rss
email
facebook
ikram

Pages

Feb 5, 2009

Yang Tercatat II

(gambar hiasan)



dari sedutan lepas--


"5 tahun lepas?..maksud Raihanah?". Saya menyoal lagi bertambah pelik.Tapi cukup utk menjelaskan rahsia di sebalik sampulnya yang putih kekuningan itu.

"Kak...surat ni dye yang tulis.Betul dia yang tulis.Tapi 5 tahun lepas...".
"Ok.Jadi kenapa dgn surat ni?". Saya makin cuba utk faham.


Raihanah diam membungkam.Sesekali dia tunduk,mengumpulkan kekuatan untuk menutur kata barangkali.Saya masukkan kembali barang kaca ke dalam sampul,cuma suratnya saya masih perhati.Mngamati tulisan.Dia kembali mengangkat muka.Saya betulkan posisi diselesa.




"Entahlah kak.Akak sbg briged-double A (AA) takde dengar cerita apa-apa pasal Ubaidah?"

"Erh..ada jugak.". huh?OK,saya dah dapat tangkap!

"Sebetulnya,Rai pon ada jugak dgr cerita pasal dye baru-baru ni."

"Cerita apa yang nti dgr?". Saya tanya utk pasti.

"Takpe...tak penting. Cumanya ana sedih...sbnrnye ana tahu,dia ok.Cuma..". Raihanah ambil nafas sekali dua.Raut dye agak berubah.


"cuma....isy,entahlah kak!".

"MasyaAllah Raihanah...takpe,tenangkan diri Rai dulu.Kmudian baru Rai bgtau pada akak,apa sebenarnye yang Rai nak cerita pada akak."

"...akak sungguh tak kisah utk tahu?". Saya mengangguk pantas.
Terdengar Raihanah menghembus nafas.

"First sekali..akak jgn igt pulak yang..yang ana suka kat Ubaidah tu eh..isy,tidak!tak..! Cuma baru-baru ni,ana rasa sedih pasal dia.Akak tahu kan...berita yang tersebar baru-baru ni..tapi rasanya tak ramai pon yang tahu sebab tak tersebar kat sekolah,...err,semua ahli briged-double A dah tau ke kak?".

"Emm,rasanya tak semua yang tahu.Tapi tak tahulah,mereka tu diam-diam ubi berisi.Wallahu'alam.Akak rasa macam tu lah."

"oo..cumanya apa yang Rai nak bgtau pada akak...Ana pelik sangat..kenapa blh dye jadi macam tu?Pengaruh kawan-kawan ke atau sebab-sebab yang lain...?Kalau akak nak tahu,dulu Ubaidah boleh kata baik dye lagi dari ana.."

"Ha?maksud nti?"

"Dulu....ana lagi nakal lah dr dia..lagi teruk.Dia baik je..".Saya tersenyum..perubahan manusia mmg x boleh dijangka.

"Ooo..masa 5 tahun lepas ni ke?Padanlah..dia siap bgi lagi surat nasihat ni "

"Haah..utk menguatkan lagi,cuba akak tgk bhgian bawah surat tu."


Saya lekas melihat di sudut bawah surat.Oh,ada lagi rupanya!Serasanya macam mana boleh terlepas ni? "kalau boleh..nti tolong bagi sedikit nasihat pada ana." Hah,kata kunci!



"Waktu dulu time ana baca ayat tu...ana punyalah terfikir-fikir apa benda nak cakap.Sbb masa tu ana fikir dia baik sangat..nak nasihat apa pon takde modal.Last-last ana senyap jer lah.."

"Kiranya lepas dapat surat ni..Rai tak respon apa-apa lah?"

"Haah...mungkin Rai juga terlebih-lebih..bila dpat surat tu,Rai x balas,satu...lagi Rai dah kurang layan adik die yang kecik tu..kan dia ada kata terima kasih sebab jaga adik dia. Rai taknak lah pulak dia salah faham...buat dia perasan ke apa. So,terus Rai tak luang masa sangat dgn adik dia.Kesian adik dia.Rai pon tak fikir matang time tu..Minda kekanak kak..".


Saya tergelak kecil.Rupanya di sebalik yang terzahir,ada kisah yang tersembunyi.Di sebalik diri sseorang ada cerita tersendiri.Sungguh,manusia tidak mengetahui apa yang akan diperbuatnya pada esok hari.Bukankah Allah yang memegang hati hamba-hambaNya?


"Cuma tu jelah.Bila dengar pasal masalah dia 'couple' tu..ana rasa macam nak tunjuk kan balik surat ni pada dia.Nak dia baca balik apa yang pernah dia tulis,apa yang dia nasihat pada ana.Biar dia dapat refresh balik hikmah yang dia pernah dapat masa dulu..Mana tahu dia akan berubah ke.Entahlah,sedih...sedih bila ingatkan dulu diri dia ok,sekarang..."

"Rai...nti x perlu fikir sangat pasal hal ni.Perubahan dia,bukan nti yang tentukan."

".... .".
Nada Raihanah kian mendatar,tapi emosi dia sentiasa stabil.InsyaAllah,iman dia kuat!

"Rai...orang yang beriman ni ibarat suatu pokok,yang mana ada kalanya dia akan tegak..Kemudian,bila angin datang,dia akan bengkok lepas tu tegak semula.Macam tu jugak seorang Mu'min takkan pernah terlepas dari buat dosa.Setiap orang pun ada masa iman dia menurun dan bertambah.Tapi...TAPI,bezanya orang yang beriman ni bila dia sedar dia salah,buat dosa ke apa...dia akan lekas-lekas kembali pada Allah.Itu bezanya.Akar pokok tadi akan tetap mecengkam bumi,berpaut pada asalnya.Seorang Mu'min pun macam tu..asal dia berpegang teguh pada penciptaNya dengan benar-benar iman,insyaAllah..dia akan sedar."

Raihanah mengangguk,sinar harapan mula pancar.


"ada satu lagi ana nak bgtau ..pasal perkara yang terjadi lepas ana x respon surat tu.". Saya mengangkat kening.Ada lagi?

"Bila dah lama-lama kan kak...ada satu hari tu,dia.." .Cakap terhenti,ada gangguan di tekak.Raihanah batuk 3 kali.Bicara terus sambung.
"ada satu hari tu dia tunjuk tak puas hati pada ana...entahlah,ana pon x pasti.Tapi berdasarkan apa yang ana nampak macam tu lah.Adik dia bila jumpa ana,jeling . Masa tu..rasa bersalah pon ada jugak.Takut-takut dia berubah sebab ana tak respon...ibaratnya seperti ana tak menghargai dan hatinya remuk patah terbelah..".

"Bukan Raihanah...tindakan nti tu dah betul.Apa yang boleh nti buat masa tu?Andaikata Rai balas surat tu berisikan nasihat,sebenarnya bahaya jugak.Lebih-lebih lagi dalam keadaan dia ada hati pada anti.Walaupun intinya bagus,nak nasihat orang..tapi takut lama-lama akan jadi benda lain.Kita tak tahu kan?Syaitan bila-bila pon boleh hasut secara halus.Umur anti masa tu pun masih tak matang.Matlamat bagus tak semestinya cara betul.SIDDIQ lebih penting dari ikhlas,akak pernah bgtau kan?"

"Sekarang ni...bukan keutamaan Rai untuk terlalu fikirkan tentang dia.Silap-silap akan menjejaskan iman dan hati anti.Ada perkara lebih aula untuk anti fikirkan,sibukkan dengan perkara tu semua.Maksud akak,yelah...kita pun tak boleh nak buat apa kan?Ada pihak yang lebih berkelayakan untuk nasihat dia..contoh Naqib,Mentor,kawan-kawan dia,abang-abang senior...Kita sekdar sumbang apa yang termampu,sumbang saranan mungkin."

"InsyaAllah kak...harap-harapnya yang berkelayakan tu buatla sesuatu..bimbing dia.Bukan setakat tahu tapi kurang gerak.Setidak-tidaknya ada usaha,tak semestinya semua kena talk dengan dia..ada yang di sebalik tabir,ada yang tukang rencana idea,..kena berstrategi kan kak?"

Setuju saya pantul.

"Nama pun Ubaidah..Cantik nama tu.Sangat bagus kalau dia dapat mencontohi seperti Abu Ubaidah al-Jarrah..salah satu ciri pemuda yang khalifah Umar Al-Khattab harapkan.Yang namanya bermaksud amanah,harap mampu jadi orang yang betul-betul amanah.Jujur...jadi orang yang jujur.Terpuji....jadilah orang yang banyak memuji Allah." Raihanah luah.

"Tapi..peri pentingnya,terpulang kepada diri mereka sendiri.Kalau orang tu sehebat mana dia nasihat..tapi mereka yang masih tetap tak nak,..tak jadi jugak.Kita dah pun nasihat dan tegur dia,dah cuba buat apa yang termampu.InsyaAllah..banykkan doa.Mereka bukannya apa,..kita consider sahaja yang mereka pun manusia biasa,kadang2 tergelincir,macam kita lah kan.Cuma ada suatu-suatu saat,iman mereka menjunam,kita yang kena tolong naikkan balik graf tu.Ibaratnya kita di atas gunung menghulurkan tali untuk mereka daki kembali.Hulur tali untuk tarik mereka,bukan kita jatuh ke bawah sama." (AstaghfiruLLAH...peranan saya?)
"Mereka semua baik-baik je.Memang setiap manusia tu asalnya fitrah kan?Sebab apa perubahan tu..?"
"Keliru!" . Jawab Raihanah spontaneously.
"tambhan lagi dengan pergolakan jiwa.Keliru jalan/cara mana yang betul.Iman kata macam ni.Nafsu kata macam tu.Kawan-kawan pulak...kata macam na.Guru kata lain.Selalunya siapa yang menang?tngok mana satu yang kuat...Syaitan smestinyalah 'tolong' nafsu.Hati..em,kalau bersih tolong si putih,kalau tak..magnet ke arah si hitam lebih kuat.Kawan-kawan pun samalah macam tu.Mgkin itu jugak saidina Ali kata "Kebaikan yang tidak terancang ditewaskan oleh kebatilan yang terancang." Rai faham?"
*selingan~Lesson no 2 : Plan?Bukan masa untuk tambah cuti~selingan*
"Faham kak.InsyaAllah.Betul,,rasanya Rai x perlu sibuk2kan minda ni pasal dia kan?Tak berhak rasanya.Ada org yg sepatutnya lebih sepatutnya utk ditempatkan dalam kepala ni.Ukhti-ukhti kita...adik usrah Rai sendiri.Aduh...perjalanan sgt panjang!AstaghfiruLLAH..tiada masa cuti berlibur.Rehat yang sesuai mungkin,...takpe,cuti di 'sana' pasti indah sangat."
"yeh,akak pun mudah sakit kepala kalau fikir lebih2 ttg b****!.Serahkan pada yang selayaknya.Buat apa yang termampu."
Saya dan Raihanah berhenti setakat itu.Perbualan seterusnya tidak setuju untuk papar.

:::Sedar mereka perlukan anda.Bukan sebagai sekadar teman to
get along with
,tapi teman to be guided! :::

[makluman: Post ini adalah 1/2 ori + 1/2 rekaan dari si penulis.Maaf jika ada keSyAk WaSAnGkAan,nama watak hanya rekaan,tidak mensasar kepada mana-mana individu.Jalan cerita juga separa ORI,separa PALSU.Ambil mana manfaat.Mohon diperbetul andai tersalah.END.]

jom baca : http://yangterpilih.blogspot.com/

1 comment:

The CaliphS said...

Alhamdulilah.tahniah kpd penulis. Moga ada yg m'dpt ibrahnya.dan ada pula yg terase pedasnya.
"Dan jika syaitan datang menggodamu,maka berlindunglah kpd Allah.Sungguh,Dia Maha Mendengar,Maha Mengetahui.Sesungguhnya org2 yg bertaqwa apabila mereka di bayang-bayangi fikiran jahat(berbuat dosa) dari syaitan,mereka pun segera ingat kpd Allah,maka ketika itu juga mereka melihat(kesalahan2nya)[Al-a'raf:200-201]...
Moga kte sentiasa dalam hidayah dan rahmatNya..Rajin2lah berdoa; "Rabbana la tuzigh quluubana ba'da iz hadaytana wahablana min ladunka rahmah.innaka anta al-wahhab." dan "Ya Muqallibal Quluub!Tsabbit quluubana 'ala diinik" x susah ingat..pendek je..tp kesannya panjang,InsyaAllah..Wallahua'lam.