rss
email
facebook
ikram

Pages

Jun 26, 2008

Cinta itu ibarat menunggu bas


Assalamualaikum w.r.t,

Wah!,macam2 perumpamaan dan analogi dah sekarang manusia keluarkan bagi membuatkan orang faham tentang soal cinta yang sememangnya luas dan kompleks ini. Cuba baca entry dibawah:

“Ada orang kata cinta sebenarnya sama seperti kita menunggu bas. Apabila bas itu datang, kita tengok bas itu dan kita kata pada diri sendiri, “Penuhnya…tidak ada tempat duduk.”

Jadi, kita katakan pada diri kita, “Saya akan tunggu bas yang lain.” kita biarkan bas itu berlalu dan kita tunggu pula bas yang lain.

Kemudian, datang pula bas yang kedua.Kita tengok bas itu dan kita akan cakap, “Eee… bas ini buruk sangat, tentu tidak selesa. Dan mungkin bas ini akan rosak di tengah jalan.”

Jadi, kita pun biarkan bas buruk itu berlalu dan kita bercadang hendak tunggu bas yang seterusnya. Selepas beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tidak penuh dan tidak seburuk bas yang tadi tetapi kali ni kita kata, “Emmm…. Tidak adaair-cond… cuaca pula panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi kita biarkan bas itu berlalu dan kita bercadang hendak menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yang kita sebenarnya sudah terlambat.

Kita mula panik dan terus naik bas yang datang pada masa itu walaupun bas itu tidak begitu sempurna. Dan kemudian barulah kita sedar yang kita sudah naik bas yang salah.

Jadi, selama ini kita sudah membazir banyak masa dan wang bagi menunggu apa yang kita mahu. Walaupun yang datang itu adalah bas yang beraircond, adakah kita dapat pastikan yang bas itu tidak akan rosak di tengah jalan ataupun mungkin bas itu tidak terlalu sejuk untuk kita?

Jadi, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yang kita idamkan itu memang tidak salah. Tetapi, tidak salah juga jika kita sanggup memberi satu peluang kepada orang lain, bukan?

Sekiranya kita dapati ‘bas’ itu tidak sesuai dengan kita, apa yang perlu kita lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

Tetapi… saya pasti kita semua tentu ada pengalaman begini. kita nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang kita nanti-nantikan), kita tahan bas itu tetapi pemandu bas itu pula buat tidak faham dan pura-pura buat tidak nampak kita dan terus berlalu tinggalkan kita!

Bagi saya, apabila ada bas seperti itu melintasi saya, apa yang saya lakukan adalah BERJALAN.

Bodoh sebenarnya hendak mengejar bas itu kerana setiap kali kita mengejarnya, kita akan terjatuh dan menyakiti diri sendiri.

Jadi,bercinta umpama menunggu bas, sama ada anda hendak naik dan beri peluang pada bas itu ataupun tidak… semuanya terpulang pada diri anda. Dan apabila anda berjalan, anda sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta.”

Saya tidak mahu mengomel panjang, kerana setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. Saya sendiri setuju pada setengah perumpamaan di atas, dan ada juga yang saya tidak setuju. terpulang kepada pembaca untuk menilai.

Untuk mereka yang sedang ‘pening’ dalam memilih jodoh, hakikatnya tidak perlu pening pun, cuma perlu usaha,doa dan tawakkal. dalam berusaha, mungkin boleh direlatekan supaya tidak terlampau melulu dan tidak terlampau memilih. Wallahualam. Sekadar berkongsi.

*perhatian*kisah ini telah dicopy and dipaste...:):):)

Salam dari The Caliph

1 comment:

Maryam said...

perumpamaan tunggu tarikh jodoh tiba umpama tunggu tarikh kematian. kenapa? dah memang tercatat dalam jalan hidup kita bila... angka giliran sudah ada, tak perlu berebut. serahkan pada Allah, hati jadi tenang. tapi diri sendiri mesti diperbaiki juga! itu caranya mahu dapat yang terbaik..