rss
email
facebook
ikram

Pages

Feb 16, 2009

Kaca mataku

Kaca mataku

Sungguh. Pagi itu mataku sangat berkaca.. gusar akan adik-adik. MasyaAllah. Ingin amat ana berkongsi sudut pandangku, perasaanku, gelora jiwaku terhadap mereka. Ingatlah wahai pendukung agama Allah yang menyahut perintah ta’murunabil ma’ruuf wa tanhaunal ‘anil munkar.. dalam dunia dakwah dan tarbiyyah, kita ini tiada istimewa.. hanyalah setaraf, sebaris, sekasut dengan manusia-manusia yang alpa itu. Lihatlah gelas yang berisi air. Jika dituang sesudu cat merah, terhasillah merah. Jika biru, birulah. Jika hijau, hijaulah. Perumpamaannya seperti kita yang dilahirkan dengan dihadiahkan seorang ibu.. seorang ayah. Tidak cukup dengan itu, kita juga menerima sebulat kasih sayang daripada Allah melalui perantaraan kemantapan fikrah ibu dan ayah, akal yang sihat, persikataran psikologi yang meransang pertumbuhan fikrah yang sempurna. Corak tarbiyah yang indah. Didikan Islami yang cantik. Maka, terhasillah corak yang tenang dan begitu mempersonakan. Bukan pinta mereka dilahirkan tanpa tuah yang kita terima. Sedang semuanya milik Allah.. sila-silalah berkongsi. Berkongsi dengan mereka kefahaman yang kita miliki. Jangan mudah terpesona dengan pesona fikrah yang dihadiahkan Allah. Jangan sesekali membeza-bezakan kemuliaan antara kita. Anda belum cukup baik. Di saat anda merasakan anda sempurna baik, di saat itulah anda sempurna zalim. Anda belum cukup ilmu. Di saat anda merasakan cukup ilmu, di saat itulah anda jahil.

Sudut pandangku terhadap mereka. Ternyata jelas tidak pernah menyalahkan mereka. Kepercayaan ini yang kubina untuk terus tabah memegang halaqah mereka. Sungguh. Ana lebih jengkel dengan manusia yang cukup equation untuk meransang stimuli iman agar jelas dengan matlamat insani daripada manusia yang tersangkut dalam pintalan maksiat kerana hidupnya sendiri tidak kemas dipandu oleh keluarga atau selainnya. Selogiknya, error ini dapat dimaafkan. Oleh itu, kitalah pihak berwajib untuk troubleshoot masalah ini daripada terus kronik.

Ringkasnya, semuanya bermula dengan tautan hati. Perkenalan dan persefahaman yang telus kerana Allah. Benar, kita harus ‘kamcing’ dengan mereka supaya hati mereka mudah menerima. Tambahan lagi untuk membuktikan bahawa kita tidak blacklist mereka. Walaubagaimanapun, kita seringkali tersalah tafsir atau tersalah langkah dalam step yang pertama ini. Maka jadilah manusia repairman yang tersangkut dalam delima. ‘Antara sahabat dan kebenaran’, ‘Mereka tidak mahu mendengarkan’. Dan bermacam delima lagi. Ingatlah sahabat yang baik menyentuh hati agar takut dengan Allah. Berwaspada! Apabila anda sungguh tidak mampu menegur amal mereka yang tidak selari dengan iman, maka perbetulilah langkahmu. Tautan hati perlu dibina dengan bersih kerana Allah, dengan nilai-nilai Allah, asas iman kepada Allah, dengan kesedaran yang tinggi tentang Allah. Langkah yang kemas dan hikmah akan membuatkan mereka terpaku dengan ‘bebelan’ anda. Mereka tidak akan lari daripada anda. Percayalah. Mereka akan suka untuk menghampiri anda. Mereka akan meminta nasihat anda. Syaratnya, empat perkara asas pembinaan tautan hati tadi dengan disusuli dengan langkah yang kemas dan hikmah. Apabila anda di tahap ini, jangan senyum kepuasan kerana ini adalah permulaan peranan pengaruh anda yang begitu kuat dalam hidup mereka. Lissanulhal daripada peribadi anda akan menjadi indicator penting dalam mempengaruhi psilokogi pertumbuhan iman dalam kehidupan mereka.

Ingat dan jangan lupa, apabila kita membawa hati manusia.. kerja kita bukan sahaja membebel dalam halaqah sahaja. Adalah amat perlu dan wajib untuk kita membawa ‘kehidupan’ mereka mengenal Allah. Hal ini pula mewajibkan kita untuk turun padang. Ziarah ke rumah-rumah mereka. Kenali manusia penting dalam kehidupan mereka. Ziarah mereka apabila sakit. Ikuti hari-hari penting dalam kehidupan mereka seperti berlumba kuda, mengendalikan perniagaan dan sebagainya. Inilah kerja anda.

Akhir sekali, jangan pernah mengharap hasil. Jika master plan tidak berhasil maka beralih pada plan yang seterusnya. Jangan kehabisan umpan. Benar, perancangan harus sistemik untuk berjaya dan langkah harus tersusun agar matlamat menjadi. Namun hakikatnya, hati itu Allah yang pegang. Hidayah itu milik Allah. Kita harus meletakkan sebulat pergantungan kepada Allah. Jangan sesekali merasa sudah banyak bekerja. Kerana kerja kita belum pernah bermula.

Penatkah? Letihkah? Menipu sangatlah kalau ana katakan tidak. Ana ini baharu sahaja lima kali pertemuan halaqah dengan mereka pun penatnya bagai tidak terkata. Tapi, apalah sangat usaha ana yang sekecil zarah ini? Bukankah kita mahu Islam menang? Rujuklah surah as-Saf. Janganlah berdalih daripada kerja ini andai titah hati ingin lihat Islam didaulahkan. Janganlah pandai bertitah sahaja, tapi tak berbuat apa-apa.

Selingan

Kaca mataku terhadap mereka terkandung harapan yang menggunung tinggi. Demi kebaikan mereka, keselamatan mereka dan kemenangan mereka. Andai ada di antara anda yang dimaksudkan ana, sedang membaca tinta ini.. dengarlah luahan hati pembebel halaqahmu ini..Lihatlah dunia dengan panduan mata iman. Beri peluang pada jasad untuk menikmati panduan iman. Ana hanya seorang utusan yang setia mendengarkan, membimbing dan membantu. Tapi Allah jua sumber segala kekuatan. Pandanglah Allah dalam urat kehidupanmu. Rasai kehadiranNya setiap waktu. Tunaikan janjimu itu. Kita banyak persamaan. Banyak sekali. Kita suka memasak, suka bergurau, suka untuk disayangi dan menyayangi. Ana seperti anti. Ingin hidup menyerikan rumah tangga pada suatu hari nanti. Sungguh, anti seorang yang lembut, penyayang dan suka menghiburkan orang lain. Anti seorang yang setia pada persahabatan. Namun, kita seringkali lupa untuk mengiktiraf Allah di ruang hati kita, ruang kehidupan kita. Allah tidak pernah melarang untuk menyayangi orang lain. Malah dialah sumber kasih sayang cinta itu. Dia telah mencipta perasaan itu dan dia mengajar cara terbaik untuk menyalurkan perasaan kasih itu. Untuk kebaikan kita jua. Ukhti, tinggalkanlah yang haram.. Allah akan hadiahkan yang halal. Dengan penuh kasih sayangNya yang sempurna itu.Rupanya dalam keganasan anti tersimpan sifat keramahan anti. Rupanya dalam sifat anti yang gipsy rupanya anti seorang yang sangat baik dan berhati lembut. Pandainya anti sembunyikan ia. Anti seorang anak yang taat dan sangat mementingkan ibubapa. Bagusnya anti lebih daripada ana. Ana suka anti. Allah pun suka anak yang soleh. Tapi Allah juga suka perempuan yang solehah dan berakhlak mulia. Adik kesayanganku.. binalah peribadi mukminah sejati. Kejarlah hiburan di kehidupan abadi. Anti sangat matang. Anti sangat tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Andai ana di tempat anti, pasti ana tidak sehebat pendirian anti. Lihatlah kehidupan dengan mata iman. Anti punyai banyak ilmu. Mengapa tidak memahamkannya dalam kehidupan? Hadamlah butir-butir mutiara dalam halaqah kita. Berilah peluang pada diri merasai kemanisan iman kepada Allah. Manisnya muka tidak menjanjikan manisnya akhirat kita. Hanya manisnya iman yang memaniskan kehidupan abadi kita. Di saat nyawa di hujung kerongkong, anti akan lebih memahami isi ‘bebelan’ ana dalam halaqah kita. Biarlah, semuanya sudah selamat sebelum masa itu tiba. Ana doakan yang terbaik untuk anti dan kehidupan anti.

Simpulnya, ana sayang antunna. Khas buat adik adik tersayang: I love u all so much!. Ana minta maaf kuasa beribu andai tersalah laku atau terkasar bahasa.

Itu jea~ back 2 the issue

Dalam dunia dakwah dan tarbiyah kita serupa, sama taraf sebagai ‘pekerja’ di sisi Tuhan. Alhamdulillah, Allah hadiahkan kawan-kawan yang penuh kesetiaan untuk membantu, sarat kasih sayang cukup untuk berkorban dan fikrah yang sama untuk lihat Islam tertegak cantik. Mujahidah 1,2, 4,5 dan 6.. jazakillah hu khairan kathira. Apalah sangat kerja ana selama ini. Andai dibanding dengan semangat dan sokongan antunna yang jauh lebih kental daripada ana. Teruskan dan jangan berhenti! Walau sudah tamat berkhidmat di taman Al-Amin Bangi.

*Tinta ini khas buat ukhti Husna yang bertanya. Kalau masih ada musykil, ana tidak jemu untuk menjawab.

1 comment:

Anonymous said...

Salam ziarah. Great blog.

View Profile: Rantong™