rss
email
facebook
ikram

Pages

Feb 12, 2009

Valentino Coyotito...?



Nasib hari ni bukan giliran rumah sukan utk latih,maka kaki menghayun lebih awal tiba di rumah.Lain dudukan tangan kali ini,buku juga...tapi tambahan sejambak 'bunga' merah.Abi lantas tanya "Oh..dapat bunga coklat dari sapa ni?"

Ooops,mu'jam sebentar; Bunga coklat=10 biji coklat kecil yang didecorate khas dalam sampul merah membentuk seolah seperti sejambak bunga.Aiwah!

"Dari *****...",sahaja berseloroh gurau bermain,saya jawab Abi.
"Eh..ni sbb hri Valentine ke?".

Hah?hari ni hari apa?Memang terlupa akan saya pada hari sabtu ni yang dimaksudkan.Apa class itu hari?

"la...budak2 sekolah jual mmg sbb hari tu tapi beli sajela nak coklat,bukan niat
pasal itu ...".


Ummi pecah rahsia,tak menjadi seloroh gurau bermain saya.~Agenda terus urus diri,maju suratkhabar dicapai.Ikut hati ingin selak helaian separa belakang,tapi saya belek aja helaian depan walau tidak begitu berkenan untuk tahu,apa salah tambah sahaja isu semasa!Sampai di helaian tengah,mata saya tumpu gambar merah!Merah lagi!Saya tidak pernah lihat..ASTAGHFIRULLAH!

"SAMBUTAN HARI KEKASIH CEMAR BUDAYA ISLAM"

Tersusun rapi red pillows di hadapan kedai sambil dperhati seorang pak Arab bertutup kepala.Tiap pillows ada berbentuk hati,rectangle dan square.Tiap pillows ada kecil,panjang,besar,lebar dan apa lagi?Tiap pillows terjahit huruf+huruf=perkataan Arab yang saya pasti sekali bermesejkan Al-Hubbu.Bukan kali pertama saya melihat fenomena ini.Anda juga bukan kali pertama.Tiap tahun,cereka sama berulang.Tiap hari juga ada tangisan-tangisan bayi yang mungkin entah datangnya dari arah mana-mana.Apa manusiaMUSLIM tak reti mengambil pelajaran,tak tahu?tak sedar?NA'UDZUBILLAH! ~

Hati.Hati memang inginkan seorang teman disisi yang melindungi,pengghibur hati,pemberi semangat dikala lemah dan apa jua peranan yang membahagiakan.Islam tidak mengetepikan soal itu apatah lagi menghapuskannya langsung dengan menghalang pergaulan bebas.Tapi,Islam telah menetapkan guide yang terbaik buat manusia.Kerana apa?kerana ISlam itu sahaja lah yang sesuai dengan fitrah manusia,memahami akan tabiat manusia.Apsal pulak?sebab Islam itu agama ALLAH...Pencipta manusia sendiri.Analogi mudah begini,bayangkan rakan anda merupakan seorang pembuat kereta,dan dengan murah hati menghadiahkan anda satu..tiba-tiba suatu hari kereta anda rosak.Rasanya siapakah manusia pertama yang anda akan jumpa,rujuk dan bertanya "Macam mana nih?". Tentu rakan anda yang telah membuat kereta tersebut.

Sama seperti manusia,yang menciptakannya lebih tahu akan limit nafsu manusia,tahap mana dia macam ni...tahap mana dia macam tu.Anda mana tahu,jika ya...masakan terjadi cereka2 seperti di atas??So,jangan sombong!.Hati memang perlu sentiasa dijaga.Lebih-lebih bila dah terpaut.Islam menyediakan jalan yang halal iaitu dengan bernikah. Budaya Valentine jauh sangat jauh dari budaya Islam dan garis panduan fitrah manusia.Dating,berpegangan tangan apatah lagi berkasih sayang sedang belum diikat dengan ikatan yang sah. Ada pulak pihak yang berkata;

" ala...kitorang biasa je.Takdenya sampai nak berzina ke.Kitorang thulah
dosa besar dan nnti byk masalah timbul bila dah berlaku.Biasa-biasa
je...Standard ah!"

Woh,sungguh saya tak suka mendengar perkataan 'standard'. Apalah nilainya sebuah ke'StandarD'an?Sekali lagi diulang,Jangan Sombong!Cuba beritahu syaitan tgh duduk kat mana sekarang ni.Sebelah?depan?belkang?atas?....bila-bila masa dia boleh suntik racun kemaksiatan jika anda tiada benteng.Apatah Valentine itu benar-benar budaya pihak Barat.Ya,yang awal tahun ini anda digemparkan dengan isu Palestin dibombardir Israel dengan sokongan Barat (AS dan sekutu,pihak kuffar).Itulah Barat yang sama yang memperkenal anda dengan Valentine.Anda sangat membenci mereka dan semangat sekali menderma,memBoikot barangan...tapi anda ikut juga budaya mereka bersentuh tangan,berdating bersama dan berkaraoke.Tidakkah ia adalah suatu yang sangat kontradiksi?

Tidak perlu saya mengulas lebih lanjut sejarah Valentine.Pihak2 media dan suratkhabar selalu memaparkan maklumat yang berkaitan.Jika benar mahu usaha,maka pasti akan dicari.Lebih lagi.jika ditulis,akan menjadi suatu keLalIan dan "emph..dah biasa dengar."
Yakinlah,wanita2 dan lelaki2 yang sedang membaca ini,Allah sudah menetapkan yang terbaik untuk anda! Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat.
Tidak perlu Valentine.Tidak perlu bersentuh tangan kerana mereka yang menjaga kerana Allah,Allah telah menjadikan hati mereka bersentuhan tetapi tetap dalam keadaan yang dipeliharaNya sehingga saat ikatan diakadkan.



Anda BIJAK,Jauhi Zina!



Wallahu'alam.Mohon dipercorrect anda terfalse!

0 comment: