rss
email
facebook
ikram

Pages

Nov 24, 2008

Bersama MUROBBI Mulia~

--Usai mengambil keputusan yang agak *****,saya minta pada Abi untuk stay hingga jam 12 tghari memandangkan ada hutang kerja yang perlu diberi dan diselesaikan.Gelintar mata mencari jika ada teman2 yang sudah sampai.Setahunya,mmg ramai yang tidak dapat dtg hari ini...Murobbi SPPM tanya seorang demi seorang.Saya jawab satu demi satu.Persekitaran sekolah masa mula sampai juga tidak sesak seperti selalu walaupun sudah hampir 1 jam najlis bermula...


Agenda kedatangan ini tidak terbatas untuk menghantar kerja,tapi ingin menenangkan gundah di hati implikasi peristiwa tempoh hari,ingin bertanya pada Murobbi apa tindakan sewajarnya..?Hasrat ingin bertanyakan pada Murobbi Guru Kelas..tpi kelihatan murobbi sibuk melayan ibu bapa anak-anak murobbi juga.Takpe...tunggu dulu,saya mengisi kekosongan masa.
Mata bertembung dgn ibunya mujahidah 7..terus menguntum senyuman dan bersalam.'Mujahidah 7 tak dtg ke..?',desis hati saya....Terperasan pula Murobbi Usrah duduk seorang menanti hadirnya anak-anak SPPM tercinta.Terus bersalaman dan bertanya ingin cetuskan perbualan..



"Belum datang lagi ke muallimah..?"..soal sambil melihat nama2 yg tertera di
kertas putih di atas meja.

"Belum lagi...". Terus saya duduk di sisi murobbi yang ternyata tiada manusia di
atas kerusi,hanya beg2





Sebelum itu berbual-bual tentang anak2 yang dinanti.Sejurus.. bercerita dengan Murobbi.Terlintas di benak fikiran "nak tak tanya pada muallimah terus ttg peristiwa gundah itu?"..Cetusan itu saya biarkan sahaja bermain di dalam fikiran,memikirkan..tambahan tajuk perbincangan ttg hal lain.Tidak ingin pula tiba-tiba mencelah mengubah topik..Tampak tidak sopan pula nanti.Waima...cerita murobbi menarik perhatian.(huh?)...


Murobbi SPPM saya datang..duduk mengisi kekosongan ruang di hadapan saya.Terus perbualan bertukar tajuk.Tak lama...Murobbi Add-Math pula datang mengisi kekosongan ruang di hadapan Murobbi Usrah..Makin galak nampak nya becerita.Tadinya hanya 2 orang,sudah jadi 4 orang.Riuh jadinya ditambah gelak tawa.Saya jadi pendengar 'setia di sisi'.Segan pula duduk di celah2 murobbi yang kedudukannnya jauh lebih mulia dr saya.Terasa diri menyibuk di situ...


Tiba2 murobbi SPPM cerita kata2 abi sewaktu ambil keputusan tadi.Aduh..malu.Murobbi lain tergelak mendengar.Saya pun..gelak je sekali,meraikan.Murobbi Add-math bicara tentang keputusan,masakan tidak...hari itu hampir kesemua insan-insan mulia yang ada di dalam dewan itu ,berbincang ttg keputusan,tgklah Hari apa tu..


"Muallimah-muallimah ni yang risau tau...".kata Murobbi sambil memandang saya.Saya membalas pandangan setulus mungkin.Murobbi Usrah dan SPPM turut mengiyakan.Serba-salah jadi.Ya Allah,mulianya seorang pendidik,tetap mengharapkan yang terbaik untuk anak murid walau SERING kali tidak siap kerja rumah apatah lagi menyakiti,mengecewa.Teringat pula kata-kata Murobbi EST tempoh hari ktk saya dalam ghurfah muallimah...



"Tak buat study group ke cuti nih?..."
"Kamu kena serius ,sekarang bukan mcm ambik PMR lagi..."
"What happen...?(to your result).."


Bertalu-talu saranan dan nasihat murobbi.Saya membalas pertanyaan sewajarnya,tp ada juga yang jawapannya hny senyuman.Tak tahu nak cakap apa.Tapi tidak kisah ttg result,mmg itulah yang terbaik drpdNya untuk kita.Mmg usaha kurang,...redha bukanlah bermaksud biarkan bgtu shj,ttpi berpuasa hati lantaran mmg kt sudah berusaha seupaya (yg x seberapa)mungkin,tp masa akan datang harus upgrade usaha lagi.But...t'ingat pd tulisan yg saya bc semalam




Mmg study sahaja x mencukupi.Siddiq,ikhlas,tawakkal...itu semua perlu.~(sambung td).Kemudian Murobbi Disiplin pula datang duduk bersama..seronok melihat ketawa riang insan2 mulia.Selang bbrp minit,'majlis' bersurai lantaran Murobbi Usrah ingin luang masa pula bersama seorang drpd anak2 yang dinantinya baharu sampai.Saya terus bangun dan sempat bersalam dengan 'anak' Murobbi yg juga rafik saya.





