rss
email
facebook
ikram

Pages

Apr 3, 2008

@from HeartS of Us@

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Assalamualaikum...


-1942-

Pada zaman Jepun memerintah,suasana aman-damai bertukar ganti kepada huru-hara.Bantahan penduduk tempatan kedengaran di mana-mana.Riuh-rendah mula menguasai suasana.



"Cis,aku nak halau binatang-binatang ini semua!",kedengaran suara serak-serak basah seorang tua yang bercermin mata.Suasana pagi itu suram,tiada riang gembira,semuanya serius berwajah tegas.Kongres yang diadakan untuk memperjuangkan keamanan dan keadilan itu dihadiri rakyat,daripada orang lama hingga ke generasi baru.Harapan mendapatkan kemerdekaan jelas terpancar di wajah mereka.

Inflasi yang berlaku bukan melemahkan,sebaliknya menanam sifat tega yang membara-bara untuk menghadapi apa jua cabaran.Pejuang-pejuang gagah memainkan peranan,walau gabra dan gagap,semua ditepis demi melawan tentera-tentera yang bilangannya mencapai angka mega.


-era 2000-


"Gol!!!Gol!!!",suasana di padang bola itu yang mulanya suram bertukar riuh dengan jeritan-jeritan kemenangan.Sekumpulan muda-mudi begitu taksub,pantas sahaja bangun,mengangkat tangan ke atas.Kini,hedonistik melanda,indahnya alam mula terasa.Kini,perpaduan diamalkan,korupsi tiada kedengaran.Pemuda itu hanya memerhatikan suasana.Baginya kosong,baginya hambar.


'Di mana perginya?Di mana perginya?',hatinya tertanya-tanya.Dia terus koreksi diri.Suasana bising membingit telinga.Ingatan terhadap sejarah dahulu mula bertandang.



'Ke mana perginya pemuda-pemuda yang mengaku perkasa?Ya,kebanyakannya hanyut,mengejar kebahagiaan hanya berdasarkan nafsu.' Hati kecilnya mendengus.Burung yang terbang di angkasa diperhati,begitu bebas.Air suam di tangan dihabiskan.



Pemuda itu pantas bangun,tidak mahu diri dikuasai keruan yang tidak menentu.Dia segera mengatur langkah.



"BUK!!!".Bahunya terasa sakit.Remaja lelaki berpakaian jenama Adidas itu segera meminta maaf.Dia kelihatan terpinga-pinga dan bergegas.Sakit di bahu masih terasa,seperti dihempap besi.Pemuda itu memerhati kembali remaja lelaki yang berotot besi itu.Mukanya licin,tidak kasap dan bersih.Kasutnya berkilat dan seorang yang tegap.Rambutnya tersisir rapi.


'Kemas sekali.Alangkah bagusnya jika setiap orang juga kemas sepertinya,bukan seperti mereka yang memakai seluar kecil,gaya rambut pula seperti duri landak.Dan alangkah bagusnya jika tenaga mudanya digunakan untuk begegas ke tempat-tempat ilmu....Eh,macam ahli forensik pula!Aku tidak boleh menafsir orang pada zahirnya sahaja,setiap orang bersifat subjektif.Namun,sampai bila hipokrit ini baharu akan berakhir?',bisik hatinya.


Kata-kata seseorang terngiang-ngiang di telinganya.Seseorang yang sudah tegal berhadapan dengan perilaku-perilaku manusia lalai.


"Kita tidak boleh berdiam,bukan statik semata-mata.Kita tidak selamanya kanak-kanak yang minum air ribena,tidak pula selamanya remaja.Sedarlah,hakikatnya dunia itu hanya cagaran bagi umat-umat yang beriman.Pena kebenaran harus segera dihunuskan agar terbangkitnya muda-mudi dari fantasi dunia yang diagung-agungkan'........


Namun,masihkah ada harapan????



contributors:All

~Amatullah Muti'ah~

0 comment: