rss
email
facebook
ikram

Pages

Mar 18, 2009

Kemas tanpa simpulan

Dalam penitian di bumi Tuhan, manuia AKAN mengenali Tuhan.. merasai kehadiranNya di setiap ruang nadi.. berada di dalam kesedaran yang tinggi bahawa Allah itu hampir.. Allah itu ada. Tidak kira bila. Sama ada di awal tali kehidupan, pertengahan atau di saat nyawa di hujung kerongkong. Ringkasnya, manusia pasti akan ‘tahu’ kelak. Rasa-rasanya.. pewaris syahadah Al-Amin form4 dn form5 agak-agak dah dipinjamkan sisipan ala-ala alm barzakh. Ku fikir.. itu baharu ilusi buatan manusia ikhwanKRJ sahaja. Yang sebenar-benarnya hanya badan yang selamat merasainya sahaja yang tahu. Tp.. nak ty org mati k?

…silent..
Rasulullah pernah bersabda: Jika anda mndengar rintihan para ahli kubur..anda takkan dapat tidur buat selama-lamanya. Fuh! Time mata diikat di dalam kegelapan dewan Al-Amin.. mendengarkan lakonan dialog yg dibuat abg2 faci..fuh! seluruh badan ana bergetar. Hati hanya berharap pada yang satu. Allah. Lahaul lawala quwwata illa billah.


LAHAUL LAWALA QUWWATA ILLA BILLAH!

Hati perlu yakin. Segera minda terlayangkan kehidupan 16tahun9bulan. Di mana ku letakkan Allah dalam kehidupan? Kini.. dengan mata yang tertutup penuh kekebasan (berbekas sampai pg mata sbb kakak faci ikat trlalu kuat).. dengan perasaan yng membungkam.. Allah pandang x ana? Telinga selalu mendengar.. Mulut selalu meyebut.. Tentang itu.. Tentang ini. But, this is the moment! Your time is up, thus you may stop. You have reached your end thus please hand in your deeds. Where are your shalatWITH thoughts of Allah? Where is your promise you mentioned in syahadah? Subhanallah..hati keluh dengan seribu keluhan..

Ya Allah

Demi jiwaku yang berada di dalam genggamannya..

Ana berharap dengan penuh pengharapan..

Akan bantuan.. nurhidayah Allah

Tika tiba saat itu

Untuk jiwaku

Untuk jiwa-jiwa srikandi di kiri dan kananku

Untuk jiwa-jiwa murabbiku

Untuk jiwa pemuda-pemuda yang tidak puas hati dgnku..Krn dosaku jua

Untuk jiwa-jiwa adik halaqahku

Untuk jiwa-jiwa sekalian ahli syahadah

Kehidupan 16tahun9bulan ini masih tidak tahu jalannya sepanjang mana. Adakah 3 tahun lagi? 20 tahun lagi? Atau 24 countdown.. Huh, nafas ini Allah yang pegang. Moga Allah hentikan dengan kesudahan iman malah hasrat hati kuat pada syahid. Moga Allah kurniakan. Amin. Kehidupan yang dipertemukan dengan Allah bukanlah suatu celaka yang menyusahkan. Yuck, muslims have to do this.. do that. Why is she all closed minded about that concert?.. Oh.. she’s a muslim..enough said. What up with fatema? Most ridiculous wrapping her head. You’re kiddin me, you don’t eat..through the day? You don’t eat this?..it’s ham sandwich earth-to-.. (me) Kehidupan mengenal siapa Tuhan yakni Allah bukanlah suatu entiti yang membebankan kehidupan seorang manusia. Tapi sebenarnya.. mengenal Alah merupakan suatu fasa kehidupan yang terindah. Ianya suatu kepuasan yang tidak terperi nilainya. Justeru,alangkah untungnya hati-hati yang dibantuNya. Maka jiwa itu pasti sarat cintaNya dan kecintaanNya. Jiwa itu pasti akur dan setia akan kepatuhan tehadapNya. Kehidupannya terjamin. Alam barzakhnya berita gembira atau kelegaan. Akhiratnya suatu penantian. Inilah dia manusia paling bijak membuat pilihan. Apakah ‘malang’ yang dihadapi orang beriman? Tiada kekusutan pada trailor kehidupannya. Kemas tanpa simpulan. Langsung tiada kesulitan.Yang ada hanya pertolongan demi pertolongan, keredhaan demi keredhaan. Bukankah hanya itu yang dipelukan?

Mar 5, 2009

InTenTion+SpoRt= ReaL VicToRy.

Suasana padang gawat.Penonton-penonton 4 rumah ambil posisi di tepi gelanggangpadang buat saksi aksi.2 rumah yang sedang berlawan bola ________ sengit.Huh,riuh padang dengan sorakan,macam2 ada sampai nak tergelak jadinya..,mentang-mentang 'bebas' (best btol!).Rumah @ dahului mata dengan *-*,mula memecut mata pihak lawan. Ahli rumahsaya pihak lawan,aiseh..jgn tension!Tenang dulu. GOL lagi!....Woh,tenang2 mujahidah sekalian.


"Prrriiiiitttt....habis masa!" Pengadil a.k.a Muallimah tiup wisel sambil menggayakan 'times end'.2 rumah yang berlawan diminta berbaris menghadap di tengah pedang untuk sidang damai.Eh,mana pemain yang pakai bip **?Saya lihat ramai kerumun dia.Dia sedang melepaskan beban perasaan.Ahli lain menyokong,memberi semangat.~Indahkan hidup berjamaie(berjamaah,beramai-ramai,bermasyarakat)?~Saya turut sama cuba meniup pergi beban2 ditiup syaitan itu.AlhamduliLLAH,dia kembali tenang dan riak muka 'tigaaa'.Datang seorang ahli senior juga tiup semangat sambil muka merah berair.Kagum!


"Ha..anti kenapa pulak?"
"Tak...kak.Ana takut niat ana salah.Ana nak jaga niat.Taknak nanti main
sebab nak menang.Tapi nak kerana Allah je.".


Saya angguk.Terasa mata ni pulak yang panas bila dengar kata-kata tu.AlhamduliLLAH.Atas itu,bila mula ingin bermain dengan baca doa,acapkali kami doa agar niat tidak tersalah.Tingkah kami diperbaiki.Niat sentiasa diperbaharui.Akhlak terjaga.Menang..menang yang bersih lagi adil.
Bila datang bab sukan,memang semua orang rasa nak menang.Memang lumrah.Kalau ketuk hati beri salam,tanya apa harapan ...pasti jawapannya inginkan kejayaan,sama ada sebgai tujuan utama @ sampingan.Yang membezakan Falah (kejayaan) itu adalah niatnya.Jika pihak yang kalah numberly, dia boleh jadi sebenarnyaMENANG.Sebab apa?kerana dia bermain lebih adil dan sama rata berbanding pihak yang juara numberly.Dia dikira Juara Adil.Itu menang jugakkan?..agak2 mana satu menang yang jitu.?~Jap,jom pindah cter.


Saya ekori di belakang.Menuju ke dewan yang takberapakosong.Tetap turuti langkah dia sambil memegang 'pom-pom' di tangan dan garfu(???).Emh..saya perasan dia dari pagi lagi lain macam.Kami duduk,saya biar dia lepas dahulu sambil diurut refleksi.Dalam keadaan begini,wajar biar dia tenangkan hatinya sendiri dahulu.Masa sesuai,dah reda sikit..baru boleh tanya.Oooo,saya agak dah.Saya juga terlepas pandang,maklum...saya bukan pen.ketua rumah.Eisy,itu bukan alasan!


"Takpe.Anti kena yakin la...biarlah diorang tak tahu bakat nti,tapi anti
yakin yang anti boleh.Mugkin diorang pun masih semangat nak main.Kalau diorang
tak nampak,Allah lebih tahu kebolehan nti. Kalau menang pun,tapi niat
salah...tak guna jugak kan?Tapi anti walaupun tak main,niat nti
btol...ikhlas ingin menyumbang mata pada rumah,kerana Allah..nti lebih untung! ..."

Dia reda sedikit.Saya bingkas bangun mengajak pergi ke padang semula.Dia enggan.

"Ok.Jangan sedih2 dah tau.Fikir yang baik2 je.".Pesanan akhir seblum saya langkah keluar.Risau jugak tinggalkan dia sendiri,takut nnti terbwa2. tapi,AlhamduliLLAH..akhir dia ok dan kembali beriak 'tigaaa'.Sampai kami boleh bermain bolasepak bersama.

--end cerita--Niat oh niat.Apa niat anda ketika bersukan?Seperti slogan (ke?) sukan kali ni..."MINDA CERDAS,FIZIKAL CERGAS". atau hanya untuk menang?Saya cukup bersyukur bila terdengar laungan sorakan 'kerana Allah..' di tepi padang tadi dari adik form 1.Syukran dik kerana telah mengingatkan kakak2 yang selalu terlupa dek keasyikan mengejar mata gol.Fizikal cergas..jika diikutkan matlamat sekolah secara umum pasti menginginan fizikal cergas bagi setiap pelajar Al-Amin.Bukan seorang,2 orang,3,4,5,6,7,8,9...orang,tapi SEMUA.Tapi kalau peluang hanya diberi kepada mereka yang berke'hebat'an sahaja,maka apa gunanya?Nanti timbul pula rasa tidak puas hati sana sini.Saya bukan menolak tepi akan strategi mantap menggunakan pemain handalan..tapi peluang mencuba pengalaman,belajar kemahiran perlu dirasai semua orang.Ini bukan pertandingan besar2 peringkat daerah,yang perlu berlwan dengan mana2 pihak luar,tapi adalah SUKAN Sekolah..Jika begitu,baik buat sukan yang ahli-ahlinya terdiri daripada pemain berke'hebat'an,yang lain tukang menang sorak je.Gapai peluang dan masa ini untuk melatih mereka...mereka juga akan lebih bersemangat kalau kita beri galakan dan tunjuk ajar.Baharu semua orang boleh jadi sama-sama handal dan da bomb! Jka begini,niat untuk menang?atau niat kerana Allah?Jika kerana Allah..pasti takut untuk meluka hati orang lain,pasti akan lebih bertoleransi untuk berunding,pasti ingin kebaikan untuk semua orang.Kerana niat yang betul..matlamatnyalah yang paling btol,tidak kisah jika kalah numberly...tapi cara usahanya di pandangan Allah yang menjadi keutamaan.Sebab itu,saya lebih suka untuk mengatakan mereka yang beginilah yang mendapat AL-FALAH.Yes,the ReaL VicToRy.


Walau di mata orang,mereka tercorot...tetapi cara yang bersih,adil dan saksama untuk semua ahli rumah membuat mereka tiada kontroversi dan semua bergembira dengan usaha masing-masing.Kan best tu?Jika semua bersukan dengan niat yang betul,mesti semua semangat2...dan surely akan main dengan semangat dan cuba belajar the strategy of sports.Tengok time kelab macam lewa je dye nih,tpi ttbe bla time sukan...semua terpaku tengok bola masuk gol.Cuba bayangkan jika keadaan ini terjadi pada setiap pelajar al-Amin?Semua orang pun happy dan pening kepala bangat bila nak pilih calon MSSD.Ibarat gelombang ombak...bila datang satu,yang lain turut terombak.Faham am la'?

So,pasti InTenTion anda bersih lagi suci dan selamat?Kita koreksi~

Sekian.aasif jiddan.NasihaTi if any.


p/s:(waduh,bolak-balik nih...bilah,tolong ana!)

Feb 16, 2009

Kaca mataku

Kaca mataku

Sungguh. Pagi itu mataku sangat berkaca.. gusar akan adik-adik. MasyaAllah. Ingin amat ana berkongsi sudut pandangku, perasaanku, gelora jiwaku terhadap mereka. Ingatlah wahai pendukung agama Allah yang menyahut perintah ta’murunabil ma’ruuf wa tanhaunal ‘anil munkar.. dalam dunia dakwah dan tarbiyyah, kita ini tiada istimewa.. hanyalah setaraf, sebaris, sekasut dengan manusia-manusia yang alpa itu. Lihatlah gelas yang berisi air. Jika dituang sesudu cat merah, terhasillah merah. Jika biru, birulah. Jika hijau, hijaulah. Perumpamaannya seperti kita yang dilahirkan dengan dihadiahkan seorang ibu.. seorang ayah. Tidak cukup dengan itu, kita juga menerima sebulat kasih sayang daripada Allah melalui perantaraan kemantapan fikrah ibu dan ayah, akal yang sihat, persikataran psikologi yang meransang pertumbuhan fikrah yang sempurna. Corak tarbiyah yang indah. Didikan Islami yang cantik. Maka, terhasillah corak yang tenang dan begitu mempersonakan. Bukan pinta mereka dilahirkan tanpa tuah yang kita terima. Sedang semuanya milik Allah.. sila-silalah berkongsi. Berkongsi dengan mereka kefahaman yang kita miliki. Jangan mudah terpesona dengan pesona fikrah yang dihadiahkan Allah. Jangan sesekali membeza-bezakan kemuliaan antara kita. Anda belum cukup baik. Di saat anda merasakan anda sempurna baik, di saat itulah anda sempurna zalim. Anda belum cukup ilmu. Di saat anda merasakan cukup ilmu, di saat itulah anda jahil.

Sudut pandangku terhadap mereka. Ternyata jelas tidak pernah menyalahkan mereka. Kepercayaan ini yang kubina untuk terus tabah memegang halaqah mereka. Sungguh. Ana lebih jengkel dengan manusia yang cukup equation untuk meransang stimuli iman agar jelas dengan matlamat insani daripada manusia yang tersangkut dalam pintalan maksiat kerana hidupnya sendiri tidak kemas dipandu oleh keluarga atau selainnya. Selogiknya, error ini dapat dimaafkan. Oleh itu, kitalah pihak berwajib untuk troubleshoot masalah ini daripada terus kronik.

Ringkasnya, semuanya bermula dengan tautan hati. Perkenalan dan persefahaman yang telus kerana Allah. Benar, kita harus ‘kamcing’ dengan mereka supaya hati mereka mudah menerima. Tambahan lagi untuk membuktikan bahawa kita tidak blacklist mereka. Walaubagaimanapun, kita seringkali tersalah tafsir atau tersalah langkah dalam step yang pertama ini. Maka jadilah manusia repairman yang tersangkut dalam delima. ‘Antara sahabat dan kebenaran’, ‘Mereka tidak mahu mendengarkan’. Dan bermacam delima lagi. Ingatlah sahabat yang baik menyentuh hati agar takut dengan Allah. Berwaspada! Apabila anda sungguh tidak mampu menegur amal mereka yang tidak selari dengan iman, maka perbetulilah langkahmu. Tautan hati perlu dibina dengan bersih kerana Allah, dengan nilai-nilai Allah, asas iman kepada Allah, dengan kesedaran yang tinggi tentang Allah. Langkah yang kemas dan hikmah akan membuatkan mereka terpaku dengan ‘bebelan’ anda. Mereka tidak akan lari daripada anda. Percayalah. Mereka akan suka untuk menghampiri anda. Mereka akan meminta nasihat anda. Syaratnya, empat perkara asas pembinaan tautan hati tadi dengan disusuli dengan langkah yang kemas dan hikmah. Apabila anda di tahap ini, jangan senyum kepuasan kerana ini adalah permulaan peranan pengaruh anda yang begitu kuat dalam hidup mereka. Lissanulhal daripada peribadi anda akan menjadi indicator penting dalam mempengaruhi psilokogi pertumbuhan iman dalam kehidupan mereka.

Ingat dan jangan lupa, apabila kita membawa hati manusia.. kerja kita bukan sahaja membebel dalam halaqah sahaja. Adalah amat perlu dan wajib untuk kita membawa ‘kehidupan’ mereka mengenal Allah. Hal ini pula mewajibkan kita untuk turun padang. Ziarah ke rumah-rumah mereka. Kenali manusia penting dalam kehidupan mereka. Ziarah mereka apabila sakit. Ikuti hari-hari penting dalam kehidupan mereka seperti berlumba kuda, mengendalikan perniagaan dan sebagainya. Inilah kerja anda.

Akhir sekali, jangan pernah mengharap hasil. Jika master plan tidak berhasil maka beralih pada plan yang seterusnya. Jangan kehabisan umpan. Benar, perancangan harus sistemik untuk berjaya dan langkah harus tersusun agar matlamat menjadi. Namun hakikatnya, hati itu Allah yang pegang. Hidayah itu milik Allah. Kita harus meletakkan sebulat pergantungan kepada Allah. Jangan sesekali merasa sudah banyak bekerja. Kerana kerja kita belum pernah bermula.

Penatkah? Letihkah? Menipu sangatlah kalau ana katakan tidak. Ana ini baharu sahaja lima kali pertemuan halaqah dengan mereka pun penatnya bagai tidak terkata. Tapi, apalah sangat usaha ana yang sekecil zarah ini? Bukankah kita mahu Islam menang? Rujuklah surah as-Saf. Janganlah berdalih daripada kerja ini andai titah hati ingin lihat Islam didaulahkan. Janganlah pandai bertitah sahaja, tapi tak berbuat apa-apa.

Selingan

Kaca mataku terhadap mereka terkandung harapan yang menggunung tinggi. Demi kebaikan mereka, keselamatan mereka dan kemenangan mereka. Andai ada di antara anda yang dimaksudkan ana, sedang membaca tinta ini.. dengarlah luahan hati pembebel halaqahmu ini..Lihatlah dunia dengan panduan mata iman. Beri peluang pada jasad untuk menikmati panduan iman. Ana hanya seorang utusan yang setia mendengarkan, membimbing dan membantu. Tapi Allah jua sumber segala kekuatan. Pandanglah Allah dalam urat kehidupanmu. Rasai kehadiranNya setiap waktu. Tunaikan janjimu itu. Kita banyak persamaan. Banyak sekali. Kita suka memasak, suka bergurau, suka untuk disayangi dan menyayangi. Ana seperti anti. Ingin hidup menyerikan rumah tangga pada suatu hari nanti. Sungguh, anti seorang yang lembut, penyayang dan suka menghiburkan orang lain. Anti seorang yang setia pada persahabatan. Namun, kita seringkali lupa untuk mengiktiraf Allah di ruang hati kita, ruang kehidupan kita. Allah tidak pernah melarang untuk menyayangi orang lain. Malah dialah sumber kasih sayang cinta itu. Dia telah mencipta perasaan itu dan dia mengajar cara terbaik untuk menyalurkan perasaan kasih itu. Untuk kebaikan kita jua. Ukhti, tinggalkanlah yang haram.. Allah akan hadiahkan yang halal. Dengan penuh kasih sayangNya yang sempurna itu.Rupanya dalam keganasan anti tersimpan sifat keramahan anti. Rupanya dalam sifat anti yang gipsy rupanya anti seorang yang sangat baik dan berhati lembut. Pandainya anti sembunyikan ia. Anti seorang anak yang taat dan sangat mementingkan ibubapa. Bagusnya anti lebih daripada ana. Ana suka anti. Allah pun suka anak yang soleh. Tapi Allah juga suka perempuan yang solehah dan berakhlak mulia. Adik kesayanganku.. binalah peribadi mukminah sejati. Kejarlah hiburan di kehidupan abadi. Anti sangat matang. Anti sangat tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Andai ana di tempat anti, pasti ana tidak sehebat pendirian anti. Lihatlah kehidupan dengan mata iman. Anti punyai banyak ilmu. Mengapa tidak memahamkannya dalam kehidupan? Hadamlah butir-butir mutiara dalam halaqah kita. Berilah peluang pada diri merasai kemanisan iman kepada Allah. Manisnya muka tidak menjanjikan manisnya akhirat kita. Hanya manisnya iman yang memaniskan kehidupan abadi kita. Di saat nyawa di hujung kerongkong, anti akan lebih memahami isi ‘bebelan’ ana dalam halaqah kita. Biarlah, semuanya sudah selamat sebelum masa itu tiba. Ana doakan yang terbaik untuk anti dan kehidupan anti.

Simpulnya, ana sayang antunna. Khas buat adik adik tersayang: I love u all so much!. Ana minta maaf kuasa beribu andai tersalah laku atau terkasar bahasa.

Itu jea~ back 2 the issue

Dalam dunia dakwah dan tarbiyah kita serupa, sama taraf sebagai ‘pekerja’ di sisi Tuhan. Alhamdulillah, Allah hadiahkan kawan-kawan yang penuh kesetiaan untuk membantu, sarat kasih sayang cukup untuk berkorban dan fikrah yang sama untuk lihat Islam tertegak cantik. Mujahidah 1,2, 4,5 dan 6.. jazakillah hu khairan kathira. Apalah sangat kerja ana selama ini. Andai dibanding dengan semangat dan sokongan antunna yang jauh lebih kental daripada ana. Teruskan dan jangan berhenti! Walau sudah tamat berkhidmat di taman Al-Amin Bangi.

*Tinta ini khas buat ukhti Husna yang bertanya. Kalau masih ada musykil, ana tidak jemu untuk menjawab.