Berhijrah pula ke bangku sebelah sana.Duduk pula bersama Murobbi Sirah jg sedang menunggu anak2 SPPM nya sampai.Setia menanti.Saya bertanya sbg pembuka bicara.Murobbi memberi pendapat...dalam nadanya,jelas ada kesedihan yang bergumam di situ.Sempat sebentar sahaja duduk bersama Murobbi Sirah,ada 'anak' yang lebih layak duduk di situ sudah tiba.Saya mengambil kedudukan kosong di salah sebuah ruang.Fawwaz pula jd peneman..mesti bosan anak kecil ini,dr tadi bermain seorang diri.Jadi,terus saya panggil dia elak masa terbuang..Memahami karenah ahli fitrah juga suatu yang semestinya dan bukanlah membuang masa.Penting supaya boleh sesuaikan dengan kaedah mendidik yang betul.




"Ni...".2 pemadam bergambar watak kartun Ben10 ditunjuk pada saya.Minat betul pada Ben10!Saya sendiri tak tahu kartun apa tu..,xp. Dia ajak bermain..saya pun,huu..apa salahnya,sekali sekala kembali semula masa 'zaman fitrah' dulu,rindu.Jarang-jarang peluang ini hadir.Masa main,asyik saya je yang menang...Fawwaz dah mula cebik muka.Saya pun buat2 'kalah' dan meraikan bila dia menang.Haha..terhibur luang masa dengan ahli fitrah!.Main 2 game...game ke-2 saya perkenalkan padanya.Fawwaz mungkin belum pernah bermain game ni @ jarang-jarang.Ahli fitrah memang suka meneroka benda baharu,jangan pernah lupa fi'il yang itu.Game ke-2 ni sbnrnya ramai juga dah pernah main,malah popular bila melibatkan pemadam.Game "timpa-timpa." ( main letak je nama ni).Masa main nie,tetiba rasa ada kaitan dgn ilmu fizik.Em..kekuatan force yang diperlukan untuk tekan pemadam tu supaya terbalik,juga arah pemadam tu akan pergi bila ditekan.Tak sangka,sejak kecil lagi sebnrnya kita semua dah bermain 'experiment' dengan ilmu fizik.Hakikatnya,ilmu Allah ada di mana-mana ,tak kira masa dan tempat.Dalam hutan pun ada kan?


~Game ke-2,saya mendahului dengan mata *-*,ahli fitrah mula masam kembali.Bak kata mujahidah 3 "biasalah..budak kck.".Saya biarkan dia menang..amboi,terus bersorak riang.


"Fawwaz..bila menang,sebut apa?Alhamdulillah..~.."
"Ha..?tak..alhamdulillah bila bersin je...".



Saya ulang balik...terangkan,tp dia tetap kata bc bila bersin je.Tak mengapa,perlukan masa untuk mebuat ahli fitrah faham.Tapi saya juga tersentak sbb kadang2 bila bersin,diri sendiri terlupa untuk sebut Alhamdulillah.Murobbi Ummu Fawwaz tentunya yang mendidik Fawwaz sebgini pandai dengan izin Allah.Konon spt byk ilmu,last2 diri sendiri terkena..~Teringat semasa di Kalumpang,Murobbi sebut "hadis 1...".Terus Fawwaz bc hadis 1 (silibus pra-sekolah punya)sekali dengan sanadnya.Banyaknya jasa seorang BONDA...malah rata-rata,hampir kesemua Murobbi juga memegang peranan sbg Bonda dan Ayahanda..Mulia sekali kedudukan Murobbi.





Mulia sekali.Sejak saat pertama melahirkan,Allah sudah mengangkat kedudukan para ibu begitu TINGGI di sisiNYa..tambah lagi,bila menjadi seorang muallimah,muallim,pendidik,murobbi.Betapa kerdilnya kita hny seorang pelajar yang menagih ilmu daripada mereka.Tapi sanggup lg mengecilkan hati...~AstaghfiruLLAH~



--Penat bermain..jumpa dngan Murobbi Fizik untuk serahkan kerja-kerja yang diminta untuk print semula.Aduh..tapi tidak dapat sempurnakan selengkapnya.Ada kekurangan.Walau paras wajah Murobbi nampak tenang,tapi ada ke'gelisah'an terpancar di situ.Rasa bersalah pula selubungi.Tapi saya hanya mampu buat apa yang saya terdaya dan dapat lakukan.Ingin sekali membantu Murobbi tp itu shj yg termampu.Tambahan,lewat mendapat maklumat.ah..Sedikit sekali pengorbanan kamu untuk murobbi wahai diri!..Cuba mencari jalan penyelesaian~


-->Terus,ambil keputusan untuk jalan2 di luar sbentar sambil menghirup udara segar.Masih belum ada peluang untuk jumpa Murobbi Ummu Fawwaz.Terserempak pula dgn Muallimah Nani yang sibuk menjual otak-otak dan nasi lemak.Kagum dgn ketabahan muallimah.Walau terikat dengan tugas sbg seorang guru,muallimah masih mampu untuk siapkan makanan-makanan untuk dijual.Tinggi sekali pengorbanan para Murobbi.Bukan setakat untuk anak murid yg mereka fikir,tapi juga anak2 mereka sendiri.Saya kembali berjalan,melihat,dan mentafsir.. (oceh..)semula ke dewan.

Menunggu sebntar di 'lobi menunggu' (byklah!)...akhirnya,ruang kosong di sebelah Murobbi Guru Kelas segera saya isi.Majlis hari itu pun sudah hampir bubar.Murobbi kelihatan letih..masakan tidak,sepagian melayan ibu bapa anak2 Murobbi.Murobbi Add-Math dan Murobbi Matematik yg mengajar zmn PMR turut ada.Murobbi bertanyakan pula tentang tugasan yg dimintanya.Aduhai...yang ini juga sebenarnya kurang sempurna,sbb tak cukup maklumat dr pihak satu lgi.Sudah bertanya tapi tidak diberi.Cadang saya dari awal kedatangan mahu siapkan di sekolah,tapi terlupa pula bukan dewan sekolah menengah yg digunakan.Aduh..terus bgaimana deh?...Murobbi SPPM pelawa untuk menyimpan semula data-data keputusan dalam fail.Langkah kami tujukan ke pejabat.



Mula ruang hadapan pejabat jadi sibuk. Murobbi Matematik mula masukkan keputusan percubaan PMR ke dalam stp fail mengikut nama pemilik.Memang pening untuk mencari fail nama stp orang.Bukan sekejap!Kena susun lagi...tapi langsung saya tengok tiada garis-garis kedut di dahi para muallimah.Semuanya tenang melakukan kerja.Teringat pula 2 hari yang lepas,saya dan mujahidah 4 sibuk mengira konstruk dalam buku SPPM anak2 Murobbi (ha.nasiblah.).Lagi menyukarkan bila kebanyakan pemilik buku terlalu 'pengemas' shingga buku pun putih bersih di dalamnya..dan 'tidak pandai mengira'.Sbb itu,tng kerja amat diperlukan untuk membantu melengkapkan..wah,mengira satu-satu...penat!Kesiannya muallimah.Sesibuk2 kita,sibuk lagi para Murobbi.Sepening2 kita.pening lagi para Murobbi.Se'banyak2 kerja' kita,banyak kerja lgi para Murobbi.MULIA LAGI PARA MUROBBI.~



--Sbelum balik,saya berikan tugasan saya pada muallimah dalam bentuk yang saya termampu.Sekali lagi...tidak bgtu sempurna.AstaghfiruLLAH.Tapi murobbi tetap terima dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan berkirim salam.Sabarnya muallimah.Ya Allah..




"Kerana tanpa telunjuk indah tarbiyah mereka,sudah pasti tidak akan tersemai nilai cinta daku kepda perjuangan yang sungguh misteri ini" (Marwan Abdullah G6)


"Kerana gaji murah bukan penghlang,Tarbiyah Islam jalan juang,Mengesat air mata ummah dengan generasi rabbani cemerlang!!! Takbir!!Bersama kita doakan!!!" ([Muallim] Bilal bin Jailani G5)


"Kerana mereka m'ajar kita dgn seikhlas hati tanpa mengharap apa2 balasan di dunia,sebaliknya meningatkan blasan di akhirat" (Reza G7)


"Kerana mrk bukan shj cantik dan tampan di wajah,malah indah pada akhlaq dan ilmu.Kecantkan di wajah terletak pd senyuman mereka yg ikhlas berseri dan tak pernah lekang pd waktu gembira mhupun terseksa....(pnjng lgi sbnrnya)" (Danial Md Umar G7)


Rujukan:"Himpunan 50 Suara Hati M'bongkar Rahsia Mengapa Guru2 Al-Amin Begitu Istimewa di HAti Kami",FASA publication sdn. bhd.




~Terasa tenang bila berdekatan dengan para pendidik ilmu. Lebih manis bila suka duka dikongsi bersama dan saling memahami.Itu MUROBBI KITA.Bagaimanakah menghadapi saat perpisahan yang makin mendekat....?~


" BILA UKHUWAH DAH SEBATI,BEGITULAH TERLALU SEDIH NAK BERPISAH......"(sms Murobbi Usrah)

Wassalam~
*peristiwa gundah hati langsung saya lupa untuk bertanya..bukan rezeki.

0 comment: