rss
email
facebook
ikram

Pages

Nov 13, 2008

Mungkinkah Rapuh.


"aku tampar kau guna metacarpals (tpk tangan)".



Aku amati melirik pada tulisan tangan sahabat di buku.Tergelak.Katanya itu tips dr kakaknya untuk senang ingat bhgn2 tulang yang kami belajar dlm subjek Biologi.Aku mengangguk sambil geli hati.Aku selak lagi backwards.Kata buku human punyai 33 small vertebral bones or vertebrae.Apa itu? Inggerisnya vertebral column,melayunya TULANG BELAKANG.Aku baca semula.Kata buku kita manusia punyai 33 small vertebral bones or vertebrae (melayunya apa?itulah,belajar lagi dlm BI).


'buku tak berkata.'
'Oh.'



Dicetak di buku TULANG BELAKANG ini menyokong kepala dan badan,memberi ruang pada nerve cord dan lagi.TULANG BELAKANG dibahagi pada 5 bahagian dan setiapnya ada fungsi tertentu dan terletak di port lain2 pula.Bak kata sahabat,neuron-neuron di kepala mula bercantum memikirkan sesuatu.Takpelah,aku baca lagi.5 itu ada cervical vertebrae anda jumpa di leher,thoracic vertebrae dijumpai di bahagian dada,lumbar vertebrae dijumpa anda di bahagian abdomen,sacrum oleh anda telah terjumpa di bahagian bawah belakang dan coccyx diketemu oleh anda di hujung TULANG BELAKANG.Komposisi masing2 adalah 7,12,5,5,4 respectively.


'?????'
'Rapuh?'

Aku mengulang dalam fikiran 'tulang belakang?'.Memang,fikiran aku tersinggah pada perkataan 'SULBAH'.Bagai aliran datang mengalir bila teringat ungkapan demi ungkapan.SULBAH.SULBAH.SULBAH.SULBAH.cukup.Ingatan itu datang kembali.


"Antum adalah SULBAH di Al-amin."
"Tahu apa dye SULBAH ? Tulang belakang Al-amin.Supporter."

{TULANG BELAKANG kata bukan dia iktiraf diri TULANG BELAKANG.Tapi PENCIPTA jadikan dia sebagai TULANG BELAKANG khidmat pada tuannya.TULANG BELAKANG tak perasan.TULANG BELAKANG tak rasa tulang mulia.}


Hangat mataku.Dulu lain sekarang lain.Benarkah?Tak,aku tak akuinya.Tapi instinct hati rasa tidak sedap.Tak macam dulu.Dah,abaikan coretan yang ini.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Fikiran membentak lagi.
'Strategi SULBAH adalah sangat penting.RasuluLLAH S.A.W jalankan strategi ini sejak pada permulaan awal Islam.SULBAH yang menggerak setiap jalan-jalan da'wah.Mereka yang SULBAH menjadi penyokong utama da'wah dibawa Rasulullah.Menjadi nadi yang melancarkan,menggerak,memaju..menyokong terus dari tumbang.'

[ayat SKEMA bhs Melayu.]
[biarlah.Asalkan menepati syarat.]
'Tapi jika SULBAH yang rapuh bagaimana?'

Hati membentak.Mencari jawapan.Menahan kesakitan.Telahkah diri tewas dengan tujahan interpretasi manusia?InsyaAllah tidak!Ameen..~

Kata bukuTercetak pada buku cervical vertebrae di leher memberi laluan kepada arteri vertebra untuk ke otak.12 thoracic vertebrae pula menyokong ribs (tulang kerangka),lumbar vertebrae pula ada centrum/body yang besar.Kerana apa?kerana ia yang paling byk menempa beban berat badan manusia.



'Setiap 5 bahagian vertebrae saling faham peranan masing2.Sacrum dan coccyx yang berada di penghujung faham akan tugasnya di hujung.Lumbar vertebrae di lower back faham bahawa dia harus tanggung berat beban plg byk.Juga cervical dan thoracic fahami akan dia sedang mereka juga punya tugas .Tiada pula thoracic 'salah faham' pada cervical dan menuduhnya bukan2 seperti pilih kasih dalam memilih vertebral artery yang ingin diberi laluan.Tiada juga lumbar merasa tidak puas hati pada yang lain kerana dia menanggung beban.Yang lain turut tanggung juga.Cuma lumbar adalah paling.Setiapnya saling menyokong lagi faham akan peranan yang diberi PENCIPTA.Mereka dalam satu column,tulang mana tidak 'terkilan' jika yang secolumn berkatatuduh yang tidak benar.Bukan tulang menagih simpati,tapi demi vertebral column terus tegak lurus dan berfungsi.Luarnya nampak lurus,tapi siapa tahu invertebral disc di celah2 sudah haus!Jika masalah berlaku,sacrum dan coccyx lagi tidak tahan.Maka RAPUH.'



'TULANG BELAKANG rapuh,ligaments juga muscles tiada tmpat untuk berpaut kerana jika rapuh,mereka rapuh juga.Sperti jangkitan osteoporosis apabila berat tulang berkurangan maka menjadilah TULANG BELAKANG yang kurang lagi ringan.TIADA KUALITI!'




:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

'SULBAH yang dipilih RasuluLLAH bekerja dalam satu sof,satu barisan,satu kiblat yang sama.Tanpa ada rasa sengketa,tanpa mengGELARan kerana mereka faham.Benar2 FAHAM.FAqih dalam urusan agamanya lagi benar akan setiap bicara seruannya.Tanpa kontroversi apalagi spekulasi.Mereka benar-benar SULBAH berjaya,mumtaz,cemerlang dengan tiada ngomelan-ngomelan.Setiapnya saling menyokong lagi cinta BENAR akan risalah da'wahNya dan RasulNya.'
---itu masalah itu.RAPUH juga kerana terlalu banyak bahan yang tidak diperlukan disangka lazat,tapi hanya menghakis Tulang menjadi porous (berliang kecil).Disangkanya benar,tapi cuma celaru-celaru 'zat galian.Terlalu bnyak bakteria!Sepeti kata saudara penulis blog ini,jangan tersilau!
{Bila ana nampak 'mereka'...ana rasa.Ana rasa mcm...entah,tak seperti dulu.}
{ye2.Ana faham}


AndaPembaca:'Tulang tak berkata.Tulang tak berprasangka.Tulang tak menuduhlah!Tulang mana boleh berfikir.Apalah!'

SayaPenulis:'Ok2.Jadi bukan tulang yang rapuh.
Berbalik sama ada aku yang rapuh?
Atau kau yang rapuh?
Atau kita semua yang rapuh?

p's:itu baru itu.Belum lagi kira dosa perbuatan sendiri.


Let say KAMI HAMBA ALLAH YANG MAMPU BERFIKIR!
air dalam mata jatuh lagi.bukan kerana 'mereka' tapi aku sedar masa makin tua.Agak tulang ingat dia dah dewasa makin matang.Tapi Tulang kian rapuh.

0 comment: