rss
email
facebook
ikram

Pages

Nov 1, 2008

Sekeping hati

Sekeping hati.

Duhai sekeping hati, aku tahu dahulunya engkau putih bersih suci dari karat-karat dosa. Engkau dahulunya seindah fitrah tanpa noda. Kupantas mengerti, kondisimu kini gara-gara kesilapanku menjagamu. Alangkah indahnya andai kau mudah dibersihkan bak pinggan-pinggan yang kotor di sinki. Hanya sekali lalu dgn berusan sabun dan sekali lalu bilasan air. Namun hakikatnya, kau umpama kuali yg sudah berkarat. Karatnya susah untuk dihilangkan.
Duhai sekeping hati, tabahlah dirimu menghadapi kesedihanku. Tabahlah jua menghadapi ujian yang dititipkan kepadaku. Janganlah bersedih dan berdukacita. Selalu-selalulah engkau membayangiku dgn nikmat dan kasih sayangNya. Agar tidak pernah luntur cintaku dan kasihku kepadaNya. Agar tabah semangatku meniti kaca marcapada ini.
Duhai sekeping hati, perjuangan mujahidin kenang-kenanglah selalu. Supaya kau mampu mengenal awliyyat dalam urusanku. Tugasmu memilih sedang kuhanya pelaku.
Duhai sekeping hati, janganlah engkau melayani masalahku. Kugusar, kau akan terlupa untuk melayani kesulitan saudara seperjuangan yang lain. Utamakanlah yang fakir drpd kuyang mewah ini. Utamakanlah yang dhoif drpd kuyang ditarbiyyah ini. Utamakanlah yg kurang kudrat drpd kuyang afiat ini.
Duhai sekeping hati, pusatkanlah Allah dalam setiap niatku. Kejarlah hanya pujianNya lupakan pandangan manusia. Mereka tidak upaya menafsirmu sedang Allah mampu.
Ingatlah selalu, kau milik Ilahi.
Duhai sekeping hati, ingatlah tangisan ini dikala kau melintaskanku kepada maksiat. Ingatlah, bahawa aku tidak menyanggupi kemurkaanNya.
Duhai sekeping hati, janganlah membayangiku dgn anganan dan harapan kosong. Janganlah mengejari sesuatu yang belum pasti berlaku.
Moga kau selalu-selalu di samping akal dan dijaga iman.

Ikhlas dariku yang menanggung amanah memilikimu.

0 comment: