rss
email
facebook
ikram

Pages

Jan 17, 2010

Jom Jadi Cantik!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



AlhamduliLLAH..program 'Pretty Girls' berjalan dengan baik sekali walaupun ada sedikit 'ribut' ketika sesi kedatangan dan perbincangan akhir sebelum explorace. Tapi,dengan limpah rahmat Allah , Dia Membantu kami harungi dan membuahkan pelbagai ilham.AlhamduliLLAH dan segala pujian hanya bagiNya. Cukuplah Dia Yang Maha Menolong membantu kita semua~:)



Walaupun tidak mengetahui berapa jumlah sebenar pesertanya,tapi saya kira-kira mungkin dalam 50 lebih. Atau mungkin jua lebih dari itu. Kebanyakan pesertanya daripada sekolah Al-Amin Bangi,tetapi ada juga datang dari sekolah lain dan sudi mengikuti program 'Pretty Girls'.Hamdalah~..Kami sekadar bantu-membantu apa yang boleh dan dikehendaki merancang beberapa aktiviti.Paginya diisi dengan slot 'Libasuttaqwa' (Pakaian Taqwa) oleh TKU 09/10 Al-Amin Bangi. Ketika mengikuti perjalanan program,terutamanya ketika slot 'Grooming' oleh Makcik Yani, saya teringat pada satu episod Halaqah bertajuk 'Mengubah Ciptaan Allah'. Rancangan tersebut ketika kami masih sedang dalam mode SPM. Kata kawan saya yang mengajak saya menonton ketika itu:



"Malam ni ada Halaqah,tajuk 'Mengubah Ciptaan Allah'. Sambil2 tu,revise PSI sekali..:).." (insyaAllah)





Saya tersenyum membaca mesejnya. Yang indahnya, 3 penceramah yang menjadi ahli panel dalam forum tersebut adalah berlainan bangsa.Sungguh,saya lihat keindahan Islam di situ.



Seiring dengan mesej yang dibawa dalam program Pretty Girls,Halaqah tersebut turut membawa mesej yang sama dalam gaya penerangan yang berbeza. Islam tidak pernah menghalang kecantikan untuk wanita malah setiap orang dituntut untuk tampil kemas dan menyenangkan. Hanya kecantikan itu ada batasnya agar kecantikan tak menjadi sesuatu yang memBAHAYAkan pada tuannya. Setiap orang pun suka yang cantik dan ingin menjadi cantik.Allah juga Cantik dan suka akan kecantikan. Tetapi,itulah..lebih ramai orang yang mengejar kecantikan yang salah yang rupa-rupanya suatu kehodohan.




"Jika kecantikan luaran adalah segala-galanya,mengapa Ann Nicole Smith,Marilyn Monroe membunuh diri?" - tanya Ustaz (Dr) Danial Zainal Abidin dalam episod Halaqah bertarikh 22 November 2009.


Allah Maha Penyayang sangat menyayangi hamba-hambaNya dan sangat mengenali setiap seorang dari hambaNya tanpa satu pun tertinggal. Maha Suci Allah yang Menguasai segala yang di langit dan di bumi! Maka,dalam memelihara kecantikan wanita yang suci lagi mulus dan tulus,Islam menggariskan beberapa perkara yang wajib dipatuhi para Muslimah. Menutup aurat dalam berpakaian,tidak tabarruj (hias berlebih-lebihan), serta sederhana dalam memakai wangi-wangian.Namun yang paling penting, bak kata Makcik Yani:




" InsyaAllah, kalau dalam kita baik,serinya akan terpancar dari luar." - Makcik Yani.


Oh..lagi satu,teringat pulak.



"Ada orang yang cantik tapi tak manis langsung.Ada orang yang biasa-biasa atau kurang cantik,tapi bila kita tengok rupanya..manis. InsyaAllah,bila hati kita baik,kita akan nampak manis..." - Tuan Dr. Fadzilah Kamsah.





Peri pentingnya di sini,kita bukan ingin menjadi cantik untuk dipandang manusia.Tapi jadi cantik supaya Allah suka melihat kita ^_^. Akhlak dan penampilan kedua2nya penting,harus bergandinganbahu baru menjadi. Kalau tercicir salah satu,cantik kita tak sempurna~Nak cantik akhlak,banyaklah kilatkan hati dan jauhi sifat2 yang hodoh-hodoh. Nak cantik penampilan,patuhi hukumNya dan jauhi laranganNya. Biar cantik kita adalah cantik yang tetap dalam syariatNya..Mahu terangkan satu-persatu caranya,hehe..saya juga masih dalam proses belajar.Tapi,saya sekadar selitkan di sini gambar 'brochure' Pretty Girls yang dihasilkan seorang rakan. AlhamduliLLAH,moga Allah melimpahkan kebaikan buat dia~


                 


 

 

 
 



Beberapa tahun lalu,saya ada terbaca tulisan Faisal Tehrani dalam buku bertajuk Kekasih Sam Po Bo. Di pengakhiran sebuah kisah,tercatat begini:



"Kalau Allah dah suka melihat kamu,lalu apa lagi yang kamu harapkan dari manusia?"



Maka benarlah,cantik itu apa yang ALLAH anggap cantik!
Jadilah cantik hanya untuk Dia,Yang Maha Sempurna.

~Jom jadi cantik untuk ALLAH!~




Bersama perbaiki mana yang kurang.
Wassalam.

0 comment: