orang yang beriman adalah seperti yang terbentang di hadapan mata di segenap arah, segenap segi dan segenap cara. Allah itu Penghibur. Hayatilah, amatilah dan syukurilah.

0 comment: