rss
email
facebook
ikram

Pages

Dec 18, 2008

Sukarnya membalas kBurukan dgn kBaikan




Kes 1
Petang smalam ana pergi ke kedai dgn mengayuh basikal hitam kepunyaan abang ana. Ini semua gara-gara adik ana yang lelaki itu sangat malas untuk pergi kedai. Walaupun rasa sangat keberatan, (yelah kedai agak jauh) namun kugagahi jua. Kebetulan outfit pun longgar, tinggal sarung tudung dan stokin. Okeh. Sudah siap, ana pun berangkat ke kedai untuk beli barang-barang dapur tuh. Memang dapur tu dah kering..kami panggil musim kemarau. Umi abah sedang sangat bz kebelakangan ni, x sempat pergi Giant.
Terus, usai membeli, ana mengayuh pulang. Dalam perjalanan pulang, ana mengayuh turun suatu cerun bukit. Pastu dengan tidak semena-menanya... plastik berisi bawang terkoyak dan habislah semua bawang-bawang tu bertaburan..(aduhai kesiannya diri ini) Sudahla cerun bukit, bergoleklah bawang-bawang tu. Xpe2..sabrun jamil. Sedang ana mengutip bawang-bawang yang di sini di sana, ada mat2 motor yang lalu. Ternampaklah oleh mereka peristiwa yang terjadi. Ana ingat diorang nak lalu je. Tapi, nak dijadikan ceritanya, dua motor mengelilingi ana sambil ketawa terkekeh-kekeh. MasyaAllah! Jahatnya! Getus hati ana.

”haha.. bawang jatuh.. ”

Ikutkan hati rasa nak pandang diorang dgn setajam-tajam pandangan macam dalam cerita-cerita korea dn Jepun. Tp, iman memujuk; diriku, nabi saw lebih teruk dihina kan. Hati terasa dipujuk lantas kubalas dengan senyuman. Tapi mulut membisu, terkunci. Ingatkan nak cakaplah apa2 yang berunsur kalimah thoyyibah tp tak tercakap. Sampai di rumah, ana menjerit. Geram. Fuh ingatkan dah dapat sabar, tp senarnya tak dapat. Bila fikir balik, fuh geramnya. Tp, alhamdulillah. Allah manjaga ana daripada membuat apa-apa perkara yang tidak matang.

Kes 2
Tiba-tiba ana teringat balik time masa bercuti kat pD. Kami bercuti di kondominium khas uniTN yang hanya dihuni oleh staf TNB atau uniTN. Sampai di sana adik ana teruja dengan swimming poolnya yang sangat cantik dan permainan-permainan air dia pun seronokla. Adik ana itu berada di darjah empat dan tingkatan_. And, for the record, perempuan. So.. perempuan..kolam renang..di tempat awam.. amat tidak cocok dong. Tp oleh kerana dia org teruja sgt dgn swimming pool tu, umi pun kasi. Tp, diorg xleh pakai swimming cap, mesti pakai tudung. So, time petang, kami turun ke bawah. Time adik-adik ana tengah seronok bermain air..tiba-tiba water-safety guard tu tunjuk ke arah diorang. Dgn muka yang garang dan bengis, dia menjerit,

”naik sekarang!”

Geramnya tengok abang tu buat macam tu kat adik-adik ana. Fuh geram!

”kenapa bang?” ana ty.

”adik, nak mandi di kolam renang ni, pakailah swimming cap, tak boleh pakai tudung macam tu, nanti terbelit dalam air nanti kan susah. Baju pun kenapa besar sangat? Mari sini abang bawa ke pejabat kami. Kami ada pakaian dn swimming cap yang kamu boleh guna.”

Sebenarnya di buku residential yang disediakan dalam apartment kami pun ada tertulis safety regulations yang digariskan untuk memasuki swimming pool. Tp, umi kata;

” alah, orang lain banyak je yang langgar. Masuk je kalau nak. Abah you all tu dekan, xpe.”

Time tu pun, memang ramai yang x ikut regulation yang digariskan. Ingatkan safety guard x particular menda-menda ni. Tak sangka tiba-tiba kami yang dilayan begitu particular. Ana diam membisu. Tak tahu nak buat apa. Nak berceramah pun xde modal. Ana pun hantar sms pd ummi mceritakn apa yg berlaku. Umi tak balas. Adik-adik ana pun keluar dari kolam renang. Ana terasa jugak malu sebab banyak pasang-pasang mata yang memandang. Yelah. Tiba-tiba je safety guard dari tempat duduknya yg tinggi menjerit. Time tu ana rasa nak tarik-tarik je rambut safety guard tuh. Kami ikut ke pejabat. Tak cukup dgn layanan di kolam renang yang agak bengis, di pejabat, kami disuruh tunggu di luar. Ana pun menemani adik-adik ana berdiri tercegat di luar selama.. setengah jam! Fuh! Geram sekali. Kalau bukan kerana tarbiyyah Allah, pasti ana melenting dan menyuruh abah membuat aduan. Time terima baju yang merka sediakan tu..ana x approve. Bajunya putih dan fabriknya nips dan lengannya pendek.

“bang, xpelah bang. Terima kasih ye sebab tolong mintakan baju ni di pejabat. Tp, minta maaf. Saya tak berkenan dengan baju ni. Baju ni putih, jika dipakai pasti tertampak apa yang ada di dalam. Tambah lagi lengannya pendek. Kan tak sempurna tutup auratnya. Walaupun swimming cap ada, tp baju ni bila terkena basah sangat tak membantu untuk menutup kulit badan. Maryam, Asiah, korang xyah main air eh. Lebih baik adik-adik ana ni selamat dari bahaya fitnah dan api neraka Allah daripada bahaya air kolam renang.” Puas dengan apa yang diungkapkan ana membalas dengan senyuman
“terima kasih ye bang”

Abang safety guard tu mengangkat kening. Ana berlalu meninggalkan abang tu. Sampai di bilik..

”ummi...!”

Sebenarnya, sangat susah untuk mensikapi kejahatan orang pada kita dengan kebaikan dan budi bahasa islami. Hanya Allah yang memberikan kekuatan. Tapi, ana selalu ingatkan diri, kita selalu bercakap-cakap tentang kesatuan, dan permasalahan umat islam dan suara-suara mereng dalam dakwah.. takkan sikap semudah ini pun tidak mampu dipupuk. Moga, Allah terus memberi kekuatan dan hidayahnya supaya kita mampu menyirami api dengan air.. membalas kejahatan dengan kebaikan.. memberi hadiah sekuntum senyuman pada orang yang berlaku bengis pada kita. insyaAllah..

0 comment: