rss
email
facebook
ikram

Pages

Jun 10, 2008

Wahai uMMaH.....!DengarkanLah!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum WarahmatuLLAHI Wabarakatuh



Deruan soalan seringkali terungkai.Bicara bisu manusia sering melata ke setiap penjuru.Lantas ku hafazkan hati seorang Iman dari dikotori agenda jahiliyyah walau secalit.Namun persoalan yang tertimbul terus meronda-ronda di benak fikiran.Apakah 'MEREKA' tak suka untuk menjalankan perintah Allah ;


وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran :104)



Mengapa mereka lebih selesa menjadi malaikat yang diam hanya melihat kejahilan berkata-kata?Wahai RiJaL Allah,aku mengingatkan kalian bahawa Rasul berpesan : "Katakanlah yang benar sekalipun ia pahit". Kalian telah diberi pendedahan dan iNpuT yang meluas.Kini tiba masanya berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama yang masih jahil.JANGANlah kalian menjadi terlalu kedekut untuk membuka kata.....





Barangkali kalian kecut akan tanggapan serong yang bakal diterima.Wahai RiJaL Allah,aku mengingatkan kalian ke manakah keredhaan manusia akan membawa kita pergi?ke Syurga?!!




Teringat aku akan qaul seorang rafiq: ILMU IBARAT TENAGA,IA TIDAK BOLEH PUPUS TAPI PERLU DIALIRKAN..Wahai RiJaL Allah...isi yang kalian terima perlu dikongsi dengan semua..itulah FiTraH orang yang berilmu Akhir kalam,janganlah terlalu obSeS dgn gejala "don't cop people" hingga amanat menyampaikan ayat Allah tergendala.Sesungguhnya,percayalah antum mampu untuk membentuk pemikiran mereka melalui qaul di samping lissanul hal yang konsisten.




كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). ....(Ali Imran:110)


10 jari seorang Iman disusun memohon seribu kemaafan andai terguris ego dan perasaan.Namun,hati seorang Iman sangat sebak~bila melewati perkuburan SYUHADA' sedang pengorbanan dan ikhtiar mendaulahkan Islam tidaklah seberapa....Namun,hati seorang Iman sangat pilu bila menziarahi Maqam Baginda S.A.W & dua khalifah terulung (Abu Bakar dan Umar) sedang amanat dakwah yang diwarisi tidak sempurna.



Apakah roh seorang iman layak menerima syafaat darinya (S.A.W)?...Wallahu'alam wa la na'lam...


"Adakah kau lupa...kita pernah BERJAYA???".....

~Ikhlas hatiku~
futthatun iman...

2 comment:

The CaliphS said...

ya ukhti,shodiqi,ana memahami mesejnya bahkan persoalan yg bermain juga pernah menyinggah ruang fikiran hamba ini. Ukhti, jgn biarkan nafsu mengawal diri ttp biarkan anti yg mengawal nafsu jika tidak buruk padah. Ya ukhti, Imam...(jejaki imam tersebut) pernah mengatakan bhw benda yg plg tajam ialah lisan & kalam. Wahai ummah, sesungguhnya stp manusia dikurniakan aqal la budda, pendapat pasti bercanggah.
Ana amat tertarik dgn kata2 ini,

"Jika aku dicela kurang,maka itu pengakuan bhw aku sempurna"

Tlh ku katakan, stp manusia mempunyai aqal maka di kesempatan ini, gunakan ia utk memikirkan ta'rif sebenar kata2 tersebut.

mohad said...

salam... apa khabar...